Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

30 December 2013

[ FOOD] : SATAY KERANG, KAMPUNG JAWA MELAKA

Ya, kali ini saya akan cerita serba sedikit tentang makanan yang saya suka ataupun yang saya sarankan jika anda ke Melaka.

Saya ini memang anak jati Melaka. Ibu dan ayah saya memang asal dari Melaka. Dipendekkan cerita, memang saya ini berdarah Hang Tuah lah. Salah-silah keluarga juga dari masyarakat Cina di Melaka.. Kalau di Melaka ni, paling best bukan je tempat kita nak melawat serta sejarah-sejarahnya. Tapi, Negeri Melaka ini penuh dengan pelbagai jenis makanan yang pelik-pelik dan best. 

Itulah sebabnya, Negeri Melaka mencatatkan negeri paling ramai rakyatnya Obesiti. Hahahah.. 


                           

Ok, saya nak kongsikan dengan anda keenakan Satay Kerang, Kampung Jawa ni. Kampung Jawa ni terletak berhampiran dengan Banda Hilir. Boleh jalan kaki saja. Kedai Satay ni memang dah mulakan perniagaan sejak saya kecil lagi ( sejak ibu saya masih belum kahwin pun dah ada). Kalau dahulu, harga satay hanya RM 0.30 tapi peredaran masa dah mengubah segalanya. Secucuk satay berharga RM0.70. 
Anda kena bersabar sedikit kalau ke kedai ni. Sebabnya, nak kene tunggu pelanggan lain beredar dari meja makan. Mungkin sambil menunggu bolehlah beli terompah di kedai sebelahnya. ehehe..

Apa yang menarik, biasanya kita lihat di kedai-kedai satay ada satay daging, ayam, arnab, ikan dll. Tapi di sini bukan je ada satay daging dan ayam..tapi, satay kerang, hati dan perut pon ada! Kuah nya memang tebaik lah.

Kepada anda yang nak datang ke sini,

TIPS
1- Elakkan memandu kenderaan sendiri kerana jalan di sini merupakan antara jalan yang sangat sesak.
2- Jika anda melawat sekitar Bandar Hilir, boleh naik beca atau jalan kaki sahaja.
3- Kalau jalan kaki, memang agak penat, tapi kedai-kedai di tepi akan membuatkan anda tak perasan yang anda dah berjalan agak jauh.
4. Mula perjalanan dari Muzium Belia, terusa sahaja sampai anda jumpa Gereja berdekatan dengan Bank. Jalan Terus di bulatan dan kemudian masuk ke lorong kiri yang tulis Kampung Jawa.



 Kepada anda yang mungkin nak berbajet membeli baju sekolah anak-anak, Kampung Jawa ini juga merupakan "syurga" membeli-belah kepada mereka yang berbajet rendah. Saya tak pernah merasa pakai baju sekolah Professor atau Bee Loon ( Jenama mahal  di Melaka ) sebab dari kecil hingga sekolah menengah, ayah memang bawa ke sini untuk beli segala kelengkapan sekolah termasuklah beg sekolah. Bukan je kelengkapan sekolah..baju raya pon beli di sini. Hihi..Alhamdulillah..berjaya juga saya dapatkan Degree walau dengan pakaian murah. Hihihi..


Oklah, di entri seterusnya saya akan kongsi makanan lain yang BEST kat Melaka ni. :)


15 December 2013

TRAVEL LOG : BANDUNG, INDONESIA

Sudah ke Bandung, Indonesia? Kalau belum, apa kata plan cuti anda dan terus beli tiket ke Bandung! Saya nak kongsi sedikit pengalaman ketika bercuti di Bandung bersama rakan-rakan.




5 Hari 4 Malam di Bandung



Jika anda mahu ke sana tanpa menggunakan agent, boleh. Cuma kalau ini merupakan pertama kali anda ke sana, saya sarankan agar anda menggunakan khidmat pemandu pelancong atau pakej dari mana-mana agency di sana.






Hari Bertolak



Saya ambil penerbangan Air Asia trus dari LCCT ke Bandung. Nasihat saya, anda patut beli makanan secara online kerana penerbangan mengambil masa lebih kurang 2 jam.


Sampai sahaja di Aiport Bandung, Pak Fadi telah menunggu ketibaan kami.

Apartment 2 bilik telah disewa untuk kami. Living room, balcony, dapur, meja makan, TV, sofa semuanya lengkap tersedia. Bilik juga mempunyai air-cond.

Yeay..kami x sabar nak naik flight!


Selamat tiba di Lapangan Terbang Bandung


Kita makan dulu. Nasi padang memang terbaik~


Restoran Sederhana. Harga pun boleh tahan sederhana



Hari 2




TANGKUBAN PERAHU

Kami ke Tangkuban Perahu iaitu Gunung Berapi yang masih aktif lagi di sana. 



Tips :



1. Akan ada ramai yang ikut anda di sini untuk mejual barangan. Pastikan anda tawar harga sehingga 75%.

2. Sediakan kamera anda kerana pemandangan di sini cukup indah
3. Anda boleh juga membeli tshrt untuk dijadikan hadiah kepada kawan-kawan. Cuba dapatkan 11 helai tshrt dengan harga Rupiah 200,000. Maka 1 helai jatuh lebih kurang RM 7
4. Jangan lupa untuk cuba teh Bandrek atau lebih dikenali sebagai Teh halia. Bagus untuk kesihatan badan!

Bau belerang memang agak kuat


Cantik kan?

