Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

30 July 2012

Valentine Datang dan Pergi

Rasanya dah lama aku tak bersenggama dengan buku. Kali terakhir entah bile.

Akhirnya dapat juga aku habiskan dan lengkapkan satu proses senggama aku bersama penulis kegemaran aku.

Ahadiat Akashah.

Penulis yang membuat aku jatuh cinta dengan setiap watak yang diciptakannya.

Dah lama dia tidak menulis. Tapi aku masih mengikuti perkembangannya melalui blog kepunyaannya. Membaca blog dan novel memang lain. Nikmat yang dirasakan lain benar!

Aku berpeluang berjumpa dengan penulis sewaktu sesi peview file Aku, Kau & Dia. Sempat bertanya tentang novel terbaru.

Pantas beliau menjawab.." Ada. Valentine Datang & Pergi. Tapi hanya jual di Popular saja."

** tutup buku

Dah aku tamatkan novel tu. Baru saja. Dan seperti biasa, fikiran menerawang. Kerana pengakhirannya bukan seperti yang aku harapkan. Arghhhh!

Namun aku puas. Kerana Ahadiat Akashah masih mempunyai sesuatu yang dipanggil " The Touch of Ahadiat Akashah"..!

VDDP ( valentine datang dan pergi) bagi aku merupakan buku yang membuatkan kite terus bermain dengan perasaan. Aku dapat bayangkan ketampanan Karl dan anggunnya Anggun tu.

Hummm.. Fikir lagi. Gelisah lagi.

Malas nak komen lebih. Tapi, jalan ceritanya memang best.

Ok, masa untuk tukar pasangan senggama setelah habis aku kerjakan yang tadi!;)

Ya, aku rakus dengan buku! ;)