Terletak di food court pasar besar Melaka di Melaka Sentral, kedai Nasi Gunting ini sangat popular dikalangan rakyat Melaka. Apa yang menarik di kedai Nasi Gunting ni, lauk nya tidak dipotong tetapi di gunting.
Walaupun cuma Nasi putih, telur masin, timun, sambal belacan dan gulai campuran daging dan hati, ternyata kombinasi ni memang sedap.
Kalau ada yang ingin cuba, saya nasihatkan supaya pergi dengan lebih awal kerana Nasi Gunting ni cepat habis! Ok, selamat mencuba