Rasanye dah lama x update pasal event kan? Betul x? kali ni rajin sket nak update memandangkan kualiti gambar yang boleh dibanggakan..hehe..
Suarasa kali ni, betempat di Ipoh, Perak..Saya memang suke tempat nih!!eheh..Bukan apa, pertama kali pegi suarasa, adalah di sini..iaitu, lebih kurang 1 tahun yang lepas. Cuma kali ini banyak muka baru yang pergi. Kali ni, ape yang menaik kan semangat saya nak pegi adalah kerana, tahun lepas saya kempunan nak makan bebola daging RUSA..huhu..Jadi kali ni berharap dapat laa beli..
Ok,kami gerak pada hari Jumaat pukul 6ptg, iaitu selepas waktu bekerja. Kami sampai ke destinasi dalam lebih kurang pukul 10 jugak la..Sebab ade 3 kali berhenti kot, untuk membuang apa yang patut~eheh. Sampai je, kami terus ke tapak suarasa untuk unload barang jualan dan juga usha tempat jualan..Macam biase, booth kami terletak di booth Adik@9.
Lepas memabasahkan ketiak masing-masing punggah barang, kami pon setuju untuk mengisi perut yang dah mula berbunyi..eheh..Makan kat gerai dekat-dekat situ jek..
Ok, pada besoknyer, mcam biase la..Kami memulakan tugas2 seawal pukul 8.30 pagi..Saya tak akan cerita detail mengenai event tersebut kerana lebih baik anda baca di blog MUMU COMEL..
Lepas dari tu, ktrg pegi laa OldTown memandangkan kedai mamak yang mula2 kami pergi tuh dah xde mende nak makan..Saat tu laa teringat mamak kat Shah Alam yang bukak kedai mereka selam 24 jam!Mamak Ipoh PEMALAS!
Habis dah citer pasal "event" sampingan kitorang. Kami event team memupukkan kata semangat, "kerja dengan happy".jadi, kami sendiri laa kene create mood happy tuh.Apa yang penting, semua beri kerjasama untuk buat sesuatu event tu seronok dan berbaloi2 la kalau pergi..Heheh..





