Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

20 February 2011

D.I.A

Apa aku tahu tentang dia..


1.Bila tengok dia, mesti ingat dia sombong. Tapi, dia ok je..Friendly.

2.Jangan sekali buat dia marah atau sakit hati, sebab kata² nya kelak boleh membakar hati!haha (gurau)

3. Dia agak cerewet tapi masih ok lagi.

4. Jangan beri dia duduk depan cermin lama-lama..nanti die pening sebab dia rasa dia gemok.. (haiisshhh)

5. Dia tak suka makan durian.

6. Dia tak suka makan ayam yang masuk dalam nasi goreng atau mee

7. Dia sangat obses dengan bihun. Cuba suruh dia pilih..Anda atau Bihun..Sudah tentu BIHUN!

8. Dia ada magik. Matanya berubah2 warna setiap bulan (heheh)

9. Kadang dia sangat manja. Kadang dia terlalu serius. Kadang dia selalu marah. (kena pandai baca mood dia)

10. Macam dikatakan tadi, dia ada magik. Dia senang buat orang jatuh hati, dengan pandangan mata nya..Senang buat orang angai bila mendengar suaranya dan cukup boleh buat orang jadi gila, bila dia kata "sayang".

11. Dia seorang yang agak pemaaf tapi juga suka balas balik..Hahah (kadang² la)

12. Seorang yang kuat cemburu.

13. Bila dia kata dia tak suka, maka jangan sekali-kali sebut lagi. Boleh bergaduh sakan!hahah

14. Dia suka warna merah. Sangat suka warna merah.

15. Supersupreme,deli wings, garlic bread and soup..Order ni kalau pergi pizza

16. Kalau pergi KFC pulak, mintak bahagian Hot n Spicy drumstick untuk dia.

17. Dia suka makan buah. Dan suka sangat dengan anggur, epal n betik.

18. Dia suka sangat shopping! Dia suka bergosip juge~

19. Dia seorang yang agak panik. Kalau ada silap sikit, mudah sangat gelabah.

20. Jangan sekali buat dia benci, sekali dia benci, MATI lah jawabnyer..


** Walau macamana pun dia, walau apa pun dia,
yang penting,

AKU SAYANG DIA. bukan sahaja sayang tapi, TERAMAT SAYANG!

Sekian!


19 February 2011

Aku Bukan Lebai..Tapi Aku Malang


Hahaha..

Aku bukan lebai. Tapi, aku malang. Aku malang macam lebai.haha

*pening*

Pernah dengar atau baca kisah lebai malang?

Kalau tak pernah baca, sila google yer..

Aku lagi malang dari lebai malang ni. Nak tahu kenapa?

Baru² ni aku ke pantai timur. Berjumpa kawan. Ingin sekali aku beli keropok lekor. Katanya ada satu kedai yang keropoknya sedap tak terkata.
Kawan aku kata kena call sebelum pergi, untuk elak ambil nombor (mcm di bank).
Kemudian dia beritahu aku.

"Orang kedai tu kata, dorang tutup..Ikan takde. Mungkin besok buka tapi, masih tak konfem"

Aku kata, tak mengapa. Mana tahu esok ade rezeki aku. Tapi, esoknya kedai tu tutup.

Kemudian kawan aku kata mahu bawa aku makan sotong di satu tempat.

Sampai saja kat sana. Kedai tu tutup!

Kemudian kami ke pantai. Katanya mahu beli jagung bakar yang sedap.

Kedai buka. Jagung ada.Tapi, jagung muda!

Balik ke rumah,lampu bilik pula buat hal. Ingatkan lampu bilik saja. Bilik air pon sama! Adusshh..

Besok pergi lagi ke tempat makan sotong.

Kedai buka. Sotong ada.Tapi sos special die takde. Apa daaaaa~

Hari aku balik ke sini, kawan aku kata. Kedai kerepok tu baru buka.

*frust menonggeng2*


Haha..ada lagi beberapa kes jugak yang aku rasa aku malang. Tapi, mungkin tak perlu aku nyatakan..

Ibu kata " Langkah kiri"

Mungkin aku kena berhati² lagi bila melangkah.

Macam pagi ini. Aku bangun, langkah kiri. Habis mood aku jadi mcm cipanzee!




10 February 2011

Jari Kaku Jiwa Beku Senyum Madu

Dah lama rasanya aku tidak menulis
Jari aku sudah kaku..
Kerana..
Jiwa aku sudah beku

Seperti jiwa aku sudah biasa disakitkan..
Sudah biasa dilukakan..
Tapi,
Kalau ada benda yang merosak jiwa aku bukan lagi tentang dia..
Semuanya tentang kerja..

Aku sudah boleh tersenyum..
Walau mungkin tidak secomel dahulu,
Tapi, aku sudah mampu!!
Dan ku rasa senyumku manis seperti madu! (perasan)
Bila aku mula senyum dan ketawa,
Aku rasa seperti aku semula..

Aku berhidup dengan apa yang ada.
Tidak lagi mahu meminta
Tidak lagi mahu berharap.

Ku bekukan jiwa dari kesedihan
Ku kakukan jari dari menulis tentang keresahan
Ku ukirkan senyuman..

Ya, aku sudah rasa aman!


ps: Aku telah temui Cahaya!