Dah lama rasanya aku tidak menulis
Jari aku sudah kaku..
Kerana..
Jiwa aku sudah beku
Seperti jiwa aku sudah biasa disakitkan..
Sudah biasa dilukakan..
Tapi,
Kalau ada benda yang merosak jiwa aku bukan lagi tentang dia..
Semuanya tentang kerja..
Aku sudah boleh tersenyum..
Walau mungkin tidak secomel dahulu,
Tapi, aku sudah mampu!!
Dan ku rasa senyumku manis seperti madu! (perasan)
Bila aku mula senyum dan ketawa,
Aku rasa seperti aku semula..
Aku berhidup dengan apa yang ada.
Tidak lagi mahu meminta
Tidak lagi mahu berharap.
Ku bekukan jiwa dari kesedihan
Ku kakukan jari dari menulis tentang keresahan
Ku ukirkan senyuman..
Ya, aku sudah rasa aman!
ps: Aku telah temui Cahaya!