Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

15 August 2011

Happy Friendship Day~


-10 days belated~

Hehe..post ni dah aku tulis pada 6 August yang lepas. Tapi, dek kerana betapa bznyer hamba ini, maka tersimpan saja la cerita ni.

Macam biasa, Ahad pertama pada Ogos merupakan hari sahabat sedunia. Aku takde apa nak tulis sangat. Cuma nak ucapkan terima kasih kepada sahabat² aku yang sentiasa berada di sisi, di tepi, di depan mahupun di belakang..Heheh..

Untuk mereka yang baru aku kenali, Tuhan ada rencana tersendiri mengapa Dia mahu kita bertemu. Kan? Tak akan aku sia²kan kalian. Itu janji aku! Dan aku berterima kasih kepada mereka yang masih kekal sebagai sahabat. Walaupun mungkin jarang berbicara, jarang bersua, namun setiap kenangan masih dapat aku ingat jelas!

untuk sahabat rapat saya..lagu ini untuk anda


When I'm lost in the rain,
In your eyes I know I'll find the light
To light my way.
And when I'm scared,
And losing ground,
When my world is going crazy,
You can turn it all around.
And when I'm down you're there
- pushing me to the top.
You're always there,
giving me all you've got.
For a shield from the storm,
For a friend, for a love
to keep me safe and warm
I turn to you.
For the strength to be strong,
For the will to carry on
For everything you do,
for everything that's true
I turn to you.
When I lose the will to win,
I just reach for you and
I can reach the sky again.
I can do anything
'Cause your love is so amazing,
'Cause your love inspires me.
And when I need a friend,
You're always on my side
Giving me faith
taking me through the night
For a shield from the storm,
For a friend, for a love
to keep me safe and warm
I turn to you.
For the strength to be strong,
For the will to carry on
For everything you do,
for everything that's true
I turn to you.
For the arms to be my shelter
through all the rain,
For truth that will never change,
For someone to lean on,
For a heart I can rely on through anything,
For that one who I can run to...
For a shield from the storm,
For a friend, for a love
to keep me safe and warm
I turn to you
For the strength to be strong,
For the will to carry on
For everything you do,
for everything that's true
I turn to you.
For a shield from the storm,
For a friend, for a love
to keep me safe and warm
I turn to you.
For the strength to be strong,
For the will to carry on
For everything you do,
for everything that's true
I turn to you.
I turn to you...

Dear Kamu,

Terima kasih. Kerana menjadi sahabat saya. Kerna menghilangkan segala kesdihan saya. Walau mungkin kamu tidak sempurna. Tapi, kamu sempurna kan saya dan hidup saya sekarang. Terima kasih, sahabat!


24 July 2011

TRANSFORM PLEASE!!

Tolonglah transform! -- itu satu arahan!

Kalau lah aku ada wand macam Harry Potter, dah tentu aku akan sebut spell ni...Transform savvio to myvio~ (hentam aje) hihi..

Inilah akibat apabila savvy tidak lagi menyaving duit anda!

Walaupun minyak yang memang cukup saving, tp bila kereta kecik ni buat hal, pasti anda rasa nak terjun dari tingkat 12..

Wahai savvy daku yang bernombor WPK 43*6, sila lah berbuat baik pada daku..Kalau nak buat jahat, sila tunggu daku kaya terlebih dahulu....



Sekarang, top 1 dalm wish list ialah MYVI! Tengok gamba dan baca spec yg di offer, terasa memang lagi best la!

Humm...Bila duit xde, tapi rasa nak tukar keta, saat ni lah perasaan dan imaginasi mengarut datang.. seperti...

Nak wand Harry Potter..~








27 April 2011

SERU


..Serukan namaku...
..bangkitkan jasadku..

Saya tau filem ini belum lagi di tayangkan. Tapi, saya diberi peluang untuk menonton filem ini semasa sesi pra-tonton yang telah dijalankan baru-baru ini di TGV Wangsawalk.

Saya bukanlah si cerdik pandai dalam memberi pandangan tentang filem. Tapi, minat menonton filem Melayu itu, dah memang sebati dalam jiwa saya. :)

Sedikit ulasan nak saya berikan untuk filem ini..

Kesluruhan jalan cerita tidak dinafikan menarik. Ia merupakan satu karya dan hasil seni baru dalam industri filem Melayu.

Seru menceritakan tentang produksi filem yang membuat penggambaran untuk filem seram mereka. Namun, penggambaran terpaksa dihentikan berikutan terdapat beberapa team produksi yang dirasuk makhluk halus di tempat penggambaran. Dan bermulalah cerita seram yang sebenarnya...jeng jeng jeng..

Kelainan dan keunikan filem ini juga sebenarnya boleh menjadi kelemahan untuk ia juga, Di mana filem ini menggunakan teknik kamera ala-ala filem " Quarantine" dan juga "Blair Witch". Mungkin separuh dari kita boleh bertahan menonton filem dengan "kamera bergegar". Tapi, tidak saya.

