Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

14 November 2012

Istanbul Aku Datang

Sape yang dah tebgok citer ni.? Mesti ramai gak kan.?

Ok pada sape yang belum tgk, aku nak bg opinion sikit la samaada korang patut tengok ke x memandangkan sekarang ni byk sgt crita yang tgh hangat kat panggung.

Mungkin ramai yang xnak tengok sebab ade Tomok! Ya.? Hello!!!
Lakonan Tomok mmg sgt ok dalam ni nak bandingkan dgn lakonan2 die seblom ni. Jadi, sila buangkan sikap benci anda pada Tomok dan pergi tgk citer ni.

Flow cerita yang menarik dan agak lain dari yang lain. Sape yang memang nk restkan kepala n nak tgk citer yg simple n sweet, silalah beli tiket yang tertera nama Istanbul Aku Datang atasnya.

Kalau dari 5 bintang, aku bg... Errmmmm...

3.5 bintang! Ok la kan..?

Ok lah! Bye

05 September 2012

KALAU AKU MAMPU...

Kalau aku mampu untuk bahagiakan semua orang..
Kalau aku mampu untuk tak melakukan kesalahan..
Kalau aku mampu untuk puaskan hati semua orang..

Dah pasti akan aku lakukan.

Dan..

Saat ini, aku masih belum mampu untuk terima yang aku masih belum mampu lakukan semua itu.




30 July 2012

Valentine Datang dan Pergi

Rasanya dah lama aku tak bersenggama dengan buku. Kali terakhir entah bile.

Akhirnya dapat juga aku habiskan dan lengkapkan satu proses senggama aku bersama penulis kegemaran aku.

Ahadiat Akashah.

Penulis yang membuat aku jatuh cinta dengan setiap watak yang diciptakannya.

Dah lama dia tidak menulis. Tapi aku masih mengikuti perkembangannya melalui blog kepunyaannya. Membaca blog dan novel memang lain. Nikmat yang dirasakan lain benar!

Aku berpeluang berjumpa dengan penulis sewaktu sesi peview file Aku, Kau & Dia. Sempat bertanya tentang novel terbaru.

Pantas beliau menjawab.." Ada. Valentine Datang & Pergi. Tapi hanya jual di Popular saja."

** tutup buku

Dah aku tamatkan novel tu. Baru saja. Dan seperti biasa, fikiran menerawang. Kerana pengakhirannya bukan seperti yang aku harapkan. Arghhhh!

Namun aku puas. Kerana Ahadiat Akashah masih mempunyai sesuatu yang dipanggil " The Touch of Ahadiat Akashah"..!

VDDP ( valentine datang dan pergi) bagi aku merupakan buku yang membuatkan kite terus bermain dengan perasaan. Aku dapat bayangkan ketampanan Karl dan anggunnya Anggun tu.

Hummm.. Fikir lagi. Gelisah lagi.

Malas nak komen lebih. Tapi, jalan ceritanya memang best.

Ok, masa untuk tukar pasangan senggama setelah habis aku kerjakan yang tadi!;)

Ya, aku rakus dengan buku! ;)


22 May 2012

HATI

Untuk kesekian kali, aku rasa hati aku rapuh..
Terlalu rapuh.

Jika di bawa keluar hati ini,
Pasti ternampak lukanya
Pasti teruk rupa parasnya
Pasti banyak jahit- tampal nya..

Aku benci hati.
Kerana dia masih belum puas buat aku sakit
Ya, memang betul..
Apa yang tak membunuh kita, menjadikan kita lebih teguh.
Sampai bila?

Hati, aku mohon pada kau..
Tenang lah.
Hati, aku mohon pada engkau..
Fahamlah..
Hati, aku mohon pada engkau..
Buanglah..

Buang segala sisa yang ada..
Untuk kau isi dengan perhiasan yang baru...



.





01 May 2012

Harus Aku..

Terlalu banyak yang datang.
Aku kadangkala tak mampu bertahan.
Bukan mudah seperti yang diucap.
Bukan mudah seperti yang dijangka.
Aku mengharapkan agar mendapat semula sesuatu yang hilang.
Tapi...

Hati, tenanglah dikau
Hati, kuatlah dikau
Hati, jangan takut untk berperang.
Perang dgn mainan yang sendiri kau cipta.

Kuat. Itu yang patut aku buat.
Pergi. Itu yang patut aku lakukan.
Kepentingan. Itu yang patut aku susunkan.

Ya, aku harus. Dan harus aku untk berubah

28 April 2012

Rahsia Hati

Hari ni saya cuma nak bgtahu satu benda saja.
Benda yang lama saya simpan.
Dari dulu.
Shhhhhhhhhh..
Saya dah lama suka die..
Tp die xtahu...:(




11 April 2012

DIA YANG DULU

Cukup aku kata aku rindu

Rindu pada sesuatu yang tak mungkin aku dapat kembali

Rindu pada sesuatu yang begitu aku ingini

Ringkasnya,

Aku rindu pada Dia yang dulu.


Published with Blogger-droid v2.0.4

31 March 2012

SUPER SPONTAN!!!!


Kalau sebelum ni Afdlin Shauki menerbitkan rancangan Spontan, kini beliau tampil dengan rancangan yang sama cuma apa yang berbeza ialah kali ini ia adalah PERTANDINGAN!

