Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

Showing posts with label Persahabatan. Show all posts
Showing posts with label Persahabatan. Show all posts

15 August 2011

Happy Friendship Day~


-10 days belated~

Hehe..post ni dah aku tulis pada 6 August yang lepas. Tapi, dek kerana betapa bznyer hamba ini, maka tersimpan saja la cerita ni.

Macam biasa, Ahad pertama pada Ogos merupakan hari sahabat sedunia. Aku takde apa nak tulis sangat. Cuma nak ucapkan terima kasih kepada sahabat² aku yang sentiasa berada di sisi, di tepi, di depan mahupun di belakang..Heheh..

Untuk mereka yang baru aku kenali, Tuhan ada rencana tersendiri mengapa Dia mahu kita bertemu. Kan? Tak akan aku sia²kan kalian. Itu janji aku! Dan aku berterima kasih kepada mereka yang masih kekal sebagai sahabat. Walaupun mungkin jarang berbicara, jarang bersua, namun setiap kenangan masih dapat aku ingat jelas!

untuk sahabat rapat saya..lagu ini untuk anda


When I'm lost in the rain,
In your eyes I know I'll find the light
To light my way.
And when I'm scared,
And losing ground,
When my world is going crazy,
You can turn it all around.
And when I'm down you're there
- pushing me to the top.
You're always there,
giving me all you've got.
For a shield from the storm,
For a friend, for a love
to keep me safe and warm
I turn to you.
For the strength to be strong,
For the will to carry on
For everything you do,
for everything that's true
I turn to you.
When I lose the will to win,
I just reach for you and
I can reach the sky again.
I can do anything
'Cause your love is so amazing,
'Cause your love inspires me.
And when I need a friend,
You're always on my side
Giving me faith
taking me through the night
For a shield from the storm,
For a friend, for a love
to keep me safe and warm
I turn to you.
For the strength to be strong,
For the will to carry on
For everything you do,
for everything that's true
I turn to you.
For the arms to be my shelter
through all the rain,
For truth that will never change,
For someone to lean on,
For a heart I can rely on through anything,
For that one who I can run to...
For a shield from the storm,
For a friend, for a love
to keep me safe and warm
I turn to you
For the strength to be strong,
For the will to carry on
For everything you do,
for everything that's true
I turn to you.
For a shield from the storm,
For a friend, for a love
to keep me safe and warm
I turn to you.
For the strength to be strong,
For the will to carry on
For everything you do,
for everything that's true
I turn to you.
I turn to you...

Dear Kamu,

Terima kasih. Kerana menjadi sahabat saya. Kerna menghilangkan segala kesdihan saya. Walau mungkin kamu tidak sempurna. Tapi, kamu sempurna kan saya dan hidup saya sekarang. Terima kasih, sahabat!


21 January 2010

Pada Zaman Dahulu..

Salam..

Puhh..puhh..puuhh..Heheh..Buang sawang kejap.Rasa memang dah lama tak update..kan?Banyak hutang cerita dah..huhu..

Ok..Kali ni, saya nak langsaikan hutang saya pada seorang kawan saya.saya dah janji nak buat posting pasal KAMI pada suatu masa dahulu..

Kalau anda semua perasan la kan, saya selalu bercerita tentang kawan-kawan sekerja saya.Mana pergi kawan sekolah atau universiti saya ek??Ada..ada..Tidak menulis mengenai mereka bukan bermakna saya sudah lupa akan mereka..Tidak sama sekali!!

Terlalu banyak kenangan mengenai kami..Sebab itu lah saya sedikit malas mahu menulis, kerana saya tidak tahu nak luahkan dengan kata-kata..kenangan bersama mereka, cukup indah dalam hidup saya! Bak kata lagu OGY laa kan, "dalam kehidupan ini, yang terindah melalui usia remaja"..YA! Usia remaja saya bersama mereka..eheh

Oleh itu, mari saya kenalkan..jeng..jeng..jeng..

Ini dia..Pasangan comel..Yang itu Fiza nama nyer.Tapi, saya panggil die DUT..Apa yang heran nyer, bila berborak dengan Fiza aka Dut ni, saya tidak akan gune kan bahasa "aku" "kau" dengannye..Saya akan sebut "I" "U"..Mula-mula memang rasa janggal + gedik..ahah..sebab tak biase kan.Lama-lama, dah OK dah..eheh..Kalau antara geng-geng kami, Dut ni kire paling hot laa..Sebab gaya ala-ala mat saleh nyer..Kalau sekali tengok, macam berlagak..Tengok dua kali, dah nampak dah yang die ni jenis tak memilih siapa untuk jadi kawannyer.Asal kan orang tu tak kacau hidup die..hehe..Disebabkan Dut la, maka muncul lah sebuah pasukan futsal perempuan yang diberi nama "DONT CHA"..uhhh..gedik sungguh nama itu..Dut dah pun berkahwin tahun lepas dengan jejaka di sebelah nyer tuh..Kayril! Dan sekarang Dut tengah pregnant dalm 5-6 bulan kot..Semoga Tuhan sentiasa melindungi nya dan kandungan nya..Amin~

Ok..Yang kedua pula..



