Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

28 March 2014

[ FOOD ] : KO HYANG, KOREAN HALAL RESTAURANT




Tentu ramai yang tercari-cari makanan Korea yang Halal kan? Sememangnya susah nak cari makanan Korea yang Halal kat Malaysia ni. Selelu tengok promosi di Groupon, hanya tertulis " Pork Free" tapi, ke-halal-lan nya masih meragukan.

Saya nak kongsikan sebuah restoran, yang dah mempunyai beberapa cawangan di sekitar Malaysia dan paling penting, Restoran Makanan Korea, Ko Hyang ini halal. Ini pertama kali pergi. Di Sunway Piramid pon ada. Kalau anda berada di sekitar Cyberjaya, cawangan di sana mempunyai servis penghantaran ataupun delivery.


DOL SOT BIM BIM BAP



Kalau anda ada menonton cerita Full House atau Let's Eat, pasti tahu Bim BIm Bap ini apa, kan? Ok, ini adalah makanan express. Terdiri dari nasi, daging, sayur, bawang, timun, telur. bahan ini digaul sekali bersama nasi dan tambahkan kimchi pasa setiap suapan. Pasti MELETUP! haha
** Recommended**


RA MYEON



Saya tidak recommend anda pilih yang ini. Ini merupakan Maggie Mi Ayam yang sama seperti dalam plastik yang dibeli. CUma tambah beberapa ramuan sahaja. Tapi, Ra Myeon ini ada yang spicy seperti Maggie Kari. Mungkin jika nak cuba, boleh. Dihidangkan juga bersama Kimchi, timun dan juga bilis manis.


 SOON DOBU JI GAE


Ia merupakan sup pedas & masam yang mengandungi tofu lembut dan telur. Anda boleh memilih jika mahu seafood juga. Rasa sup ini sedap tetapi mungkin kurang masam bagi saya. Dihidangkan juga bersama condiments Kimchi, timun dan bilis manis bersama nasi.


KIM CHI JEON 




Kim Chi Jeon ini merupakan "pancake" kim chi. Sedap. Rangup. Itu je yang bole saya describe.


Sebelum ke restoran ini dan pening nak pilih makanan apa, boleh ke website KO HYANG  untuk lihat apa lagi makanan menarik.

Buurrrpppp.. Alhamdulillah, kenyang~