Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

01 November 2014

[ FOOD ] : NASI GUNTING, PASAR BESAR MELAKA

Kalau datang Melaka, kadang - kadang agak susah nak cari kedai untuk bersarapan kan? Sebagai salah seorang anak jati Melaka, saya ingin mencadangkan satu tempat yang tak ramai yang tahu.


Terletak di food court pasar besar Melaka di Melaka Sentral, kedai Nasi Gunting ini sangat popular dikalangan rakyat Melaka. Apa yang menarik di kedai Nasi Gunting ni, lauk nya tidak dipotong tetapi di gunting.




Walaupun cuma Nasi putih, telur masin, timun, sambal belacan dan gulai campuran daging dan hati, ternyata kombinasi ni memang sedap.


Kalau ada yang ingin cuba, saya nasihatkan supaya pergi dengan lebih awal kerana Nasi Gunting ni cepat habis! Ok, selamat mencuba











19 September 2014

[ FOOD ] : DIP & DIP

Mungkin ada ramai yang dah cuba kan kat sini? Atau mungkin ada yang nak pergi tapi masih belum berpeluang?

Dip & Dip di Malaysia ni hanya ada 2 cawangan sahaja. 

1) Bangsar
2) Curve, Damansara

                             

Makanan di sini berkonsepkan coklat dan dessert.  Harga tidak melampau mahal dan tidak terlalu murah. Lebih kurang dalam RM 20 ke atas.

* Foods here are basically chocolate base. This is a good news for chocolate lovers. The price range is not too expensive yet not too cheap ( around Rm20 above )



Jika hendak ke cawangan Bangsar, pastikan anda pergi lebih awal kerana nak dapat parking je pon dah mencabar kesabaran. Kawasan sekitar Bangsar Village memang pack especially di waktu malam.
Selain dari susah dapat parking, susah dapat table pon satu hal jugak. Kena beratur dan tunggu giliran.

Kalau nasib anda baik, dapatlah tempat duduk awal sebab mengikut kekosongan meja yang sesuai.

* If you are planning to go to Bangsar franchise, please bare in mind that you may need to go earlier as it is hard to get parking & table 

Waffle Stick

Makanan di sini semua berasaskan coklat. Jadi, saya nasihatkan agar anda berkongsi menu & makanan dengan rakan / keluarga untuk mengelakkan rasa muak. Lainlah jika anda betul-betul fanatik dengan coklat~. Kebanyakan hidangan bersaiz besar jadi bolehlah berkongsi.

TIPS:

1) Kongsi order ( dah cakap tadi )
2) Order benda yang berlainan agar semua dapat merasa
3) Tak perlu order air hot coklat atau coffee. Minta sahaja air mineral kerana tekak akan rasa lega lepas minum mineral
4) Bila dah habis makan, bangun cepat! Bagi peluang pulak orang lain makan ok?

TIPS :
1) Share your food
2) Dont order the same thing with your friend
3) It is better to order mineral water than coffee/ hot choc

Triple Chocolate Crepe

16 September 2014

TRAVEL LOG : OPEN WATER DIVING LICENSE @ D' LAGOON PERHENTIAN

Assalamualaikum,

Ha, musim cuti sekolah dah mula. Tapi mungkin kebanyakkan anda kurang suka bercuti sewaktu musim cuti sekolahkan? Almaklumlah, rate hotel dan juga pakej memang mahal sewaktu peak season ni. Oleh sebab itulah saya dan 3 lagi rakan lain mengambil langkah yang agak bijak (haha) untuk pergi membuat lesen scuba sewaktu bukan musim cuti persekolahan.

.

Alhamdulillah, walau ada sedikit gentar masih meneruskan perjalanan menggunakan khidmat Fireflyz yang kami telah pun menempah tiket seawal Februari lagi. Perjalan dari Subang mengambil masa lebih kurang 50 minit.

Instead of driving, we used Fireflyz as our main transport from Subang ( KL ) to Kelantan. We bought the tickets in early of February. Return tickets cost around RM120 / pax. It took 50 min of journey from Subang to Sultan Petra Airport, Kelantan.


Sampai sahaja di Airport Kelantan, kami terus keluar di bus stop berhampiran airport untuk mendapatkan khidmat teksi / prebet sapu. Harga 1 kereta dalah RM 70. Kalau anda ambil teksi airport, harganya dalam RM 78.

