Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

25 August 2010

*SenYum*

Terima kasih pada mereka.
Kerana mengisi masa aku dengan senyum.
Mengisi masa aku dengan bahagia.
Mengisi masa aku dengan ketawa.

Bersama kalian, aku rasa "aku" kembali.
Walau sekejap, mampu buat aku tersengih sendirian.
Kadang² aku sendiri tercari.
Dicelah kebingungan hati.
Dicelah kekecewaan.
Mana pergi senyum aku?
Mana pergi ketawa aku..?
Tapi, dengan kalian..
Semuanya seakan hidup kembali..

Aku bukan insan yang mampu membahagiakan
Aku bukan insan yang mampu menceriakan.
Aku kini hanya menumpang kebahagiaan.
Jika kalian ketawa, aku tersenyum.
Jika kalian berdekah-dekah ketawa, baru aku ketawa.





Killing session~=)


Saya syg kamu, adek!


Terima kasih untuk setiap luahan yang kalian dengar.
Terima kasih untuk setiap nasihat yang kalian taburkan.
Terima kasih..


Hati

23 August 2010

Maafkan aku...

Maafkan aku.
Atas kesalahan.
Atas segala dosa.
Atas segala keterlanjuran aku.
Pada kamu.

Aku tak bermaksud menyakiti
Jauh sekali ingin membalas segala kesalahan kamu.
Aku bingung, aku kecewa, aku tertekan.

Seperti yang engkau minta,
Betulkan semuanya.
Aku tak berjanji aku dapat kembali kan kepada keadaan asal.
Atau aku dapat menutup mulut² sesiapa.
Tapi, aku sudah kotakan janji.
Aku sudah cuba.

Aku juga sudah ambil keputusan.
Berdiam.Membisu.Menghilang.
Walau aku masih rindu kamu!
Jurang yang kamu cipta.
Semakin ketara.
Kosong.
Tiada apa yang mampu aku isi,
Tiada siapa yang mampu mengisi.

*menangis*

Maafkan aku.
Aku x mampu untuk tidak merindui kamu.




Aku

20 August 2010

Aku Bermula Semula

Niat di hati ingin menutup terus blog ini.
Tapi, sayang pula.
Sudah 3 tahun ia mendengar luahan hati aku.
Masakan aku mahu membuang.

Aku ambil keputusan.
Menukar "link" ia.
Agar manusia itu tidak lagi dapat mencari aku.
Facebook juga telah aku tutup.

Aku tahu, aku tak akan dapat lari.
Lari dari kenangan aku dengan dia.
Tapi, aku ingin mencuba.

Aku sedih.
Selalu orang kata,
Jauh di mata dekat di hati.
Tapi aku?
Sudahlah jauh di mata.
Di hati juga turut jauh.
Bagaimana boleh aku betulkan?

Aku ada terbaca dari blog seorang penulis.
Aku ambil sepotong ayat yang beliau karangkan.

"Perpisahan sebenar bukanlah kerana jarak tetapi oleh retaknya hati"

Kini, aku tahu yang aku benar² telah dipisahkan dengan dia.
Walau apa pun, ini ketentuan Allah.
Allah tahu apa yang terbaik untuk aku..dan dia.

Selamat Tinggal.



Aku,

12 August 2010

Harapan.Aku

Terlalu banyak yang aku harapkan dalam hidup aku.
Tapi, harapan hanya tinggal harapan.
Kecundang.
Tersungkur.
Ya, itu Aku kini.

Aku harapkan yang terbaik.
Terbaik untuk aku.
Terbaik untuk dia.
Terbaik untuk semua.

Aku harapkan kegembiraan.
Ia hadir.
Tapi seketika.
Yang tinggal hanya sedih berpanjangan.

Aku harapkan kesedaran.
Kesedaran dengan betapa bodohnya aku.
Kesedaran tentang betapa salahnya aku.
Kesedaran tentang semua mengenai dia.

Aku harapkan..
Aku harapkan..
Aku harapkan..

Tiada lagi pembohongan.


Hati aku sakit,

10 August 2010

Cecupat Cinca..






Ha..Salam semua..

Tukar entri gumbira sedikit lah.Boleh?

Anda suka baca novel?

Jika anda suka, saya sarankan anda membaca novel dari Faisal Tehrani ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada rakan sekerja saya, cik Idaman kerana menghadiahkan buku ini pada saya. Lengkap dengan tandatangan Faisal Tehrani lagi tuh..ngeee:D

Idaman hadiahkan buku ini pada saya ketika saya berada di zaman kegelapan saya.
Zaman berairmata.
Zaman murung.
Zaman pahit.

Berharap agar dapat saya ukir senyuman tatkala membaca buku ini.

Ya, saya tersenyum. Bukan sahaja senyum malahan ketawa.Bukan sahaja ketawa malahan berdekah-dekah bunyinya.Dek kerana buku ini..

Hehe..

Plot cerita, susunan ayat dan bahasa nya, sangat indah. Dan apa yang best, beliau selitkan juga sindiran-sindiran pada insan² tertentu..Contohnya terbaik ialah..

Tempe.

Oooops..Bukan Pak Mat Tempe yer...Sebab Pak Mat Tempe dah kene langgar motokar..Bagaimana lah hendak di ceritakan..heheh

Cerita tentang masakan Melayu - Islam dan adab-adab Melayu yang kian pupus ditelan zaman kini.

Yang penting, beliau selitkan juga Hadis² dan juga Tafsir dalam beberapa ayat² Al-Quran.

Dalam menghiburkan, beliau berdakwah!Menarik bukan..?

Saya sekarang sedang membaca satu lagi karya beliau..

