Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

19 September 2014

[ FOOD ] : DIP & DIP

Mungkin ada ramai yang dah cuba kan kat sini? Atau mungkin ada yang nak pergi tapi masih belum berpeluang?

Dip & Dip di Malaysia ni hanya ada 2 cawangan sahaja. 

1) Bangsar
2) Curve, Damansara

                             

Makanan di sini berkonsepkan coklat dan dessert.  Harga tidak melampau mahal dan tidak terlalu murah. Lebih kurang dalam RM 20 ke atas.

* Foods here are basically chocolate base. This is a good news for chocolate lovers. The price range is not too expensive yet not too cheap ( around Rm20 above )



Jika hendak ke cawangan Bangsar, pastikan anda pergi lebih awal kerana nak dapat parking je pon dah mencabar kesabaran. Kawasan sekitar Bangsar Village memang pack especially di waktu malam.
Selain dari susah dapat parking, susah dapat table pon satu hal jugak. Kena beratur dan tunggu giliran.

Kalau nasib anda baik, dapatlah tempat duduk awal sebab mengikut kekosongan meja yang sesuai.

* If you are planning to go to Bangsar franchise, please bare in mind that you may need to go earlier as it is hard to get parking & table 

Waffle Stick

Makanan di sini semua berasaskan coklat. Jadi, saya nasihatkan agar anda berkongsi menu & makanan dengan rakan / keluarga untuk mengelakkan rasa muak. Lainlah jika anda betul-betul fanatik dengan coklat~. Kebanyakan hidangan bersaiz besar jadi bolehlah berkongsi.

TIPS:

1) Kongsi order ( dah cakap tadi )
2) Order benda yang berlainan agar semua dapat merasa
3) Tak perlu order air hot coklat atau coffee. Minta sahaja air mineral kerana tekak akan rasa lega lepas minum mineral
4) Bila dah habis makan, bangun cepat! Bagi peluang pulak orang lain makan ok?

TIPS :
1) Share your food
2) Dont order the same thing with your friend
3) It is better to order mineral water than coffee/ hot choc

Triple Chocolate Crepe