Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

27 June 2014

NOVEL : NASI KANGKANG


Dengar saja tajuk novel ni, macam-macam anggapan dah timbul dalam kepala kan? Nasi Kangkang yang begitu popular dikalangan masyarakat Melayu khas untuk menundukkan sang suami supaya tidak mencari yang lain dan menjadi dungu. Well, itulah yang terjadi pada watak-watak dalam novel ini.

Ni merupakan novel ke-2 Azwar yang aku baca selepas BERCINTA DI BALIK API BABI.

Review:

Bagi aku jalan penceritaan agak biasa tetapi penulis mengolah cerita dengan baik. Watak yang ada dalam buku ini begitu kuat sehinggakan boleh dibayangkan oleh pembaca seperti watak Jack/Jannah. Sejarah hitam hidupnya sememangnya realiti apa yang terjadi dengan remaja zaman sekarang ini.

Mungkin aku tak mengenali saudara penulis dengan dekat namun, aku dapat rasakan mungkin beliau mempunyai cerita "rahsia" dengan dukun/bomoh. Kalau anda pernah baca buku BABI tu, pengakhiran cerita diakhiri dengan babak yang tragik. Yang aku sendiri tidak suka.

Aku benci pengakhiran dengan kematian yang kejam. Bagi aku penulis mungkin perlu kembangkan lagi idea beliau selain dari cerita bomoh, bunuh-membunuh secara kejam, kematian hampir semua watak dan penyeksaan. Mungkin penulis cuba menyamai penulisan dengan cerita dan buku bertajuk Pencuri Hati.

Untuk keseleruhan, aku beri 3/5.

kalau rasa nak baca, boleh dapatkan di MPH atau Lejen shop.

** Boleh baca, tapi jangan cuba!