Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

27 April 2011

SERU


..Serukan namaku...
..bangkitkan jasadku..

Saya tau filem ini belum lagi di tayangkan. Tapi, saya diberi peluang untuk menonton filem ini semasa sesi pra-tonton yang telah dijalankan baru-baru ini di TGV Wangsawalk.

Saya bukanlah si cerdik pandai dalam memberi pandangan tentang filem. Tapi, minat menonton filem Melayu itu, dah memang sebati dalam jiwa saya. :)

Sedikit ulasan nak saya berikan untuk filem ini..

Kesluruhan jalan cerita tidak dinafikan menarik. Ia merupakan satu karya dan hasil seni baru dalam industri filem Melayu.

Seru menceritakan tentang produksi filem yang membuat penggambaran untuk filem seram mereka. Namun, penggambaran terpaksa dihentikan berikutan terdapat beberapa team produksi yang dirasuk makhluk halus di tempat penggambaran. Dan bermulalah cerita seram yang sebenarnya...jeng jeng jeng..

Kelainan dan keunikan filem ini juga sebenarnya boleh menjadi kelemahan untuk ia juga, Di mana filem ini menggunakan teknik kamera ala-ala filem " Quarantine" dan juga "Blair Witch". Mungkin separuh dari kita boleh bertahan menonton filem dengan "kamera bergegar". Tapi, tidak saya.

Jadi, saya lebih fokus kepada jalan ceritanya sahaja tanpa mengambil kire aspek-aspek dari bahagian teknikal.

SERU juga menampilkan kebanyakan bakat-bakat baru dalam seni lakon. Antara pelakon yang sedang meningkat naik ialah Shanaz dan beberapa orang lagi.

Untuk bintang pulak, saya bagi....

3.5 bintang...

Okla kan? Jadi, kepada peminat cerita seram, bolehlah laburkan sedikit wang saku untuk menonton filem ini..:)












16 April 2011

Jenis Aku...

Orang jenis aku, memang akan di buat begini..
Di bila mahu, di ambil hati..
Di bila tidak, di tinggal mati..

Orang jenis aku, memang biasa di ketepi..
Di bila perlu, dipanggil mari..
Di bila tidak, di biar sendiri..

Orang jenis aku memang selalu begini..
Memberi hati, untuk di siat tanpa hati..
Memberi sayang, untuk di buang..

Orang jenis aku memang begini..
Suka ambil peduli..
Agar kau tak menangis lagi..
Tapi, kau halau ku pergi...

Orang jenis aku memang begini..
Pantang lihat airjernih itu ke tepi..
Akan ku cuba buat kau tersenyum kembali..
Tapi, kau tolak aku pergi..

Orang jenis aku memang begini..
Selalu saja aku di sakiti..
Kali ni, aku akurkan diri..
Takkan mencampuri urusan mu lagi..


**Hati, terimalah!Memang naseb kau macam ni!