Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

18 April 2014

[ FOOD ] : YONG TAU FOO , PANTAI PUTERI, MELAKA


Pernah teringin nak makan Yong Tau Foo sup? Kalau di KL atau Selangor, agak susah nak jumpa kan? Kecuali anda makan steamboat yang memang berlambak-lambak. 

Kali ni, saya nak kongsikan makanan yang sangat-sangat saya suka. Even masa saya masih dalam perut ibu lagi (kata ibu dia sangat suka makan Yong Tau Foo semasa mengandungkan saya ). Jadi, tak hairanlah kalau saya memang " kurang siuman" bila ke sini.

Kedai ini dah lama buka di Pantai Puteri. Malah, dah ada pun cawangan. Tapi saya tidak berapa suka ke cawangannya di Pulau Gadong, Melaka.

Direction : Jika dari Lebuhraya Utara- Selatan, exit Simpang Ampat, Alor Gajah. Jalan terus sehingga anda nampak simpan ke Sungai Udang. Dari Sg Udang, anda cari signboard ke Pantai Puteri. Kedai ini terletak di deretan kedai di dalam bangunan. Rajin-rajinlah bertanya ya.








SPECIAL :

1) Yong Tau Foo Sup + Kangkung  + Sambal cicah meletop!
2) ABC Special / Laichikang ( xtahu eja )

** Anda boleh pilih nak letak mihun, mee atau kuew teow.

TIPS SEBELUM MAKAN :

1) Makan waktu panas ( baca doa dlu yer )
2) Jangan minum air sebelum makan. Nanti kenyang.
3) Jangan tuang sos cili terus. Ambil bahan dan cicah pada sos. Baru nikmat!


TIPS LEPAS MAKAN :

1) Angkat mangkuk, tengok berapa harga! hihihi..


** Gambar, ambil dari gadissarawak.**
** Sebab x sempat snjap masa dapat makanan**