Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

19 February 2011

Aku Bukan Lebai..Tapi Aku Malang


Hahaha..

Aku bukan lebai. Tapi, aku malang. Aku malang macam lebai.haha

*pening*

Pernah dengar atau baca kisah lebai malang?

Kalau tak pernah baca, sila google yer..

Aku lagi malang dari lebai malang ni. Nak tahu kenapa?

Baru² ni aku ke pantai timur. Berjumpa kawan. Ingin sekali aku beli keropok lekor. Katanya ada satu kedai yang keropoknya sedap tak terkata.
Kawan aku kata kena call sebelum pergi, untuk elak ambil nombor (mcm di bank).
Kemudian dia beritahu aku.

"Orang kedai tu kata, dorang tutup..Ikan takde. Mungkin besok buka tapi, masih tak konfem"

Aku kata, tak mengapa. Mana tahu esok ade rezeki aku. Tapi, esoknya kedai tu tutup.

Kemudian kawan aku kata mahu bawa aku makan sotong di satu tempat.

Sampai saja kat sana. Kedai tu tutup!

Kemudian kami ke pantai. Katanya mahu beli jagung bakar yang sedap.

Kedai buka. Jagung ada.Tapi, jagung muda!

Balik ke rumah,lampu bilik pula buat hal. Ingatkan lampu bilik saja. Bilik air pon sama! Adusshh..

Besok pergi lagi ke tempat makan sotong.

Kedai buka. Sotong ada.Tapi sos special die takde. Apa daaaaa~

Hari aku balik ke sini, kawan aku kata. Kedai kerepok tu baru buka.

*frust menonggeng2*


Haha..ada lagi beberapa kes jugak yang aku rasa aku malang. Tapi, mungkin tak perlu aku nyatakan..

Ibu kata " Langkah kiri"

Mungkin aku kena berhati² lagi bila melangkah.

Macam pagi ini. Aku bangun, langkah kiri. Habis mood aku jadi mcm cipanzee!