Perjalan ambil masa dalam 1 jam untuk ke Jeti Kuala Besut. Pastikan anda membeli tiket bot transfer pegi dan balik. Harga sekitar RM 70 ( return )

As we reached at the airport, we proceed to the nearest bus stop to get a taxi. If you use airport cab, the price is RM 78 but instead you can use local taxi which will cost you around RM 70 and took 1 hour journey. Make sure you buy a bot transfer tickets ( RM 70 return) so it wont cause any problem when u reach at the jetty.


Day 1

SCUBA DIVING LICENSE:
1) Confined Water
2) Open Water

Pada hari pertama, kami memulakan aktivti confined water diwaktu petang. Confine water ini merupakan skill- skill yang wajib pada diver untuk belajar. Antara skill terawal yang diajar adalah swimming skill, kicking dan skin dive.

Kemudian diajar juga tentang peralatan menyelam dan cara penjagaan dan pemasangan equipment. Pada malamnya pulak, kami diberi menonton video dan juga membuat soalan kuiz.

TIPS:
1) make sure untuk beri perhatian sepenuhnya sewaktu sesi penerangan
2) JANGAN PANIK
3) Pada yang mabuk laut, mungkin boleh turun dahulu. Elakkan tunggu terlalu lama di atas bot.

* On the 1st day, the instructor taught us how to assemble & cleaning of the dive equipment. Few skills were taught like swimming skills, kicking and skin dive in shallow water level ( 5-6 meter )  

TIPS :
1) Make sure you give 100% concentration.
2) DONT PANIC
3) If you have sea sickness ( dizzy ) please do not stay too long on the bot.


Day 2

Sama seperti hari pertama. Diajar bagaimana periksa barangan scuba dive. Kemudian sambung buat confined water pada kedalam 5-7 meter.

 TIPS:

1) Jangan makan makanan pedas sewaktu breakfast
2) Elakkan makan mee, maggie dan seangkatan dengannya kerana ia boleh menyebabkan anda muntah di dasar laut
3) Bawa botol air ke atas bot. Perlu minum banyak air supaya anda tidak muntah dan pening.



*TIPS:
1) Do not eat any spicy food during breakfast.
2) Do not eat noodles as it will make u dizzy
3) Please bring your mineral water along to the bot. Too much salt water in your body will make u dizzy.

Saza, Nisa dan saya

OPEN WATER DIVE

Pada hari ke-3 kami dah buat untuk OW Dive. Susah juga buat lesen ni dan saya hampir give up. Terutama sekali apabila buat CESA. CESA tu ialah salah satu teknik emergency jika tank anda kehabisan udara dan buddy anda terlalu jauh untuk anda kongsi udara. Jadi apa yang perlu dilakukan, anda perlu kick naik ke atas sambil hembuskan udara dalam badan. Sampai sahaja di surface, anda perlu tiup BCD untuk terus terapung. Ha, susah kan? Tapi Alhamdulillah, saya dan rakan semua lulus dengan cemerlang. Hehe

Nisa di depan D' Lagoon

Snorkling pada air kedalam 12 meter. Tak gune safety jacket pon!

Haha..Ada air dalam mask

Saya dan Sheila! Hai~

Sheila bersama clownfish

Open water dive..Kne buat skill dlu

Tak tahu nama apa ni

TIPS AMBIL GAMBAR:

1) Jika anda membawa compac camera / digital camera ( bukan dslr ) pastikan kamera anda boleh di bawa masuk sedalam 20 meter. Kerana kebiasaannya compac camera hanya 5 meter sahaja.
2) Jika anda membawa dslr, pastikan waterproof case anda berfungsi dengan baik
3) Sekiranya pakai GoPro, anda mesti mempunyai / membeli red filter


Penerbangan pulang juga menaiki fireflyz.

Terima kasih kepada Pakcik Razak, Cikgu Azran, Hafiz, Erin dan semua di D' Lagoon Perhentian.

Dah tentu kami akan ke sana lagi!!! Tunggu ya pakcik!hahah

Kudapan semasa balik


06 July 2014

[ FOOD ] : BUFFET BERBUKA PUASA DI KELANTAN DELIGHTS



Selamat Menyambut Ramadhan! 

Terlalu banyak pilihan tempat dan juadah berbuka puasa sekarang ini kan? Saya nak recommend kan anda 1 tempat yang saya rasa best dan berpatutan. Dah masuk minggu ke-2 berpuasa, jadi saya rasa masa untuk cari tempat berbuka di luar kan?

Kalau anda gemarkan hidangan nasi bersama aneka lauk pauk yang lebih dari 15 jenis lauk, Kelantan Delights adalah tempatnya!