Banderek susu = Teh Halia



Antara barang cenderamata yang boleh dibeli. Ini urat pokok original. Bukan ukiran



CIATER


Ciater ini ialah hot spring. Kalau tak mahu pergi pun tak mengapa. Tapi jika anda nak cuba, apa salahnya. Air panas dari gunung ini memang bagus untuk melancarkan perjalanan darah dalam badan. Tapi, diingatkan supaya membawa baju spare ya!


Ciater / Hot Spring.



TEA PLANTATION

Lebih kurang macam Cameron Highland. Cuma di Cameron lebih nyaman dan tenang saya rasa. Kami berhenti di sini untuk bergambar sahaja sebagai kenangan.


Di ladang teh



LUNCH - Kampung Daun

Kalau ke Bandung, pastikan anda sempat makan di Kampung Daun. Suasana di sini nyaman dan makanannya pun memang sedap. Makan sambil bersila dan berbantal, memang membuatkan anda terbuai-buai.

Muke kekenyangan





Memang best kat sini

SAUNG UDJO


Kalau anda sememangnya peminat seni ataupun ingin mengetahui muzik-muzik traditional Bandung, Saung Udjo adalah tempatnya. Saung Udjo ini adalah tempat bermain Angklung. Kanak-kanak seusia 4 tahun juga telah belajar bermain angklung. Anda akan diberi peluang bermain angklung juga!


Angklong



Saung Udjo



Hari 3


Hari ini sudah masuk hari untuk bershopping!




PASAR BARU


Tempat membeli belah paling popular di sini. Barangan yang murah, dan kualiti juga agak baik. Lebih kurang ada 7 tingkat untuk anda "explore". Jadi pastikan anda makan sarapan pagi secukupnya


Tips :


1. Tukar duit di money changer di luar dan bukan di Pasar Baru. Kerana hanya 1 sahaja Money Changer di sini dan harganya agak mahal.
2. Proses tawar dalam 30-50% dari harga asal.
3. Pastikan anda tidak membeli barangan yang dijual secara haram oleh mereka2 yang membawa plastik hitam. Jika tidak, anda boleh lihat aksi kejar mengejar antara guard dan juga peniaga haram ni
4. Ada foodcourt di sini dan insya allah halal. Cuma, mereka akan menarik tangan anda untuk ke kedai dan sukar nak buat pilihan. Jadi, untuk mengelakkan ditipu, minta MENU dari mereka dan pastikan harga yang tertera itu setimpal dengan makanan.
5. Anda boleh membeli barangan seperti telekung dan juga kain di sini.

Beli Tshirt di Pasar Baru!


TOKO TIGA

Ini merupakan "syurga" jeans. Jeans berjenama yang Original dijual dengan harga yang agak murah berbanding di sini. Jadi, kalau nak beli Levi's bolehlah membuat pitt stop di sini.



Hari 4

TRANS STUDIO



Trans Studio ni macam Taman Tema dalam bangunan. Kalau nk cuba boleh pergi, tapi kalau tak nak pun takpe. Sebab permaianan yang ada di sini biasa-biasa sahaja.



Depan pintu masuk




Errrr...


JALAN RIAU


Jalan Riau ni terdapat banyak kedai-kedai berjenama. Sepanjang jalan! Jadi, anda bolehlah bershopping juga di sini sekiranya mahukan barangan original yang berharga murah.


RUMAH MODE

Rumah Mode ini juga tempat shopping. Jadi, mari habiskan duit!!


PAK CHI MET


Kalau terasa nak makan ikan bakar yang sedap, anda harus ke sini. Kalau tak cuba tak tahu kan?




Yeay..kenyang! Alhamdulillah

** Kalau mahu kan contact number atau info mengenai agent yang saya gunakan, boleh email saya di udeshah@gmail.com


Selamat Bercuti!!




14 December 2013

BERCINTA DI BALIK API B*B*.





Mungkin ada yang berhajat nak ke Big Bad Wolf atau Pesta Buku pada hari ini atau esok. Jadi, saya kongsikan sedikit review atau pendapat saya tentang buku ini. Kalau ke pesta buku di PWTC, boleh ke booth Jelajah Lejen  untuk mendapatkan buku-buku dengan harga 3buah buku = RM50 sahaja.

Sinopsis:

 Buku ni mengusahkan tentang kehidupan seorang remaja bernama Leman yang diklasifikasikan sebagai anak haram atau anak luar nikah. Pekerjaan ibunya dah semestinya seorang pelacur. Leman selalu dihina kerana statusnya yang tidak nak berapa suci tu.

Leman berminat untuk belajar agama dan dibantu oleh 2 orang rakannya untuk meneruskan pembelajaran. Semakin mendekatkan diri dengan agama, semakin dia memahami tentang hukum hukum agama. diakhir cerita, Leman akhirnya mengetahui siapa bapanya yang sebenar.

Pendapat saya:
Di awal bab buku ini, saya harus puji kerana jalan penceritaan yang baik. Membuatkan saya tertunggu-tunggu apa yang akan berlaku dan saya dapat lihat sememangnya dalam dunia realiti anak-anak yang berstatus "anak haram" ini sentiasa dihina dan tidak diambil-kisahkan. Namun, perwatakan Leman itu sendiri melambangkan kesabaran yang begitu tinggi yang dia miliki.

Tapi, agak mengecewakan di akhir jalan penceritaan di mana saya lihat penulis ini seperti kehilangan idea dan mematikan watak-watak secara tragis dan agak keterlaluan. Dan apa yang terjadi kepada emak dan bapa Leman bukan tidak masuk akal, cuma sukar untuk dibayangkan.

Saya bagi 3.5 / 5 bintang!

Pada yang berminat nak tahu, boleh dapatkan buku ini di booth lejen. Kalau tak sempat, anda boleh beli secara online di sini http://shop.lejenpress.com/