Ha, yang baju biru yang COMEL tuh, Tok Wan nama nyer..Yang sebelah ala-ala mamak tuh, Zul nama nyer..hehe..Mereka ni kire kawan lelaki paling rapat dengan saya..Satu grup study, tiru mase exam sama..satu bilik..eh~salah!=)..eheh..Mereka ni la penceria dalam grup kami..Nak tau kenapa??Ha..Tok Wan tuh, memang jenis melatah..Yang si Zul nih plak dah macam robot..asek nak mencucuk aje keje nyer...(aku pon sama)..Tok Wan akan sebut apa saja yang terlintas kat kepala dia mase tuh..Yang tak patut disebut pon akan disebut..ishh ishh.Memang boleh mati duduk ngan mereka ni.Mati sebab banyak ketawa! Tok Wan ibarat seorang bapa dalam grup kami..Dia akan pastikan semua orang OK dalam apa jua keadaan..Zul pula dah dianggap seperti adik oleh Tok Wan..hurm~Kalau nak tau, Tok Wan sorang saje yang panggil saya "J"..dan Zul pulak akan panggil saya "Hudo Hogan"..huhu..Adoi..


Ha..Pembetulan..Ini bukan Puteri Sarah atau Angelina Jolie ek..Hheehe..ini EJA!! Eja ni boleh tahan jugak..kuat ketawa & giler2..saya selalu pangil die Eja Jolie.Die bahasa kan dirinya sebagai adek..eja seorang yang manja dan senang menangis atau risau tentang sesuatu.Masa diploma, kami belajr sama-sama.Satu kelas, satu blok,satu grup..semua kire sama-sama la.Tapi,Eja tukar kos masa degree..hurm..mungkin dah bosan dengan kami..huhuhu


Last sekali, Apiz Tomok / Acheng /Baby..

Ha.saya pangil die Apiz Tomok..sebab ade laa ala2 muke Tomok sket Apiz nih.Kalau dalam grup kami, Apiz ni kire mamat paling romantik la~Nak2 pada suaranya..pergh..cakap slow jek..tak leh jerit!eheh.Apiz paling kurus dalam grup kami!eheh..

Tiada gamba Ina pula nak saya letakkan.Ena seorang yang kecil halus. 3 Ena= 1 saya..huhu..Ena paling pandai antara kami.itulah sebab Ena akan sentiasa duduk di depan semasa exam..Di belakang Ena pula akan ada Zul -->Tokwan-->Apiz--->saya--->Ida..huhu

Oh ya, ade lagi seorang..Yang tak perlu saya letak gambar nya, tak perlu saya perkenalkannya dan tak perlu saya bercerita mengenai nya..Kerana, gambar nya sudah terhias di blog saya selama ini dan cerita mengenainya, sering saya karangkan..siapa lagi kalau bukan rakan karib saya, IDA!eheh


Itu die partners in crime saya..haha.Kami dah seperti adik beradik.Jika ada seorang bermasalah, kami akan berkongsi bersama.Jika gembira, kami akan bergembira bersama..Terlalu banyak kenangan saya bersama mereka.kadang, bila duduk bersendirian dan terkenangkan mereka, orang pasti ingatkan saya gila..kerana saya akan tersenyum seorang.

Sekarang, masing-masing punya jalan hidup dan kerjaya sendiri.Tak kurang juga dengan tanggungjawab yang harus digalas yang semakin besar.Kami sudah tidak punya masa untuk duduk bersama dan bergurau seperti dahulu.Ahh..kerana masa, semua nya kian terbatas..

Walau semakin jauh kami, saya tidak akan pernah sekali melupakan mereka.Dan saya berharap mereka juga sama...

**Harap2 mereka semua sihat sejahtera hendaknya..


15 November 2009

Saya Rasa Mereka Hebat

Salam..

Entry kali ini juga berkaitan kawan-kawan saya. Kenapa saya ingin benar tulis mengenai mereka? Kerana saya merasakan mereka ini HEBAT.Mungkin xsehebat mana, tp mereka tetap hebat di mata saya..

