Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

19 April 2010

B.E.R.A.N.I

Salam

Si Polan A: The bravest thing that men do is love women...
Yesterday at 11:47
Mohd Hariri Steywong
Si Mangkok Hayun:
setuju...sbb mmg mencabar sgt2 dari segala aspek...
9 hours ago


Rasa ingin ketawa pon ada..Keratan ini saya ambil dari page FB seseorang yang bukan dlam friend list saya..

Kenapa saya nak ketawa?Adakah mencintai wanita itu dianggap satu keberanian bagi seorang lelaki?? Bukan kah sememangnya fitrah yang Allah ciptakan bahawa Adam akan mencintai Hawa nya? Saya TIDAK berapa setuju dengan perbualan 2 makhluk Allah di atas itu..

Kenapa?

Bagi saya, keberanian seorang lelaki bukan kerana dia mencintai wanita. Kerana itu sememangnya fitrah. Lelaki sememangnya diciptakan sebagai "pemburu"..memburu cinta & memburu wanita..Tiada apa yang istimewanya di situ..

Keberanian seorang lelaki ialah apabila dia sanggup berhijrah yakni menghijrahkan diri mereka ke jalan yang diredhai Allah kerana dia mencintai seorang wanita..

Keberanian seorang lelaki ialah apabila dia menghormati seorang wanita sebagai seorang ibu yang akan menyambung keturunannya..

Keberanian seorang lelaki ialah apabila dia sanggup bekorban demi seorang wanita yang dicintainya walaupun wanita itu tidak membalas cintanya dan lelaki itu mahu melihat dia bahagia..

Keberanian seorang lelaki ialah apabila dia tidak membuka aib seorang wanita yang dicintainya walau sesakit mana dia harus menerimanya..

Keberanian seorang lelaki ialah apabila dia menerima seorang wanita itu dan menerima semua yang ada pada hidup wanita itu..dalam erti kata sebenar, masa silam wanita itu, keluarga wanita itu, kawan² wanita itu, kerjaya wanita itu, keluarga angkat wanita itu atau sesiapa sahaja yang pernah hadir dlm hidup wanita itu..

Keberanian seorang lelaki ialah apabila dia sanggup bekorban apa sahaja dan sanggup mengenepikan perasaanya untuk seorang wanita..


Bagi saya, itu dia keberanian sebenar seorang lelaki.Mencintai itu fitrah, cuma jika dia mencintai, dan memberi apa yang saya sebut di atas, itu barulah keberanian sebenar..

Jangan dipanggil lelaki seperti yang saya minta itu sebagai dayus..TIDAK LANGSUNG!

Lelaki dayus adalah lelaki yang dia tidak dapat memimpin wanita ke jalan yang betul..

Lelaki dayus adalah lelaki yang suka memaki hamun seorang wanita dan menjatuhkan air muka seorang wanita di khalayak ramai

Lelaki dayus adalah lelaki yang bukan hanya MENCINTAI..malah dia mahu MEMILIKI..

Bagi saya, jika seorang wanita mencintai & mengahwini lelaki ialah boleh dikira satu keberanian..Kenapa? Kerana seorang wanita menggadaikan kehidupannya bersama seseorang dan dia sendiri tidak mengetahui samaada lelaki itu betul2 akan menghargainya atau sebaliknya..

Saya bukan lah seorang penulis hebat atau pujangga yang bisa mengeluarkan kata² magis dari jari jemari yang menari ini..

Saya hanya menulis mengikut hati dan naluri saya..

Semua manusia atau hamba yang dicipta Allah tidak sempurna akhlaknya, perilakunya..Ada sahaja silap yang dilakukan..Di dalam hidup kita, Allah tunjukkan jalan..Kita yang harus memilih sama ada Baik atau Buruk..Syurga atau Neraka..

Saya tidak memilih lelaki mana yang akan dapat menakluki hati saya nanti.Entah ada atau tidak.Saya cuma berserah padaNYA..Cuma saya inginkan seorang yang bisa memimpin saya, yang bisa menjadi Imam pada keluarga saya, yang menghormati saya dan yang paling penting, berada dengan saya walau serendah mana martabat saya di mata masyarakat sekalipun..

Bukan rupa menjadi pilihan, atau harta menjadi ukuran..cukuplah dengan pimpinan Agama..Kerana itulah tiang keberanian seorang lelaki yang akan mensucikan hatinya..




p/s: saya masih rindu dia~=(