Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

06 September 2010

Terima Kasih Tuhan

Salam..

Baru-baru ini saya ada mengikut team maskot ke PPUM anjuran Media Prima bersama MPH.
Membuat program amal Upin & Ipin bagi menceriakan kanak-kanak di wad Pediatrik.
Saya tak pernah ke wad kanak-kanak sebelum ini.
Ada..tapi hanya di hospital swasta di mana kanak-kanak tersebut di jaga rapi oleh ibu bapa dan mendapat rawatan yang terbaik dari hospital.


Pihak kami menyumbangkan goody bags yang ada macam-macam barang kat dalam tu. Bestnyer dapat barang-barang kan? Pihak MPH pula menyumbangkan buku-buku buat bahan bacaan kanak-kanak ini semasa di wad.



Saya sedang masukkan barang dalam bag!!Seronoknyer~

Antara mereka yang terlibat.
Tiada dalam gambar, En Mumu..


Kebanyakan kanak-kanak di wad ni menghidap kanser.
Kasihan.
Ada yang memang masih kecil lagi.
Yang belum lagi kenal dunia.
Bila berada di sini, saya kembali tersedar.

Alhamdulillah saya masih punya ibu bapa. Lebih bernasib baik dari anak-anak yatim.

Alhamdulillah saya diberi peluang merasai zaman kanak-kanak dengan riang. Berbanding dengan kanak-kanak yang menderita menghidap kanser ini.

Alhamdulillah saya punya ibu bapa yang menerima saya seadanya dan menjaga saya sehingga saya boleh berdiri. Berbanding dengan ada kanak-kanak yang ditinggalkan ibu bapa di hospital ini kerana tidak dapat menerima keadaan anak mereka yang menghidap kanser.

Alhamdulillah saya masih sempat ke sekolah.Belajar dan bermain bersama rakan-rakan. Berbanding dengan mereka ini yang hanya dapat menghabiskan waktu dan zaman kanak-kanak di hospital.

-mahu nangis-



Maskot UI, Wakil MPH dan Daphne Iking (xsure eja cmner nama dia) bersama dengan salah seorang pesakit luekimia di wad tersebut.

Bila tengok adik nih, saya rasa nak nangis. Comel sgt. Saya x sure dia sakit apa.Tp yang penting kedatangan maskot berjaya membuat dia tersenyum dan menampakkan giginya yang 2 batang.heheh =)

Bergambar beramai-ramai.




Terima kasih Tuhan kerana apa yang telah Engkau kurniakan pada aku.

Terima kasih Tuhan kerana telah Kau letakkan aku pada tempat yang terbaik dengan apa yang ada disekeliling aku.

Terima kasih Tuhan kerana masih mahu memberikan aku yang terbaik.Oleh itu Engkau masih menguji aku.

Terima kasih Tuhan kerana menganugerahkan aku sebuah keluarga yang tidak sempurna. Kerana kesempurnaan itu tidak ada pada kita. Dan kita belajar mencari kesempurnaan di setiap langkah. Itu cara Kau mengajar kami.

Terima kasih Tuhan kerana memberi aku "hadiah" yang istimewa selama 7 tahun. Salah aku kerana aku cintakan hadiah itu lebih dari pemberinya. Aku alpa dengan dunia.

Terima kasih Tuhan kerana memberi aku peluang merasai nikmat dunia.

Nikmat di jaga oleh ibu bapa.
Nikmat berkawan.
Nikmat disayangi.

Walau lawatan kami ke PPUM hanya untuk lebih kurang 3 jam, tapi harus saya akui..

Kesannya hingga kini.

Melihat kanak-kanak ini, seakan mencucuk semangat saya untuk terus berdepan dengan ujian.

Jika mereka boleh menghadapi ujian yang lebih besar, kenapa saya harus jatuh hanya kerana kehilangan sebuah hadiah?


Syukur Alhamdulillah..Terima kasih Allah.


Dari hati,