Sahabat pertama yang saya rasa paling hebat di antara semua ialah, mesti laa Ida!



Kenapa saya kata Ida hebat?? Saya rasa die hebat kerana die sanggup tahan dengan perangai saya yang kadang-kadang agak pelik.Saya boleh berubah mengikut mood..dan Ida masih di situ untuk berkongsi apa saja perasaan saya pada waktu itu.Saya rasa Ida hebat juga kerana walaupun saya pernah menepikan dia suatu masa dahulu, tetapi, dia masih berharap dan memberi peluang pada saya untuk berubah. Ida adalah sahabat yang benar2 kenal siapa saya, apa saya suka & kadangkala dapat membaca apa yang sedang saya fikirkan. Dan saya rasa itu hebat.Oh ya!Ida juga merupakan bakal guru nanti..Hebat kan? Sebab x semua orang boleh jadi cikgu!!

Kawan seterusnya yang saya rasa Hebat ialah Sarah! Sarah adalah salah seorang staff di LCP jugak..Department Design..


Kenapa saya rasa Sarah hebat? Sebab, dia pandai main gitar, dan saya sgt teruja dengan orang perempuan yang pandai memetik gitar!Bukan itu sahaja..Sarah juga ada iklan billboard muka dia di Bangi..Hebat kan?Oh..Lupa pulak.Kami memanggil dia ni Diva LCP sebab die juga ada berlakon teater..dan sekarang, Sarah merupakan pelakon suara untuk watak Susanti dalam siri U&I..Lagi satu, Sarah hebat sebab die boleh ketawa dengan kuat dan membuatkan orang sekelilingnya ketawa juga!!

Orang ke-3 yang hebat bg saya ialah Yuki..

Kenapa? Yuki terer main badminton..Yuki buat kerja dengan laju..Apa yang saya suke mengenai Yuki ialah, bila saya ada masalah terutama mengenai "friendship", dia akan beri nasihat kepada saya..Dan saya rase Yuki hebat sebab hanya Yuki sorang saja yang panggil saya "Nurnur"..eheh
Seterusnya, sahabat yang saya rasa hebat ialah, cima!!

Kenapa Cima hebat??Bagi saya, cima hebat kerana dia seorang yang berani..Berani dalam semua aspek..Saya juga rasa dia hebat kerana, dia menunjukkan sifat dan kelakuannya yang bersahaja tanpa nak control2..Dia juga kelihatan hebat, dengan apa saja yang dipakai..Lagi satu kehebatan Cima ialah, saya rasa die ada suara yang sedap!oh..itu saya jeles!

Orang ke-5 yang hebat dimata saya ialah..Idaman!



Saya rasa Idaman hebat kerana dia seorang yang rajin membaca!Bila saya berbual dengan Idaman,banyak info saya dapat..Saya juga rasa idaman hebat kerana dia boleh mengigati kata-kata kiasan indah yang tertulis dalam setiap buku yang dibacanya..Apa yang betul2 membuat saya rasa dia ni hebat adalah kerana dia boleh berbahasa Mandarin!!ouchh~jelesnya saya!!
Dan, terakhir sekali..Nanad!!
Nanad atau nama sebenar Nadirah ni hebat kerana dia seorang yang suka bermain dengan nombor..yelah..Accountant kan..ahah..Nanad hebat bermain futsal! Saya rasa Nanad hebat sebab dia ade Myvi SE bewarna oren!!ahaha..Tapi, ikhlas saya katakan, Nanad hebat kerana sifat nya yang matang..Saya juga boleh berkongsi cerita bersama nya..dan dia akan memberi respon untuk segala cerita saya!!eheh


Mungkin tiada gambar anda di sini..Bukan kerana saya tidak rasa anda hebat, cuma mungkin kehebatan anda itu belum menyerlah di mata saya!!!atau mungkin kamu terlalu hebat sehingga tak dapat saya ceritakan kehebatan kamu di sini..ahahah..Takda lah~Bagi saya, semua orang di sekeliling saya adalah manusia yang hebat..kerana, apabila saya bersama mereka, mereka akan buat saya rasa saya HEBAT! Saya akan rasa hebat kerana saya GEMBIRA!


"Apabila kaun ingin berteman, jangan lah kerana kelebihannya..
Kerana mungkin dengan 1 kelemahan,kau akan menjauhinya..
Andai kau ingin berteman,jangan lah kerana kebaikannya..
Kerana dengan 1 keburukan kau mungkin akan membencinya..
Andai kau ingin bersahabat,janganlah kerana ilmunya..
Kerana apabila dia buntu, kau akan menfitnahnya..
Andai kau ingin berkawan, janganlah kerana sifat cerianya..
Kerana apabila dia tidak dapat menceriakan kau lagi, kau akan menyalahkannya..
Andai kau ingin bersahabat,terimalah dia seadanya..
Kerana dia juga manusia biasa.."