Rancangan yang pernah menarik ramai pengguna2 Astro untuk membeli pakej Astro Warna ini baru sahaja bermula semalam dan akan disiarkan secara live dari studio!

Bayangkan saja gelagat2 pelawak2 negara seperti Zizn, Johan, Sathiya , Ropie dll beraksi secara spontan! Memang boleh jadi giler kita ketawa. Kalau sebelum ini kita sering melihat Zizan dan Johan bersama, kini mereka menjadi musuh. Bukan apa, mestilah pihak Astro nak pecah undi kan? Kalau x, diorang menang la nanti! Saya xnak citer banyak. Pada sesiapa yang x berkesempatan nak layan smalam, boleh saksikan di Youtube!

Untuk peminat rancangan komedi, jangan lupe saksikan SUPER SPONTAN pada setiap Jumaat jam 10 malam. Hanya di Astro Warna!

28 January 2012

Tahun Baru, Azam Baru

Salam,

Rasa memang lama sangat dah tak merapu kat sinikan? Tak tahulah masih ada yang ingin baca lagi atau pon tak. Hentam saja lah!Sedar- x sedar dah hampir sebulan dah kite menyambut tahun baru 2012. Macamana? Dah set azam baru? Saya? Haaa...dah ada azam baru dah! :)


Nak simpan duit dan......errr.....errr....MELANCONG! ( bila ntah nak pikir pasal kawin)
Ok. Pada akhir tahun 2011 kelmarin, saya dahpon "mencuba" berjinak-jinak dengan azam dan aktiviti baru ni. Sebelum tu, kenal kan kawan saya! Eira...Haa, untungnya ada kawan yang ingin teman berjalan-jalan habiskan duit bersama...

Mula-mula, pergi ke Perak. Sebelum tu, penat jugak membaca kat internet apa tempat menarik di Perak ni. Banyak juga macam Menara Condong, Zoo Taiping, Gua Tempurung dll. Tapi, yang kami hanya sempat pergi ialah, Kellie's Castle di Batu Gajah. Sememangnya saya teringin sangat nak ke sana sebab mereka kata scenery kat sana cantik untuk ambil gambar. Ya, memang betul dan saya setuju 100%. Tapi, disebabkan saya ni bengong sangat, terlupe pulak nak bawa tripod. Bukan apa, bila cuti berdua, susah nak bergambar kalau tiada bantuan.

Sekitar Kellie's Castle

Walaupun panas terik masa tu, alhamdulillah kami sempat juga bergambar dan usha-usha dalam Istana tu. Lepas penat bergambar dan tekak poun haus, kami p
on mula kan perjalanan untuk ke Hotel yang tl;ah ditempah. Ecotel Ipoh..( Please sebut betul2, ok)! Harga bilik yang sangat murah dan cantik sebab ini adalah hotel baru di Ipoh.

Ok, ini gambar bilik kami. Selesa dengan katil yang besar walaupun ruang lain agak kecil. Cuma, shower yang tidak berapa selesa kerana menggunakan glass sebagai dinding. Maka, bila Eira mandi, saya harus pusing ke arah lain. Dan bila saya mandi, die pula harus tengok tempat lain. Hahah! Tapi, shower die memang SUPERB! Best!

Ok, lepas check-in, kami keluar semula untuk makan tengahari. Jom pekena Mee Rebus yang femes habis kat Ipoh ni! Mee Rebus Ramli ( bukan Ramly, itu berger). Dah lama juga mengidam nak makan mee rebus ni. Baru kali ni dapat! Yeay!!


Muka yang lapar nak baham Mee Rebus! Yummeh~

Aktiviti malam pula, harus la berkunjung ke Gerbang Malam, kan? Kalau kat KL, kita ada Upown la, Downtown la, dan segala macam "town", tapi kat Ipoh namanya Gerbang Malam. Takde gambar sebab sibuk bershopping! ngeh ngeh ngeh.

Hari ke-2,

Bangun pagi dan terus bersiap! Yeay Penang, kami datang!! Pasembor, tunggu kami!!! Haha..

Bukit Bendera, Penang Hill

Sebelum pergi mengisi perut, kami sempat ke Bukit Bendera. Ini kali pertama saya ke sana sebab sebelum ni pergi tapi Cable Car nya tutup~ Ciss


Ya, itu dia...Segala haiwan ada di pinggan kami! Makan dulu ya~

Bile dah kenyang, tentulah malas kan? Jadi, amek keputusan untuk naik feri saja! Phewww~

Hari ke-3

Check-out di Ipoh, dan mulakan perjalanan ke Cameron Highlands pula melalui jalan pening, Simpang Pulai. Cadangnya nak pergi balik hari saja. Tapi, memandangkan saya "mabuk", jadi terpaksa bermalam di sana. Tak banyak gambar yang ambil. Sebab dah kemalasan. Heheh

@Redbig-Farm Strawberi

Ya, maka berakhirlah perjalan cuti-cuti habiskan duit kami. Akan saya update tentang percutian ke Medan bersama keluarga nanti. Inilah untungnya ada kawan yang teman berjalan, teman makan. Semua buat sama2. :) Harap dapat luangkan masa lg bersama nanti!!