Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

29 September 2010

Entah

Entah apa yang mahu aku coretkan.
Entah apa yang mahu aku bebelkan
Entah apa yang mahu aku kongsikan.
Aku sendiri tidak keruan.

Otak aku kosong.
Hanya terfikir tengtang dia.
Haishh..Hati, sudah-sudah la tuh
Dah hampir 7 bulan kau begini
Masih tak serik lagikah menyayangi pada yang tak sudi?

Entah apa sedang dia buat sekarang..
Entah apa sedang dia pikirkan sekarang.
Entah apa yang dia makan..
Entah apa yang dia risaukan
Entah siapa yang dia rindukan..
Tapi yang pasti, bukan aku..
Kan?

Aku di sini...
Dia jauh..
Harus aku merentasi laut china selatan untuk berjumpanya..
Jika jarak jauh, tapi hati makin dekat..
Tak apa..Tidak aku kisah dengan jarak..
Tapi, sudahlah jauh beribu batu..
Hati makin jauh bak berjuta-juta kilometer..

Hati aku masih tak kenal erti penat
Masih mengharap
Masih percaya
Salah aku juga ke??

arghhh~

Entahlah!

22 September 2010

Pohon Aku PadaMU..

Aku pohon PadaMu
Agar dapat kiranya
Kau berikan aku keteguhan dan kekuatan hati
Untuk aku berdepan dengan apa saja yang bakal terjadi

Aku pohon PadaMu
Agar dapat kiranya Kau kuatkan hati
Agar dapat kiranya Kau jauhkan kekecewaan
Pada mereka yang dipermainkan oleh sang suami

Aku pohon padaMu
Agar dapat kiranya Kau semai kasih dan sayang yang tulus
Pada insan yang berhak mendapatkan nikmat itu

Aku pohon PadaMu
Agar di setiap perpisahan yang Kau berikan
Akan memberi pertemuan yang lebih bermakna
Dan tidak menjauhkan satu perhubungan

Aku pohon PadaMu
Agar jika Kau tidak redha dengan sebuah perhubungan itu
Dapatlah kiranya Kau jauhkan hati ini dari insan itu
Agar dapat kiranya Kau jauhkan penglihatan ini darinya
Agar dapat kiranya Kau jauhi hati ini dari kekecewaan

Aku pohon PadaMu
Andai terdapat keikhlasan yang tulus dalam persahabatan ini,
Aku pohon padaMu
Agar dapat ia dipelihara
Sehingga jasad ini kembali padaMu

Aku pohon padaMu
Agar Kau isikan hari-hari sahabat aku itu
Dengan kegembiraan dan kejayaan

Aku pohon padaMu
Jika dia rindu pada aku,
Aku mohon agar Kau dekatkan hati kami

Aku pohon padaMu
Agar dapat kiranya Kau jauhkan kami dari perasaan hasad dengki dan dendam

Akhir sekali pinta aku PadaMu, Ya Allah
Aku pohon agar Kau sentiasa berikan yang terbaik untuk dia.

Amin.



**baru lepas terbaca blog sedih seorang wanita bergelar ibu pada 3 cahaya mata..semoga Allah kuatkan semangatnya..ini link nya


Dari Shah Alam ke Tawau..

18 September 2010

RINDU

Rindu..

Aku rindu..

Teramat rindu..

Sampai aku sendiri sakit..

Apa harus aku buat?




12 September 2010

Insya Allah


Everytime you feel like you cannot go on

You feel so lost

That your so alone

All you is see is night

And darkness all around

You feel so helpless

You can’t see which way to go

Don’t despair and never loose hope

Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake

You feel you can’t repent

And that its way too late

Your’re so confused, wrong decisions you have made

Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope

Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insya Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah

He’s never far away

Put your trust in Him

Raise your hands and pray

OOO Ya Allah

Guide my steps don’t let me go astray

You’re the only one that showed me the way,

Showed me the way x2

Insha Allah x3

Insya Allah we’ll find the way


Insya Allah..Ada yang lebih baik untuk aku menanti di hadapan.Cuma aku yang tidak tahu..
Ya Allah..Kuatkan aku...


Masih percaya,

09 September 2010

satuharisebelumsatusyawal

Selamat tinggal Ramadhan.
Harap kita akan bertemu lagi tahun hadapan.
Insya Allah aku akan tingkatkan lagi segala yang tertinggal pada tahun ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Buat semua muslimin dan muslimat.
Buat yang mengenali diri ini.
Maaf dipinta jika ada salah dan silap.

