Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

30 December 2013

[ FOOD] : SATAY KERANG, KAMPUNG JAWA MELAKA

Ya, kali ini saya akan cerita serba sedikit tentang makanan yang saya suka ataupun yang saya sarankan jika anda ke Melaka.

Saya ini memang anak jati Melaka. Ibu dan ayah saya memang asal dari Melaka. Dipendekkan cerita, memang saya ini berdarah Hang Tuah lah. Salah-silah keluarga juga dari masyarakat Cina di Melaka.. Kalau di Melaka ni, paling best bukan je tempat kita nak melawat serta sejarah-sejarahnya. Tapi, Negeri Melaka ini penuh dengan pelbagai jenis makanan yang pelik-pelik dan best. 

Itulah sebabnya, Negeri Melaka mencatatkan negeri paling ramai rakyatnya Obesiti. Hahahah.. 


                           

Ok, saya nak kongsikan dengan anda keenakan Satay Kerang, Kampung Jawa ni. Kampung Jawa ni terletak berhampiran dengan Banda Hilir. Boleh jalan kaki saja. Kedai Satay ni memang dah mulakan perniagaan sejak saya kecil lagi ( sejak ibu saya masih belum kahwin pun dah ada). Kalau dahulu, harga satay hanya RM 0.30 tapi peredaran masa dah mengubah segalanya. Secucuk satay berharga RM0.70. 
Anda kena bersabar sedikit kalau ke kedai ni. Sebabnya, nak kene tunggu pelanggan lain beredar dari meja makan. Mungkin sambil menunggu bolehlah beli terompah di kedai sebelahnya. ehehe..

Apa yang menarik, biasanya kita lihat di kedai-kedai satay ada satay daging, ayam, arnab, ikan dll. Tapi di sini bukan je ada satay daging dan ayam..tapi, satay kerang, hati dan perut pon ada! Kuah nya memang tebaik lah.

Kepada anda yang nak datang ke sini,

TIPS
1- Elakkan memandu kenderaan sendiri kerana jalan di sini merupakan antara jalan yang sangat sesak.
2- Jika anda melawat sekitar Bandar Hilir, boleh naik beca atau jalan kaki sahaja.
3- Kalau jalan kaki, memang agak penat, tapi kedai-kedai di tepi akan membuatkan anda tak perasan yang anda dah berjalan agak jauh.
4. Mula perjalanan dari Muzium Belia, terusa sahaja sampai anda jumpa Gereja berdekatan dengan Bank. Jalan Terus di bulatan dan kemudian masuk ke lorong kiri yang tulis Kampung Jawa.



 Kepada anda yang mungkin nak berbajet membeli baju sekolah anak-anak, Kampung Jawa ini juga merupakan "syurga" membeli-belah kepada mereka yang berbajet rendah. Saya tak pernah merasa pakai baju sekolah Professor atau Bee Loon ( Jenama mahal  di Melaka ) sebab dari kecil hingga sekolah menengah, ayah memang bawa ke sini untuk beli segala kelengkapan sekolah termasuklah beg sekolah. Bukan je kelengkapan sekolah..baju raya pon beli di sini. Hihi..Alhamdulillah..berjaya juga saya dapatkan Degree walau dengan pakaian murah. Hihihi..


Oklah, di entri seterusnya saya akan kongsi makanan lain yang BEST kat Melaka ni. :)