..Manikam Kalbu..

Juga disyorkan oleh Idaman yang sangat menggilai..saya ulangi SANGAT MNGGILAI..karya Faisal Tehrani..

Oh, sebelum itu..Idaman sudah menarik saya untuk membaca karya penulis kegilaannya..
Sekarang, giliran saya pula..

Mahu Idaman membaca karya penulis kegemaran saya..Encik Ahadiat Akashah!!

Baiklah.Mahu sambung membaca!

Tatatititutu



Aku,

08 August 2010

Saya Rindu Dengan Celotehnya...



Sejak 2007 saya menulis blog.

Semasa saya masih belajar lagi..

Saya pernah punya pembaca setia.

Yang sentiasa akan menghiasi shout box saya selepas dia membaca.

Macam² komen dan celotehnya buat saya ketawa sendirian bila membaca.

Dia gemar menyamar menggunakan nama-nama yang kelakar.

Dan memberi link pada web yang tak wujud.

Saya rindu celotehnya.

Kini dia senyap.

Mungkin masih membaca atau tidak.

Ini antara nama, komen dan juga link² mengarut yang die pernah wujudkan..


anonymouseeee
www.hantokhantokpale.pi la

cincalukgoreng
www.www.dot.dot.dot

hepi belated fwenship day gak!thanks oso for being a funniest fwen..
heh.stay keep in touch babe!

gergle
www.korekidong.rasesikit

elooo..hye bufday gurl,olo xdpt nk celebrate sesame kn.
klw x dah dpt beli kek n makn2
.hope still maintain,pjg umo murah rezki..luf ya fwen mmuah


www.kudakulari.com
eyp cik ude,,
mmg mcm dah bersawang blog nih..hihi..just drop by to say hiiiii



www.cokcekcokcek.com
if kite ade bestfwen skang,appreciate la bebetol..sob..sob..
btol ckp ude-krn dirimu begitu b'harga..


www.korek2idung.com
haha..bestnye blik mlk.xtau ape yg menarik kt mlk tuh.tp mmg best blk sane.
mcm dah jd ank mlk jati la plak.lawak gle masuk umah antu.gle lar


tompoktaikunta.com.myhead

huhu rase guilty sgt ude..bout those guys yg blind,
coz i memula yg ckp kt ude.
xpatut..xpatut..tp kite xtau kan.heh


cendol leleh.com.myheart



Hahah.Bila saya baca semua,saya ketawa.

Teringat akan gilanya kepala dia.

Teringat betapa bersungguhnya dia ketika ketawa.

Dia kata saya pendek.

Dia gelak kemudiannya.

Bila saya bercakap.

Dia gelak.

Kerana saya ckp bahasa Na'vi seperti Avatar.

Bila saya cakap mcm Cina ala-ala Johan Raja Lawak

Dia gelak lagi.

"Ohoi..cek mek molek..Adoiy cek molek"

Dia gelak lagi.

Dia gelakkan saya jika terlihat cara saya menggaru leher.

Dia gelakkan saya melihat saya melempar bola bowling.

Dia gelakkan saya jika saya meniru aksi si Kuntum dalam Filem Man Laksa.


..Saya rindu..


Kerana jika dapat mendengar suaranya pun sekarang, walau 10 minit..Lebih banyak berdiam dari berkata².

Tidak ada lagi lawak sengal² ubi.


..Saya rindu..


Jangan salahkan saya.Kerana ini perasaan saya.



..Saya rindu..


Dari Hati,

06 August 2010

P.E.D.I.H

Bukan kecewa dipinggirkan..
Aku kecewa tiada kejujuran..
Bukan bersedih disakiti..
Terasa pedih diri dikhianati..

Sebelum kasih
Menjadi benci..
Aku memilih..
Berpisah di sini....

Bila tiada kesetiaan..
Tak mungkin teguh pendirian..
Biar menangis di ketika ini
Tidak rela mengemis kemudian hari..

Hilang kekasih mungkin berganti..
Yang ku harapkan
Teman sejati..

Sebelum kasih..
Menjadi benci..
Aku memilih..
Berpisah di sini...


Dari hati,


01 August 2010

♥♥♥Happy Friendship Day!!!!♥♥♥

Salam..

Entry ini dah saya taip 4 hari yang lalu..Tapi, saya belum publish kerana masih belum berkesempatan berbuat demikian.Cuma sekarang barulah ada masa menghadap lappy ni.

Hari ini 1hb Ogos.Hari Ahad.


Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kawan kepada kawan2 saya.

Macamana nak tahu friendship day tuh bile?

Friendship Day akan jatuh pada Ahad pertama di bulan Ogos.!

Kepada kawan-kawan saya, yang saya sayang..dan masih lagi saya sayang dan insya Allah akan sentiasa saya sayang..

Terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada kamu.
Untuk setiap titisan air mata saya yang kamu lihat dan keringkan..
Untuk setiap gelak tawa saya yang kamu ciptakan
Untuk setiap jam,minit dan saat kamu yang kamu berikan pada saya.
Terima kasih..

Maaf jika saya bukan kawan yang baik.

Terima kasih untuk semua yang telah kamu lakukan untuk saya..


Kamu,

Terima kasih.Akan saya simpan semua kenangan dan lipatkan sebaik mungkin dalam ingatan saya.Terima kasih untuk segala2nya.Terima kasih kerana buat saya gembira dan bahagia.Terima kasih kerana menerima saya seadanya saya.Terima kasih kerana tidak pernah kenal erti penat melayan kerenah keanak-anakan saya.Terima kasih.

Kamu adalah kenangan terindah buat saya..

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu..

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah..


Glad our path crossed!


♥ & Faith,