Selain menyajikan 5 jenis menu yang berlainan mengikut hari tertentu, menu yang semestinya wajib adalah menu istimewa dari Pantai Timur seperti Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Laksam dan banyak lagi.

Kelantan Delights kebiasaannya membuat promosi pada minggu pertama bulan puasa di mana harga menjadi RM 49.90 / head berbanding dengan harga asal ialah RM 79.90. 





Antara lauk yang sempat saya snap.

Sambal Udang


Ayam Berempah

Siput Sedut Masak Lemak

Daging Masak Hitam

Ikan Patin Masak lemak Tempoyak

Ayam Percik

Masak Lemak Pucuk Paku

Ada lagi yang saya tak sempat nak snap macamNasi dagang Ayam & Daging Bakar, Laksam, Ikan Bakar, Nasi Ayam dam banyak lagi.

Pada yang mungkin berminat, boleh tengok menu dan pilih hari apa yang anda nak pergi. Anda boleh pilih di lokasi seperti Subang ( Hadapan Empire ) , Citta Mall atau KL Sentral.

Website KELANTAN DELIGHTS




27 June 2014

NOVEL : NASI KANGKANG


Dengar saja tajuk novel ni, macam-macam anggapan dah timbul dalam kepala kan? Nasi Kangkang yang begitu popular dikalangan masyarakat Melayu khas untuk menundukkan sang suami supaya tidak mencari yang lain dan menjadi dungu. Well, itulah yang terjadi pada watak-watak dalam novel ini.

Ni merupakan novel ke-2 Azwar yang aku baca selepas BERCINTA DI BALIK API BABI.

Review:

Bagi aku jalan penceritaan agak biasa tetapi penulis mengolah cerita dengan baik. Watak yang ada dalam buku ini begitu kuat sehinggakan boleh dibayangkan oleh pembaca seperti watak Jack/Jannah. Sejarah hitam hidupnya sememangnya realiti apa yang terjadi dengan remaja zaman sekarang ini.

Mungkin aku tak mengenali saudara penulis dengan dekat namun, aku dapat rasakan mungkin beliau mempunyai cerita "rahsia" dengan dukun/bomoh. Kalau anda pernah baca buku BABI tu, pengakhiran cerita diakhiri dengan babak yang tragik. Yang aku sendiri tidak suka.

Aku benci pengakhiran dengan kematian yang kejam. Bagi aku penulis mungkin perlu kembangkan lagi idea beliau selain dari cerita bomoh, bunuh-membunuh secara kejam, kematian hampir semua watak dan penyeksaan. Mungkin penulis cuba menyamai penulisan dengan cerita dan buku bertajuk Pencuri Hati.

Untuk keseleruhan, aku beri 3/5.

kalau rasa nak baca, boleh dapatkan di MPH atau Lejen shop.

** Boleh baca, tapi jangan cuba!






18 April 2014

[ FOOD ] : YONG TAU FOO , PANTAI PUTERI, MELAKA


Pernah teringin nak makan Yong Tau Foo sup? Kalau di KL atau Selangor, agak susah nak jumpa kan? Kecuali anda makan steamboat yang memang berlambak-lambak. 

Kali ni, saya nak kongsikan makanan yang sangat-sangat saya suka. Even masa saya masih dalam perut ibu lagi (kata ibu dia sangat suka makan Yong Tau Foo semasa mengandungkan saya ). Jadi, tak hairanlah kalau saya memang " kurang siuman" bila ke sini.

Kedai ini dah lama buka di Pantai Puteri. Malah, dah ada pun cawangan. Tapi saya tidak berapa suka ke cawangannya di Pulau Gadong, Melaka.

Direction : Jika dari Lebuhraya Utara- Selatan, exit Simpang Ampat, Alor Gajah. Jalan terus sehingga anda nampak simpan ke Sungai Udang. Dari Sg Udang, anda cari signboard ke Pantai Puteri. Kedai ini terletak di deretan kedai di dalam bangunan. Rajin-rajinlah bertanya ya.








SPECIAL :

1) Yong Tau Foo Sup + Kangkung  + Sambal cicah meletop!
2) ABC Special / Laichikang ( xtahu eja )

** Anda boleh pilih nak letak mihun, mee atau kuew teow.

TIPS SEBELUM MAKAN :

1) Makan waktu panas ( baca doa dlu yer )
2) Jangan minum air sebelum makan. Nanti kenyang.
3) Jangan tuang sos cili terus. Ambil bahan dan cicah pada sos. Baru nikmat!


TIPS LEPAS MAKAN :

1) Angkat mangkuk, tengok berapa harga! hihihi..


