Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

15 November 2009

Saya Rasa Mereka Hebat

Salam..

Entry kali ini juga berkaitan kawan-kawan saya. Kenapa saya ingin benar tulis mengenai mereka? Kerana saya merasakan mereka ini HEBAT.Mungkin xsehebat mana, tp mereka tetap hebat di mata saya..

Sahabat pertama yang saya rasa paling hebat di antara semua ialah, mesti laa Ida!



Kenapa saya kata Ida hebat?? Saya rasa die hebat kerana die sanggup tahan dengan perangai saya yang kadang-kadang agak pelik.Saya boleh berubah mengikut mood..dan Ida masih di situ untuk berkongsi apa saja perasaan saya pada waktu itu.Saya rasa Ida hebat juga kerana walaupun saya pernah menepikan dia suatu masa dahulu, tetapi, dia masih berharap dan memberi peluang pada saya untuk berubah. Ida adalah sahabat yang benar2 kenal siapa saya, apa saya suka & kadangkala dapat membaca apa yang sedang saya fikirkan. Dan saya rasa itu hebat.Oh ya!Ida juga merupakan bakal guru nanti..Hebat kan? Sebab x semua orang boleh jadi cikgu!!

Kawan seterusnya yang saya rasa Hebat ialah Sarah! Sarah adalah salah seorang staff di LCP jugak..Department Design..


Kenapa saya rasa Sarah hebat? Sebab, dia pandai main gitar, dan saya sgt teruja dengan orang perempuan yang pandai memetik gitar!Bukan itu sahaja..Sarah juga ada iklan billboard muka dia di Bangi..Hebat kan?Oh..Lupa pulak.Kami memanggil dia ni Diva LCP sebab die juga ada berlakon teater..dan sekarang, Sarah merupakan pelakon suara untuk watak Susanti dalam siri U&I..Lagi satu, Sarah hebat sebab die boleh ketawa dengan kuat dan membuatkan orang sekelilingnya ketawa juga!!

Orang ke-3 yang hebat bg saya ialah Yuki..

Kenapa? Yuki terer main badminton..Yuki buat kerja dengan laju..Apa yang saya suke mengenai Yuki ialah, bila saya ada masalah terutama mengenai "friendship", dia akan beri nasihat kepada saya..Dan saya rase Yuki hebat sebab hanya Yuki sorang saja yang panggil saya "Nurnur"..eheh
Seterusnya, sahabat yang saya rasa hebat ialah, cima!!

Kenapa Cima hebat??Bagi saya, cima hebat kerana dia seorang yang berani..Berani dalam semua aspek..Saya juga rasa dia hebat kerana, dia menunjukkan sifat dan kelakuannya yang bersahaja tanpa nak control2..Dia juga kelihatan hebat, dengan apa saja yang dipakai..Lagi satu kehebatan Cima ialah, saya rasa die ada suara yang sedap!oh..itu saya jeles!

Orang ke-5 yang hebat dimata saya ialah..Idaman!



Saya rasa Idaman hebat kerana dia seorang yang rajin membaca!Bila saya berbual dengan Idaman,banyak info saya dapat..Saya juga rasa idaman hebat kerana dia boleh mengigati kata-kata kiasan indah yang tertulis dalam setiap buku yang dibacanya..Apa yang betul2 membuat saya rasa dia ni hebat adalah kerana dia boleh berbahasa Mandarin!!ouchh~jelesnya saya!!
Dan, terakhir sekali..Nanad!!
Nanad atau nama sebenar Nadirah ni hebat kerana dia seorang yang suka bermain dengan nombor..yelah..Accountant kan..ahah..Nanad hebat bermain futsal! Saya rasa Nanad hebat sebab dia ade Myvi SE bewarna oren!!ahaha..Tapi, ikhlas saya katakan, Nanad hebat kerana sifat nya yang matang..Saya juga boleh berkongsi cerita bersama nya..dan dia akan memberi respon untuk segala cerita saya!!eheh


Mungkin tiada gambar anda di sini..Bukan kerana saya tidak rasa anda hebat, cuma mungkin kehebatan anda itu belum menyerlah di mata saya!!!atau mungkin kamu terlalu hebat sehingga tak dapat saya ceritakan kehebatan kamu di sini..ahahah..Takda lah~Bagi saya, semua orang di sekeliling saya adalah manusia yang hebat..kerana, apabila saya bersama mereka, mereka akan buat saya rasa saya HEBAT! Saya akan rasa hebat kerana saya GEMBIRA!


"Apabila kaun ingin berteman, jangan lah kerana kelebihannya..
Kerana mungkin dengan 1 kelemahan,kau akan menjauhinya..
Andai kau ingin berteman,jangan lah kerana kebaikannya..
Kerana dengan 1 keburukan kau mungkin akan membencinya..
Andai kau ingin bersahabat,janganlah kerana ilmunya..
Kerana apabila dia buntu, kau akan menfitnahnya..
Andai kau ingin berkawan, janganlah kerana sifat cerianya..
Kerana apabila dia tidak dapat menceriakan kau lagi, kau akan menyalahkannya..
Andai kau ingin bersahabat,terimalah dia seadanya..
Kerana dia juga manusia biasa.."


P/s: Saya berkawan bukan kerana bakat atau apa kelebihan pada mereka..Saya berkawan kerana saya suka apa yang ada dalam diri mereka..

4 comments:

Papysnow said...

nurnur blh cakap mandarin gak per >:)

Muiz@LCP said...

aku x hebat ke nurnur? haha

mediahorizon said...

takde nama kau kan muiz.. lagu mau tanya... mumu tak hebat ke nurul?

nurul said...

ahaha..incik mediahorizon bukan x hebat..cuma sudah terlampau hebat..sampai saya nak ckp ape pon xtahu..maybe ni list hebat untuk pompuan jek..nnt saya buat lelaki lak..eheh