Jadi, saya lebih fokus kepada jalan ceritanya sahaja tanpa mengambil kire aspek-aspek dari bahagian teknikal.

SERU juga menampilkan kebanyakan bakat-bakat baru dalam seni lakon. Antara pelakon yang sedang meningkat naik ialah Shanaz dan beberapa orang lagi.

Untuk bintang pulak, saya bagi....

3.5 bintang...

Okla kan? Jadi, kepada peminat cerita seram, bolehlah laburkan sedikit wang saku untuk menonton filem ini..:)












16 April 2011

Jenis Aku...

Orang jenis aku, memang akan di buat begini..
Di bila mahu, di ambil hati..
Di bila tidak, di tinggal mati..

Orang jenis aku, memang biasa di ketepi..
Di bila perlu, dipanggil mari..
Di bila tidak, di biar sendiri..

Orang jenis aku memang selalu begini..
Memberi hati, untuk di siat tanpa hati..
Memberi sayang, untuk di buang..

Orang jenis aku memang begini..
Suka ambil peduli..
Agar kau tak menangis lagi..
Tapi, kau halau ku pergi...

Orang jenis aku memang begini..
Pantang lihat airjernih itu ke tepi..
Akan ku cuba buat kau tersenyum kembali..
Tapi, kau tolak aku pergi..

Orang jenis aku memang begini..
Selalu saja aku di sakiti..
Kali ni, aku akurkan diri..
Takkan mencampuri urusan mu lagi..


**Hati, terimalah!Memang naseb kau macam ni!

18 March 2011

Daku mahu...

Hai..

Sekarang ni, agak sibuk sikit. Dah berapa minggu weekend saya penuh dengan aktiviti. Travel, travel dan travel..Dah lama tak habiskan masa di rumah sendirian. 2 minggu lalu, saya dan beberapa orang kawan opis bersetuju untuk bercamping! Yeay!! lama x bercamping-campingan..Last sekali seingat saya ialah masa di UiTM dulu masa Kesatria.

Beberapa persediaan telah dilakukan. Taklah banyak sangat barang yg perlu di bawa. Semua barang yang sedia ada dirumah diangkut..ehehe..(jimat~). Tiada gambar yang banyak disebabkan kamera saya tiba-tiba kehabisan bateri~wuwuwu..kalau boleh kawan-kawan berjimba, saya mahu aktiviti ni dengan lebih kerap lagi! Lawyer, sila jalankan tugas..hehe



Aktiviti menanam Nell di pasir..

Dah lama rasanya saya tak buat aktiviti luar dan berjalan2 bersama kawan-kawan ni. Sekarang ni, misi untuk mengumpul duit semakin giat dijalankan oleh kerana, saya bercadang untuk ke....


LANGKAWI!

Ya, ke Langkawi. Walaupun masih belum ada proper plan, tapi saya hanya nak percutian yang bajet dan simple. Bag-packers style! Belum ada idea nak pergi dengan siapa. Tapi, plan-nyer dalam tahun ini. Mintak² menjadi lah ye...

Saya juga teringin sangat nak pergi.....




Bandung! Tunggu daku!!

Bandung! Kenapa Bandung?? Sebab ada tempat shopping yang murah..dan jugak tempat melawat yang cantik..Air Asia, please buat promo dengan lebih kerap..Terima kasih!eheheh

Ni out of topic sikit...Tapi, cerita pasal apa yang saya mahu, saya mahu....errr....errrr....

Ya..ER-6F!

Santek~

Oh duit...janganlah kamu asyik vibrate saja dalam wallet daku ini...Daku mahu simpan kamu, dan pergi bercuti lagi!!!

P/S: Akan uodate ttg percutian ke Melaka nanti!!yeay!!!!




20 February 2011

D.I.A

Apa aku tahu tentang dia..


1.Bila tengok dia, mesti ingat dia sombong. Tapi, dia ok je..Friendly.

2.Jangan sekali buat dia marah atau sakit hati, sebab kata² nya kelak boleh membakar hati!haha (gurau)

3. Dia agak cerewet tapi masih ok lagi.

4. Jangan beri dia duduk depan cermin lama-lama..nanti die pening sebab dia rasa dia gemok.. (haiisshhh)

5. Dia tak suka makan durian.

6. Dia tak suka makan ayam yang masuk dalam nasi goreng atau mee

7. Dia sangat obses dengan bihun. Cuba suruh dia pilih..Anda atau Bihun..Sudah tentu BIHUN!

8. Dia ada magik. Matanya berubah2 warna setiap bulan (heheh)

9. Kadang dia sangat manja. Kadang dia terlalu serius. Kadang dia selalu marah. (kena pandai baca mood dia)

10. Macam dikatakan tadi, dia ada magik. Dia senang buat orang jatuh hati, dengan pandangan mata nya..Senang buat orang angai bila mendengar suaranya dan cukup boleh buat orang jadi gila, bila dia kata "sayang".

