Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

22 January 2018

[TRAVEL LOG ] : PENANG

Rasanya ramai dah pernah ke Penang kan? Kali ni saya nak kongsikan sikit tips dan pengalaman semsa berada di Penang. Mungkin ada tempat yang masih belum anda lawati.

Pertama sekali, sebelum bergerak atau pergi bercuti, pastikan anda membuat research terlebih dahulu. Walaupun sekadar bercuti di dalam negara, tapi research tu sangat penting agar percutian anda tidak sia-sia dengan hanya menghabiskan masa di bilik hotel atau di jalan raya.

Saya menempah bilik melalui laman web Expedia di mana anda boleh menempah bilik dan tiket kapal terbang secara murah. Tentang web ini akan saya ceritakan kemudian.

Saya memilih untuk memandu ke Penang dan pastinya memilih untuk menginap di sektar Georgetown kerana semua tempat menarik dalam jarak dekat sahaja.

Sampai saja di Penang, kami terus check in di Oriental Hotel.


LUNCH DI RESTORAN KAPITAN, LEBUH CHULIA

Saya mendapat info tentang Restoran Kapitan ini dari kenalan yang berasal dari Penang. Sebelum ni tak pernah dengar pun kerana jika ke Penang, tbelum pernah saya tinggal di sana lebih dari sehari.

Restoran ini menyajikan nasi kandar dan berbagai jenis roti. Saya nak cadangkan Nasi Beriyani Ayam Tandoori.


Kuah dan rempah ratus yang digunakan untuk Nasi Briyani Ayam Tandoori ini memang sedap. Mungkin ada antara anda tidak begitu gemar makan di kedai Mamak. Maka saya sarankan janganlah ke Penang kerana di sekitar kawasan ini amat susah untuk mencari nasi campur lauk Melayu. Kalau ada pun gerai-gerai masakan Melayu, mungkin di sekitar Padang Kota Lama.

Selesai sahaja makan, kami terus ke destinasi seterusnya.

RUMAH KELAHIRAN TAN SRI P. RAMLEE, JALAN P RAMLEE

Pastikan anda tidak melepaskan peluang ke sini kerana rumah kelahiran Allayarham Tan Sri P Ramlee ini merupakan salah satu tempat bersejarah di Georgetown. Seandainya anda telah pergi melawat ke Pustaka Peringatan P Ramlee di Setapak, Kuala Lumpur anda pasti ingin melihat sejarah dan mengenali peribadi seniman agung ini dengan melawat ke Rumah Kelahiran beliau di sini.

Masuk : PERCUMA
Waktu Operasi : 10 pagi - 5.30 ptg

Rumah Kelahiran P Ramlee ini telah dijaga dan diselenggara dengan baik sekali. Sudah pasatinya saya dan keluarga tak melepaskan peluang bergambar di kawasan rumah bersejarah ini.

PERINGATAN: Pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam rumah.

Selain dapat mengetahui sala-sila keturunan Allayarham, pengunjung juga dapat melihat gambar-gambar beliau sewaktu kecil dan remaja.


DINNER DI FOOD COURT, PADANG KOTA LAMA

Kalau ke Penang, tidak lengkaplah jelajah anda kalau tak pekena Pasemboq kan? Saya lebih gemar ke Padang Kota Lama kerana food court di sini di asingkan dari peniaga Cina dan Melayu. Bukannya saya racist, cuma lebih yakin begitu. 

Kebanyakkan pengunjung sekarang lebih gemar ke Gurney Drive untuk menikmati Pasemboq. Tak salah cuma saya kurang gemar ke sana sebab parking yang susah dicari dan juga gerai makan yang bercampur.

Menu tak sempat saya snap gambar. 

TIP:
1) Pasemboq - Jangan ambil terlalu banyak. Kalau boleh elakkan mengambil sotong aau udang kerana anda pasti akan terkejut dengan harga di sini
2) Mee Udang : Seeloknya anda sendiri berjalan mencari makanan kerana ada antara kedai yang menawarkan Mee Udang tapi dengan harga RM 8-10 semangkuk dan udang hanya ada 2-3 ekor sahaja
3) Kerang Bakar/ Kerang Rebus : Untuk ni, anda boleh order terus dari meja. Terdapat 2 saiz pinggan ( kecil/ besar)

HARI KE 2.
BREAKFAST DI ROTI CANAI, JALAN TRANSFER
Ramai yang suggestkan makan roti canai di sini. Gerai ini dibuka ditepi jalan sahaja dan bukan di dalam kedai. Anda boleh cari Jalan Transfer melalui waze atau Google map.