Untuk kamu,
Saya minta maaf segala salah dan silap saya.
Kamu jaga diri nanti di tempat orang.
Sabah..Jauh!
Saya akan sentiasa sayang kamu.
Selamat Hari Raya.







06 September 2010

Terima Kasih Tuhan

Salam..

Baru-baru ini saya ada mengikut team maskot ke PPUM anjuran Media Prima bersama MPH.
Membuat program amal Upin & Ipin bagi menceriakan kanak-kanak di wad Pediatrik.
Saya tak pernah ke wad kanak-kanak sebelum ini.
Ada..tapi hanya di hospital swasta di mana kanak-kanak tersebut di jaga rapi oleh ibu bapa dan mendapat rawatan yang terbaik dari hospital.


Pihak kami menyumbangkan goody bags yang ada macam-macam barang kat dalam tu. Bestnyer dapat barang-barang kan? Pihak MPH pula menyumbangkan buku-buku buat bahan bacaan kanak-kanak ini semasa di wad.



Saya sedang masukkan barang dalam bag!!Seronoknyer~

Antara mereka yang terlibat.
Tiada dalam gambar, En Mumu..


Kebanyakan kanak-kanak di wad ni menghidap kanser.
Kasihan.
Ada yang memang masih kecil lagi.
Yang belum lagi kenal dunia.
Bila berada di sini, saya kembali tersedar.

Alhamdulillah saya masih punya ibu bapa. Lebih bernasib baik dari anak-anak yatim.

Alhamdulillah saya diberi peluang merasai zaman kanak-kanak dengan riang. Berbanding dengan kanak-kanak yang menderita menghidap kanser ini.

Alhamdulillah saya punya ibu bapa yang menerima saya seadanya dan menjaga saya sehingga saya boleh berdiri. Berbanding dengan ada kanak-kanak yang ditinggalkan ibu bapa di hospital ini kerana tidak dapat menerima keadaan anak mereka yang menghidap kanser.

Alhamdulillah saya masih sempat ke sekolah.Belajar dan bermain bersama rakan-rakan. Berbanding dengan mereka ini yang hanya dapat menghabiskan waktu dan zaman kanak-kanak di hospital.

-mahu nangis-



Maskot UI, Wakil MPH dan Daphne Iking (xsure eja cmner nama dia) bersama dengan salah seorang pesakit luekimia di wad tersebut.

Bila tengok adik nih, saya rasa nak nangis. Comel sgt. Saya x sure dia sakit apa.Tp yang penting kedatangan maskot berjaya membuat dia tersenyum dan menampakkan giginya yang 2 batang.heheh =)

Bergambar beramai-ramai.




Terima kasih Tuhan kerana apa yang telah Engkau kurniakan pada aku.

Terima kasih Tuhan kerana telah Kau letakkan aku pada tempat yang terbaik dengan apa yang ada disekeliling aku.

Terima kasih Tuhan kerana masih mahu memberikan aku yang terbaik.Oleh itu Engkau masih menguji aku.

Terima kasih Tuhan kerana menganugerahkan aku sebuah keluarga yang tidak sempurna. Kerana kesempurnaan itu tidak ada pada kita. Dan kita belajar mencari kesempurnaan di setiap langkah. Itu cara Kau mengajar kami.

Terima kasih Tuhan kerana memberi aku "hadiah" yang istimewa selama 7 tahun. Salah aku kerana aku cintakan hadiah itu lebih dari pemberinya. Aku alpa dengan dunia.

Terima kasih Tuhan kerana memberi aku peluang merasai nikmat dunia.

Nikmat di jaga oleh ibu bapa.
Nikmat berkawan.
Nikmat disayangi.

Walau lawatan kami ke PPUM hanya untuk lebih kurang 3 jam, tapi harus saya akui..

Kesannya hingga kini.

Melihat kanak-kanak ini, seakan mencucuk semangat saya untuk terus berdepan dengan ujian.

Jika mereka boleh menghadapi ujian yang lebih besar, kenapa saya harus jatuh hanya kerana kehilangan sebuah hadiah?


Syukur Alhamdulillah..Terima kasih Allah.


Dari hati,