Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

27 November 2009

Erti Pengorbanan..

Salam..



Pertama sekali, selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang muslim..

Semoga ianya memberi seribu makna kepada kita semua..

Apabila disebut raya korban semua orang akan terkenang semula sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim bersama anaknya, Ismail.




Sentuh sikit pasal topik korban ni, ia seperti bermain-main di fikiran saya..

Pengorbanan..

Apa erti pengorbanan bagi anda?

Bagi saya, pengorbanan itu sesuatu yang susah nak di ertikan dan ia boleh dilibatkan dalam semua jenis hubungan..Baik IbuBapa kepada anak-anak, Sahabat ke sahabat lain dan macam-macam lagi..

Saya teringat tentang 1 filem yang saya tonton..PAPADOM..
Pengorbanan seorang ayah untuk menjaga anaknya..Untuk memastikan anaknya tidak merasa susah..
Jarang saya menangis menonton filem Melayu, tapi, filem itu telah membuat saya menitiskan air mata kerana membuat saya terkenang akan pengorbanan ibu bapa terhadap anaknya..
Saya boleh katakan setiap ibu bapa ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi hidup anaknya..Ia membuat saya terfikir..Mampukah saya berbuat demikian?Mampukah anda?Mungkin senang bagi kita untuk mengatakan IYA..Tetapi, hanya Tuhan saja yang tahu apa akan berlaku pada masa hadapan..Jadi, sebagai manusia, penting untuk kita selalu berpijak di Bumi yang nyata dan kenal akan asal usul diri kita..Insya Allah~

Seharian saya berfikir..Tentang apa yang pernah saya korbankan..Penat saya mencari jawapan..Tetapi masih juga kabur..huhuh..
Mungkin ada..tetapi, tidak lah sebesar mana..
Atau mungkin tidak ada langsung...

Kadang-kadang saya selalu terdengar..Kenapa perlu korbankan perasaan / diri sendiri untuk orang lain?
Bagi saya berkorban untk orang lain mengajar saya untuk tidak mementingkan diri, mengajar saya untuk hidup bersama dgn orang sekeliling saya dan paling penting, belajar menghargai..

Huhu..jauh saya merepek..

Tapi, cuba anda renungkan..Apa yang telah anda korbankan untuk ibu bapa anda? Untuk rakan-rakan anda?Untuk orang sekeliling anda?

Saya rasa di AidilAdha ni, saya mengorbankan DIET saya!!Sebab banyak sgt daging nih kene makan!!eheheh..

Okay lah..Sama-sama kita renungkan dan selamat beramal~=)