Mulanya, sukar untuk aku tempuh..
Tapi, terpaksa aku kuatkan sejak ketiadaan kamu..
Bersendiri aku tanggungkan segala duka ku
Hanya kerana kepayahan untuk aku memadam kerinduan dan kenangan..
Selama ini, aku yakinkan diri ..
Bahawa kamu sedang menyulam bahagia bersama insan yang kamu sanjungi itu..
Tapi, jangkaan dan sangkaan aku ternyata salah..
Mendengar khabar kamu yang pilu..
Mungkin kini kamu menyesali dengan segala perbuatan diri..
Dan cuba kamu ubati luka kamu sendiri..
Segala pengorbanan mu menjadi debu
Dipersendakan oleh kekasih mu..
Pasti sudah kamu rasai
Keperitan dan kesakitan yang pernah aku tanggungi..
Walau tidak pernah aku meminta atau berdoa,
Agar kau di balas begitu..
Telah aku harungi semuanya
Namun, ingin aku berkongsi dengan kamu..
Bahawa kepahitan rasa itu bukanlah untuk selamanya
Kesabaran telah menguatkan jiwa ku..
Untuk aku bernafas dan menyambung hidup
Ke akhir waktu..