Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

06 July 2014

[ FOOD ] : BUFFET BERBUKA PUASA DI KELANTAN DELIGHTS



Selamat Menyambut Ramadhan! 

Terlalu banyak pilihan tempat dan juadah berbuka puasa sekarang ini kan? Saya nak recommend kan anda 1 tempat yang saya rasa best dan berpatutan. Dah masuk minggu ke-2 berpuasa, jadi saya rasa masa untuk cari tempat berbuka di luar kan?

Kalau anda gemarkan hidangan nasi bersama aneka lauk pauk yang lebih dari 15 jenis lauk, Kelantan Delights adalah tempatnya!

Selain menyajikan 5 jenis menu yang berlainan mengikut hari tertentu, menu yang semestinya wajib adalah menu istimewa dari Pantai Timur seperti Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Laksam dan banyak lagi.

Kelantan Delights kebiasaannya membuat promosi pada minggu pertama bulan puasa di mana harga menjadi RM 49.90 / head berbanding dengan harga asal ialah RM 79.90. 





Antara lauk yang sempat saya snap.

Sambal Udang


Ayam Berempah

Siput Sedut Masak Lemak

Daging Masak Hitam

Ikan Patin Masak lemak Tempoyak

Ayam Percik

Masak Lemak Pucuk Paku

Ada lagi yang saya tak sempat nak snap macamNasi dagang Ayam & Daging Bakar, Laksam, Ikan Bakar, Nasi Ayam dam banyak lagi.

Pada yang mungkin berminat, boleh tengok menu dan pilih hari apa yang anda nak pergi. Anda boleh pilih di lokasi seperti Subang ( Hadapan Empire ) , Citta Mall atau KL Sentral.

Website KELANTAN DELIGHTS