Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

16 September 2014

TRAVEL LOG : OPEN WATER DIVING LICENSE @ D' LAGOON PERHENTIAN

Assalamualaikum,

Ha, musim cuti sekolah dah mula. Tapi mungkin kebanyakkan anda kurang suka bercuti sewaktu musim cuti sekolahkan? Almaklumlah, rate hotel dan juga pakej memang mahal sewaktu peak season ni. Oleh sebab itulah saya dan 3 lagi rakan lain mengambil langkah yang agak bijak (haha) untuk pergi membuat lesen scuba sewaktu bukan musim cuti persekolahan.

.

Alhamdulillah, walau ada sedikit gentar masih meneruskan perjalanan menggunakan khidmat Fireflyz yang kami telah pun menempah tiket seawal Februari lagi. Perjalan dari Subang mengambil masa lebih kurang 50 minit.

Instead of driving, we used Fireflyz as our main transport from Subang ( KL ) to Kelantan. We bought the tickets in early of February. Return tickets cost around RM120 / pax. It took 50 min of journey from Subang to Sultan Petra Airport, Kelantan.


Sampai sahaja di Airport Kelantan, kami terus keluar di bus stop berhampiran airport untuk mendapatkan khidmat teksi / prebet sapu. Harga 1 kereta dalah RM 70. Kalau anda ambil teksi airport, harganya dalam RM 78.

Perjalan ambil masa dalam 1 jam untuk ke Jeti Kuala Besut. Pastikan anda membeli tiket bot transfer pegi dan balik. Harga sekitar RM 70 ( return )

As we reached at the airport, we proceed to the nearest bus stop to get a taxi. If you use airport cab, the price is RM 78 but instead you can use local taxi which will cost you around RM 70 and took 1 hour journey. Make sure you buy a bot transfer tickets ( RM 70 return) so it wont cause any problem when u reach at the jetty.


Day 1

SCUBA DIVING LICENSE:
1) Confined Water
2) Open Water

Pada hari pertama, kami memulakan aktivti confined water diwaktu petang. Confine water ini merupakan skill- skill yang wajib pada diver untuk belajar. Antara skill terawal yang diajar adalah swimming skill, kicking dan skin dive.

Kemudian diajar juga tentang peralatan menyelam dan cara penjagaan dan pemasangan equipment. Pada malamnya pulak, kami diberi menonton video dan juga membuat soalan kuiz.

TIPS:
1) make sure untuk beri perhatian sepenuhnya sewaktu sesi penerangan
2) JANGAN PANIK
3) Pada yang mabuk laut, mungkin boleh turun dahulu. Elakkan tunggu terlalu lama di atas bot.

* On the 1st day, the instructor taught us how to assemble & cleaning of the dive equipment. Few skills were taught like swimming skills, kicking and skin dive in shallow water level ( 5-6 meter )  

TIPS :
1) Make sure you give 100% concentration.
2) DONT PANIC
3) If you have sea sickness ( dizzy ) please do not stay too long on the bot.


Day 2

Sama seperti hari pertama. Diajar bagaimana periksa barangan scuba dive. Kemudian sambung buat confined water pada kedalam 5-7 meter.

 TIPS:

1) Jangan makan makanan pedas sewaktu breakfast
2) Elakkan makan mee, maggie dan seangkatan dengannya kerana ia boleh menyebabkan anda muntah di dasar laut
3) Bawa botol air ke atas bot. Perlu minum banyak air supaya anda tidak muntah dan pening.



*TIPS:
1) Do not eat any spicy food during breakfast.
2) Do not eat noodles as it will make u dizzy
3) Please bring your mineral water along to the bot. Too much salt water in your body will make u dizzy.

Saza, Nisa dan saya

OPEN WATER DIVE

Pada hari ke-3 kami dah buat untuk OW Dive. Susah juga buat lesen ni dan saya hampir give up. Terutama sekali apabila buat CESA. CESA tu ialah salah satu teknik emergency jika tank anda kehabisan udara dan buddy anda terlalu jauh untuk anda kongsi udara. Jadi apa yang perlu dilakukan, anda perlu kick naik ke atas sambil hembuskan udara dalam badan. Sampai sahaja di surface, anda perlu tiup BCD untuk terus terapung. Ha, susah kan? Tapi Alhamdulillah, saya dan rakan semua lulus dengan cemerlang. Hehe

Nisa di depan D' Lagoon

Snorkling pada air kedalam 12 meter. Tak gune safety jacket pon!

Haha..Ada air dalam mask

Saya dan Sheila! Hai~

Sheila bersama clownfish

Open water dive..Kne buat skill dlu

Tak tahu nama apa ni

TIPS AMBIL GAMBAR:

1) Jika anda membawa compac camera / digital camera ( bukan dslr ) pastikan kamera anda boleh di bawa masuk sedalam 20 meter. Kerana kebiasaannya compac camera hanya 5 meter sahaja.
2) Jika anda membawa dslr, pastikan waterproof case anda berfungsi dengan baik
3) Sekiranya pakai GoPro, anda mesti mempunyai / membeli red filter


Penerbangan pulang juga menaiki fireflyz.

Terima kasih kepada Pakcik Razak, Cikgu Azran, Hafiz, Erin dan semua di D' Lagoon Perhentian.

Dah tentu kami akan ke sana lagi!!! Tunggu ya pakcik!hahah

Kudapan semasa balik