** Gambar, ambil dari gadissarawak.**
** Sebab x sempat snjap masa dapat makanan**


12 April 2014

TRAVEL LOG : HO CHI MINH CITY, VIETNAM


Ho Chi Minh City atau sebelum ini dikenali dengan nama Saigon ini pernah menjadi Ibu Negara bagi Vietnam. 


Dari Kuala Lumpur, saya ambil flight Malaysia Airlines (MAS ) terus ke Tan Son Nhat Airport, Ho Chi Minh Vietnam. Tiekt agak mahal sedikit kerana beli di saat akhir. Anda boleh lihat lain-lain penerbangan sekiranya mahu.


Durasi perjalanan / Journey Duration : 2 hours 

Time difference : minus 1 hour from Malaysia

Sampai saja di airport, pegawai yang bertugas di sana cukup membantu sekiranya ada dikalangan ahli keluarga yang menggunakan kerusi roda.


Agent : Orang Mulim Vietnam yang fasih BM.


DINNER ( MALAM PERTAMA ) 


SAIGON GREEN HOUSE


Kedai makan di sini agak sempit kerana  di tingkat bawah merupakan kedai menjual pakaian, manakala di tingkat atas pula ialah restoran.


Seperti yang saya kata tadi, penduduk Vietnam agak baik hati kerana sering membantu jika ada antara ahli keluarga yang menaiki kerusi roda. ( kali ini jalan dengan nenek ).




Menu dalam lif. Dah boleh pikir nak minum apa. eheh

Ini antara menu yang perlu anda cuba :



Udang yang dicelup / stim menggunakan air kelapa


Daging Black Pepper. OK. Ni kat rumah pon hado
Lepas saja dinner, kami baru check in hotel.

Hotel memang banyak di sini. Dari yang bajet sampai yang mahal.

Cuma, pemilihan kene tepat sebab, ada hotel yang jarak untuk shopping sangat dekat. Jalan kaki saja.



Ini Hotel saya.
Perkhidmatan di hotel yang disediakan:

1) WIFI FREE - ini penting untuk terus upload atau check in.
2) Iron - Anda hanya perlu beri saja baju pada mereka dan mereka akan tolong iron
3) Lif : Walau hotel nampak kecil, tetap da lif dari basement.
4) Bilik - Tidak terlalu besar. Tapi selesa dan cantik
5) TV - ada HBO , CNN , SPORTS 


HARI KE DUA

Hari ini akan emnyusuri sungai Mekong dan tour di pulau-pulau kecil di sana.

Perjalanan dari Ho Chi Minh ke Mekong ambil masa dalam 1-2 jam menaiki kereta. Memang akan rasa mengantuk. Tapi rugi jika tidur dalam kenderaan sebab tak nampak suasana kampung di sana.




Menjual buah



Bien Than mu tunggu aku datang


Sungai Mekong

Di jeti, ada terdapat kedai-kedai cenderamata. Jangan beli di sini melainkan anda rasa susah nak jumpa. Tapi, make sure anda beli topi yang saya pakai tu sebab naik bot tu agak panas.


Sungai Mekong ni menghubungkan banyak laluan dan jika terus ke arah utara, boleh sampai Kemboja!




BEE FARM


Turun saja dari bot, anda akan nampak ini. Jangan takut untuk bergambar. Inilah peluang!


Yang penting, pegang elok-elok jangan bagi jatuh




Banyaknyer lebah~

Bila masuk saja ke dalam, anda akan dihidangkan dengan minuman ini. Madu + Bee Polent + Halia ( rasanya ). Dan akan dihidangkan dengan pisang salai.

Gadis-gadis pelayan di sini cantik-cantik tapi, harus dengar percakapan mereka kerana BI mereka agak keliru sedikit.





Lepas saja berhenti di Bee Farm,kami naik ke bot semula dan meneruskan perjalanan ke satu kampung lagi. Mula-mula mereka akan beri buahan-buahan dan menyanyi untuk kami. jangan terperanjat! Meraka pandai nyanyi lagu " Anak Kampung"! 

Lepasa saja sesi menyanyi, kami berjalan memasuki kampung untuk menaiki sampan. Jangan takut. Memang nampak sampan ini kecil dan tak stabil. Tapi, mereka dah professional.

Kebanyakan yang mengayuh sampan ini dah berusia tetapi masih sihat dan kuat tenaga mereka. Memang terlalu banyak sampan sampai "jem" dan berlanggar2 sesama sendiri. 