11. Dia seorang yang agak pemaaf tapi juga suka balas balik..Hahah (kadang² la)

12. Seorang yang kuat cemburu.

13. Bila dia kata dia tak suka, maka jangan sekali-kali sebut lagi. Boleh bergaduh sakan!hahah

14. Dia suka warna merah. Sangat suka warna merah.

15. Supersupreme,deli wings, garlic bread and soup..Order ni kalau pergi pizza

16. Kalau pergi KFC pulak, mintak bahagian Hot n Spicy drumstick untuk dia.

17. Dia suka makan buah. Dan suka sangat dengan anggur, epal n betik.

18. Dia suka sangat shopping! Dia suka bergosip juge~

19. Dia seorang yang agak panik. Kalau ada silap sikit, mudah sangat gelabah.

20. Jangan sekali buat dia benci, sekali dia benci, MATI lah jawabnyer..


** Walau macamana pun dia, walau apa pun dia,
yang penting,

AKU SAYANG DIA. bukan sahaja sayang tapi, TERAMAT SAYANG!

Sekian!


19 February 2011

Aku Bukan Lebai..Tapi Aku Malang


Hahaha..

Aku bukan lebai. Tapi, aku malang. Aku malang macam lebai.haha

*pening*

Pernah dengar atau baca kisah lebai malang?

Kalau tak pernah baca, sila google yer..

Aku lagi malang dari lebai malang ni. Nak tahu kenapa?

Baru² ni aku ke pantai timur. Berjumpa kawan. Ingin sekali aku beli keropok lekor. Katanya ada satu kedai yang keropoknya sedap tak terkata.
Kawan aku kata kena call sebelum pergi, untuk elak ambil nombor (mcm di bank).
Kemudian dia beritahu aku.

"Orang kedai tu kata, dorang tutup..Ikan takde. Mungkin besok buka tapi, masih tak konfem"

Aku kata, tak mengapa. Mana tahu esok ade rezeki aku. Tapi, esoknya kedai tu tutup.

Kemudian kawan aku kata mahu bawa aku makan sotong di satu tempat.

Sampai saja kat sana. Kedai tu tutup!

Kemudian kami ke pantai. Katanya mahu beli jagung bakar yang sedap.

Kedai buka. Jagung ada.Tapi, jagung muda!

Balik ke rumah,lampu bilik pula buat hal. Ingatkan lampu bilik saja. Bilik air pon sama! Adusshh..

Besok pergi lagi ke tempat makan sotong.

Kedai buka. Sotong ada.Tapi sos special die takde. Apa daaaaa~

Hari aku balik ke sini, kawan aku kata. Kedai kerepok tu baru buka.

*frust menonggeng2*


Haha..ada lagi beberapa kes jugak yang aku rasa aku malang. Tapi, mungkin tak perlu aku nyatakan..

Ibu kata " Langkah kiri"

Mungkin aku kena berhati² lagi bila melangkah.

Macam pagi ini. Aku bangun, langkah kiri. Habis mood aku jadi mcm cipanzee!




10 February 2011

Jari Kaku Jiwa Beku Senyum Madu

Dah lama rasanya aku tidak menulis
Jari aku sudah kaku..
Kerana..
Jiwa aku sudah beku

Seperti jiwa aku sudah biasa disakitkan..
Sudah biasa dilukakan..
Tapi,
Kalau ada benda yang merosak jiwa aku bukan lagi tentang dia..
Semuanya tentang kerja..

Aku sudah boleh tersenyum..
Walau mungkin tidak secomel dahulu,
Tapi, aku sudah mampu!!
Dan ku rasa senyumku manis seperti madu! (perasan)
Bila aku mula senyum dan ketawa,
Aku rasa seperti aku semula..

Aku berhidup dengan apa yang ada.
Tidak lagi mahu meminta
Tidak lagi mahu berharap.

Ku bekukan jiwa dari kesedihan
Ku kakukan jari dari menulis tentang keresahan
Ku ukirkan senyuman..

Ya, aku sudah rasa aman!


ps: Aku telah temui Cahaya!


08 January 2011

Selamat Tahun Baru..

Salam..

Harap masih belum terlambat aku nak wish Selamat Tahun Baru!!

Humm..Tahun dah berganti..Aku macamana??

OK..kalau dulu, selalu sibuk2 buat azam baru..

Azam tahun baru aku simple je..

NAK JADI LEBIH BAIK DARI DULU.!

Lebih baik dalam semua benda..

Ya..

Aku harap aku akan jadi lebih baik untuk seseorang tu...



Salam Tahun Baru..