P/s: Saya berkawan bukan kerana bakat atau apa kelebihan pada mereka..Saya berkawan kerana saya suka apa yang ada dalam diri mereka..

03 November 2009

Setahun Kemudian

Salam..

Hari ini, genaplah setahun saya bekerja dan bernaung di bawah bumbung syarikat yang ada gambar Si Polan itu..Les' Copaque Production.


Tak sangka..begitu cepat masa berlalu..dan dalam masa setahun, sudah banyak yang saya pelajari dan sudah banyak peluang yang diberikan kepada saya..

Masih segar dalam ingatan saya bagaimana saya mendapat peluang untuk ditemuduga..Terima kasih pada insan itu kerana memberi peluang kepada saya..


Minggu pertama saya bekerja,saya cuba sedaya upaya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling..Kerana, seumur hidup saya, saya tidak pernah berada di tempat yang majornya adalah kaum Adam..ini agak sedikit terkejut buat saya pada masa itu..Tugasan saya yang pertama adalah saya dikehendaki menelefon beberapa orang yang ingin masuk ke kelas training kami..Ohh..sungguh saya benci masa itu..Kerana saya sangat la gugup untuk bercakap dalam telefon dengan org yang tidak dikenali..

Sudah beberapa minggu dan bulan bekerja, akhirnya saya dapat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan sekerja..Mujur ada Kak Ijan..Kak Ijan yang banyak membantu saya mengenali staff2 yang lain..Oh ya, mari saya perkenalkan Kak ijan




Ini dia Kak Ijan..Bagi saya, Kak Ijan dah saya anggap seperti kakak saya.Saya boleh bercerita apa saja dan berkongsi apa saja bersama Kak Ijan..Kak Ijan seorang pendengar yang baik bagi saya..Pada mulanya memang saya agak takut dengan Kak Ijan..Tapi, sekarang alhamdulillah saya sudah sedikit pandai membaca mood nya..Mungkin saya tidak pernah beritahu pada Kak Ijan betapa saya amat berterima kasih padanya atas semua nasihat, sokongan dan semangat yang dia pernah berikan..Saya juga tak pernah beritahu yang betapa dirinya sangat berharga buat saya..

Masuk bulan ke-3 saya bekerja, masa tu kami sedang sibuk dengan persiapan untuk keluarnya Filem sulung kami, Geng Pengembaraan Bermula..Hanya Tuhan saja yang tahu betapa sibuk dan stress nya masa itu...Dan dari situ laa saya dapat tahu apa minat saya..Saya sukakan kerja2 luar a.k.a pergi event laa~

Bila sibuk dengan event, saya agak rapat juga dengan insan bernama Mumu..Oh, tapi saya panggil dia Abg Mumu..eheh..Meh tempek sket gamba dia..



Ya, ini dia encik Zarin yang lebih dikenali dengan nama MUMU atau Mediahorizon..huhu..Sama seperti Kak Ijan..Mumu saya anggap seperti Abang..Saya juga boleh berkongsi cerita dan masalh dengannya..Banyak juga yang dia tahu mengenai saya..Dan apa yang saya kenal dengan dia, dia seorang yang suka membaca Horoskop..Heheh..kan Abg Mumu?Bagi saya Mumu saya anggap seperti pelengkap dalam sesebuah event yang kami pergi..Kalau Mumu takde, memang ada rasa kekurangan di situ...

Dalam masa setahun ini, berbagai-bagai benda yang berlaku..Ada yang datang bertandang, ada yang singgah sebentar dan ada yang pergi meninggalkan..

Semua ini akan saya sematkan dalam kenangan saya..dan insya Allah, tak akan saya lupakan..terutama mereka yang sudah terpahat di hati saya..

Terima kasih kepada mereka yang banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya dan menghargai kehadiran saya di sini..

Sesungguhnya, kamu semua melengkapkan perjalanan hidup saya!=)

Ingin saya berkongsi sesuatu bersama anda..

"sahabat bukan untuk sementara, tetapi selamanya..bukan untuk dimusuhi, tetapi untuk disayangi..bukan hanya di sini, tetapi di mana2..bukan setakat ini, tetapi hingga hujung nyawa!"

p/s: Belajarlah menghargai orang sekeliling kamu supaya kamu dapat merasai rasa dihargai..