Jem~




TIPS: 

1) Jangan bawa terlalu banyak barang atau beg yang besar

2) Pastikan anda tidak memegang tepi sampan kerana boleh terkepit!
3) Nikmati pemandangan dan keluarkan kamera segera.


COCONUT CANDY FACTORY


Lepas naik sampan kecil, kemudian transfer semula ke bot besar tadi. Mereka bawa ke lagi perkampungan di mana kilang dan perusahaan gula kelapa dihasilkan.












Ada souvenir jugak


HARD ROCK CAFE

Jangan lepaskan pe;uang ke sini, ok! Tak beli pon takpe. Janji ada gambar~







T Shirt





DINNER

THE DAUN RESTAURANT





The Daun ni ownernya ialah seorang Muslim warga Singapore. Baik hati, peramah dan alhamdulillah, masakan memang sedap! Patut cuba restaurant ini.

Dekorasi juga menarik.






MALAM KE 2

PASAR MALAM


Pasar malam berdekatan Bien Than market ini dibula setiap hari. 

Murah sangat harga. tapi, kena pandai tawar - menawar







TIPS :

1) Kalau nak membeli, tawar 70-80% harga jika boleh.

2) Jual beli dalam Dong atau RM juga boleh
3) Jangan tertipu bila ambil duit baki


Mesti cuba kopi ni! Kaw giler~



HARI KE TIGA

Breakfast

Hari ini baru berpeluang makan Vietnamese style. Simple tapi sedap. Kalau kita ada nasi kerabu dan daging salai, mereka pon sama. Cuma nasi putih, daging salai timun, sayur dan telur serta sos manis pedas.



Patut try kedua-dua skali. Roti perancis ni sama je konsepnya. Letak daging bakar, sos manis pedas, timun telur. Perghhh..memang terangkat!!





CHU CHI TUNNEL

Tempat ini merupakan kawasan yang dipelihara selepas perang. Memang terdapat peninggalan barangan perang semua. Senapang, lubang laluan bawah tanah, dan bestnye jugak ada shooting range.



Memang ada contoh-contoh perangkap yang dibuat oleh askar-askar Vietnam semasa berperang dengan pihak Amerika.













Shooting range memang ada. Boleh cuba kalau berminat. memang menarik dan murah. M 16 pon ada~ Harga lebih kurang RM 10 untuk 15 peluru.

Lepas berjalan jauh, akan berhenti kat cafe die ni. Mereka akan sediakan ubi kayu cicah dengan gula dan teh. memang sedap la di kala kepenatan







TIPS :

1) Jangan pakai kasut tinggi
2)Jangan pakai pakaian yang tebal
3)Bawa bekal air bersama
4)Sentiasa ikut group bersama tour guide yang disediakan




Disebavkan perjalan agak jauh dan memakan masa, hari ke 3 ini hanya pergi ke tunnnel sahaja. Petang dan malam aktiviti sendiri. Tapi, agent baik sebab sudi bawak kami untuk shopping!


CHINA TOWN

Barangan memang murah. Terutama sekali kain pasang. kalau kat sini RM 50, kat sana sutera sepasang tak sampai harga RM 30 pon.
Jadi, borong kain boleh beli kat sini. Kain jubah semua. Dan penting, kene pandai tawar.




WARNING!
1) Keadaan kat sini agak bahaya dengan penyeluk saku dan pencuri handphone. Jadi, kalau nak bergambar, berhati-hati. Sebab, ketika pegang handphone pon mereka boleh curi dengan menaiki motor.


HARI KE EMPAT 

WAR MUSEUM

Tak sah lawatan kalau tak ke muzium untuk mempelajari sejarah satu tempat kan? War museum ni besar dan ada 3 tingkat. Ambil masa dan baca untuk emngetahui sejarah Vietnam.




















PEJABAT POS

Pejabat pos ini antara bangunan bersejarah. Dan masih digunakan.







TIPS: 


1) Tawar menawar.
2) Survey kedai lain dulu
3) Beli di pasar malam atau Bien Than market atau China Town
4) Kalau nak buat sut atau tuksedo atau jubah atau baju kurung,
pastikan pada hari pertama anda beli kain kemudian hantar upah terus. Baju akan siap esoknya!

5) Kalau anda kali pertama ke sini, saya sarankan anda ambil pakej dahulu kerana tempat lawatan jauh-jauh. Makanan halal juga hanya Muslim Vietnam saja yang tahu. Ada yang menipu kata HALAL tapi sebenarnya TAK HALAL.

6) Bila dah kali ke-2 pergi, baru ok jika tak ambil pakej.