Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

07 April 2015

[ FOOD ] BURGER LAB

Mungkin ramai yang dah pernah dengar atau lihat sendiri gambar di lama sosial tentang Burger Lab kan? Tapi mungkin ramai lagi yang masih takut atau belum berpeluang nak cuba makan di sana.

Kali ni, saya suggest kalau nak cuba burger yang lain sikit, boleh lah cuba di Burger Lab. Terdapat beberapa cawangan yang sudah di buka. Cawangan yang saya pergi ni adalah di PJ.






Apa yang menarik di sini, dekorasi kedai cuku sempoi dan selesa. Cara nak order, anda boleh pilih mana2 hidangan dari menu, kemudian beratur dan bayar di kaunter.

Kat sini mereka berkonsepkan open kitchen di mana anda boleh nampak bagaimana chef menyediakan burger anda. Pada yang sangat hygienic tu, sesuai lah sebab memang dijamin bersih





Nampak tak dapur tu?




Ada beberapa menu yang menarik untuk anda pilih. Disebabkan saya membeli kupon dari online, jadi pilihan saya terhad. Kalau tak tahu nak pilih yang mana atau nak usha-usha dulu burger mana yang ikut selera anda, bolehlah ke laman web Burger Lab

Daya tarikan Burger Lab adalah, haa..cuba tengok warna rotinya. Roti ni nama nya Charcoal Bun sebab warna hitam. Kalau anda tengok, macam keras je kan? Tapi, rotinya sangat-sangat lembut!

Rasanya ni Swisstake Burger. Tak ingat pulak!


Ada juga hidangan set yang didatangkan bersama fries dan air.



Wall deco ni menarik di aman mereka menampal gamba-gambar pengunjung sebagai tanda kenangan.



08 January 2015

[ TECHNO ] APLIKASI MOBILE SECURITY : LOOKOUT

Sejak dua menjak ini pasti ramai yang dah pernah kehilangan smartphone anda bukan? Saya sendiri pernah mengalami kejadian yang sama di mana saya tertinggal handphone saya di sebuah sekolah.

Possibility untuk kita jumpa semula smartphone kita adalah amat tipis. Mungkin 10% sahaja. Alhamdulillah, saya menjadi antara orang yang bertuah dapat semula telefon saya dalam masa 3 minggu. Macam detektif Conan!

Kali ini saya nak share dengan anda kalau nak cari aplikasi yang bagus untuk mobile security.


Saya perkenalkan Aplikasi Lookout.

Aplikasi ini boleh didapati dari App Store atau Playstore.

Aplikasi Lookout ini boleh didapati secara percuma tetapi tak banyak fungsi yang diberikan. Cuma bertindak sebagai Antivirus kepada smartphone anda.

Tetapi, sekiranya anda membeli aplikasi ini dengan harga RM 100 SETAHUN. Saya ulangi SETAHUN. Banyak fungsi yang dapat anda gunakan dan pastinya tahap keselamatan yang baik.

Antaranya,

1) Sekiranya telefon anda hilang dan si pencuri mencuba untuk meneka pin number anda sebnyak 5 kali. Aplikasi ini akan mengaktifkan camera hadapan dan mengambil gambar si pencuri dan menghantar terus ke alamat email yang didaftarkan

2) Sekiranya si pencuri mematikan atau "off" kan telefon anda, Aplikasi Lookout ini akan menghantar email di mana jejak terakhir telefon anda.

3) Apabila si pencuri menghidupkan atau "on" kan semula telefon anda, kamera hadapan akan diaktifkan dan gambar si pencuri akan di rakam.

4) Sekiranya si pencuri menukar sim kad anda, sistem ini akan meghantar email pemberitahuan bahawa sim kad anda telah di keluarkan dan lokasi terakhir.



Jika sim kad ditukar. Anda akan mendapat email dari Lookout





Sekiranya telefon anda di "on" kan semula, kamera hadapan akan merakam gambar.



Mungkin peratusan untuk menjumpai telefon anda telah meningkat sebanyak 50% kan? Ada yang mula fikir, kalau dapat gambar pon, nak buat report polis ke?

Kan zaman sekarang Facebook lebih memberi impak kepada kehidupan seharian kita. Jadi, gunakan lah Facebook untuk meng"iklan"kan muka si pencuri berkenaan. Share button lebih berkuasa~


Ok, kalau tak dapat jugak muka si pencuri tadi, terpaksalah anda HALAL kan saja telefon tu. Walaupn sedih, anda masih lagi boleh mencuba untuk LOCK kan telefon anda dari jauh.

Tekan sahaja butang lock dari akaun Lookout anda yang anda login melalui komputer. Atau, anda boleh wipe segala gambar dan info dari telefon berkenaan jika takut ada gambar privasi anda yang akan "terlepas".





Walau macamana pun, ini semua rezeki dan ketentuan Tuhan. Kalau kita usaha untuk mencari semula telefon tu, Insha Allah akan dipermudahkan. Kalau agak-agak takkan dapat semula, halalkan je lah.

Dapat pahala lagi seronok, kan?