Kedai ini hanya menjual roti canai, roti bakar dan juga telur separuh masak. Pilihan kuah roti canai adalah samaada ayam atau daging. Kelainan roti canai ini dari kedai yang lain adalah kuahnya. Jika kedai lain menyajikan kuah dal atau kari, sebaliknya kedai ini menyajikan kuah seperti kari + asam pedas. Tak percaya? Cuba tengok gambar ni.



BUKIT BENDERA

Bukit Bendera merupakan destinasi wajib kalau anda ke Penang. Dari puncak Bukit Bendera, anda dapat melihat pemandangan seluruh Pulau Pinang.

Harga tiket : RM 8 ( Dewasa ) untuk 2 hala

TIPS: 

- Kalau ke Bukit Bendera, pastikan anda naik pada waktu pagi kerana jika anda terlambat, pasti anda terpaksa beratur dalam barisan yang panjang.

- Sila sediakan MyKad kesemua ahli keluarga ketika membeli tiket kerana mereka mahu kan kepastian.

Mungkin ada antara anda dah pernah naik ke atas tidak lama dahulu. Tetapi apa lagi kelainan yang boleh anda dapati di atas Bukit Bendera ini?

1) Love Lock

Seperti di Paris dan Seoul, kini Bukit Bendera juga punyai tarikan sama seperti 2 kota tersebut. Kepada pasangan suami-isteri atau boifriend-girlfriend yang ingin "mengunci" cinta mereka seperti lagu Ramlah Ram ( Kau Kunci Cintaku ) anda boleh siap sedia membawa padlock masing-masing. 
Padlock juga ada dijual di sini tapi, harganya agak mahal. Jadi, anda belilah padlock di kedai lain dan siap2 tulis nama.





2) ABC Bukit Bendera

Kalau dah naik ke sini, pastikan anda singgah di food court yang pastinya menyajikan pelbagai makanan dan minuman. 

Masih lagi rasa kenyang dengan 2 keping roti canai yang saya makan pagi tadi , saya hanya memesan manisan ( dessert ) untuk membasahkan tekak yang kering. Anda boleh pilih sahaja mana-mana kedai.


3D ART MUSEUM

3D Art Muzium ini terletak di tengah bandar. Jadi kawasan parking kereta agak terhad di sekitar ini. Kepada anda yang berminat untuk bergambar, saya memang syorkan ke sini.

Harga tiket : Dewasa RM 15.
                   : Kanak- kanak RM 10


Di sini anda boleh minta pekerja yang bertugas untuk membantu anda ambil gamba.






HARI KETIGA

Hari ketiga kami bercadang untuk menyewa basikal di kedai berhampiran hotel untuk explore Georgetown dengan lebih dekat. Kalau di sini, jangan lepaskan peluang untk menjejak Street Art yang sememangnya terkenal di sini. Anda boleh dapatkan map street art :

di SINI

Memang seronok berbasikal di tengah-tengah Georgetown ni. Cuma anda perlu berhati-hati dengan trafik dan lalulintas semasa waktu kemuncak.





MINUM PETANG

Kami berhenti di Cafe Budy Bodhi Cafe. Pelbagai minuman yang boleh menyegarkan tekak anda di kala panas terik.

Apa yang menarik di sini, ianya di hias dengan payung yang bewarna-warni. Anda boleh bergambar di sini.




HARI TERAKHIR

Kami checkout dan bersedia untuk pulang. Di pertengahan jalan, kami berhenti di Taman Tasik Gopeng untuk bergambar dan menikmati makan tengahri di Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang di Perak



Mee Udang Special

Nasi Goreng Udang


Ok, untuk korang yang planning nak ke Penang dalam asa terdekat ni, ENJOY!