Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

28 January 2012

Tahun Baru, Azam Baru

Salam,

Rasa memang lama sangat dah tak merapu kat sinikan? Tak tahulah masih ada yang ingin baca lagi atau pon tak. Hentam saja lah!Sedar- x sedar dah hampir sebulan dah kite menyambut tahun baru 2012. Macamana? Dah set azam baru? Saya? Haaa...dah ada azam baru dah! :)


Nak simpan duit dan......errr.....errr....MELANCONG! ( bila ntah nak pikir pasal kawin)
Ok. Pada akhir tahun 2011 kelmarin, saya dahpon "mencuba" berjinak-jinak dengan azam dan aktiviti baru ni. Sebelum tu, kenal kan kawan saya! Eira...Haa, untungnya ada kawan yang ingin teman berjalan-jalan habiskan duit bersama...

Mula-mula, pergi ke Perak. Sebelum tu, penat jugak membaca kat internet apa tempat menarik di Perak ni. Banyak juga macam Menara Condong, Zoo Taiping, Gua Tempurung dll. Tapi, yang kami hanya sempat pergi ialah, Kellie's Castle di Batu Gajah. Sememangnya saya teringin sangat nak ke sana sebab mereka kata scenery kat sana cantik untuk ambil gambar. Ya, memang betul dan saya setuju 100%. Tapi, disebabkan saya ni bengong sangat, terlupe pulak nak bawa tripod. Bukan apa, bila cuti berdua, susah nak bergambar kalau tiada bantuan.

Sekitar Kellie's Castle

Walaupun panas terik masa tu, alhamdulillah kami sempat juga bergambar dan usha-usha dalam Istana tu. Lepas penat bergambar dan tekak poun haus, kami p
on mula kan perjalanan untuk ke Hotel yang tl;ah ditempah. Ecotel Ipoh..( Please sebut betul2, ok)! Harga bilik yang sangat murah dan cantik sebab ini adalah hotel baru di Ipoh.

Ok, ini gambar bilik kami. Selesa dengan katil yang besar walaupun ruang lain agak kecil. Cuma, shower yang tidak berapa selesa kerana menggunakan glass sebagai dinding. Maka, bila Eira mandi, saya harus pusing ke arah lain. Dan bila saya mandi, die pula harus tengok tempat lain. Hahah! Tapi, shower die memang SUPERB! Best!

Ok, lepas check-in, kami keluar semula untuk makan tengahari. Jom pekena Mee Rebus yang femes habis kat Ipoh ni! Mee Rebus Ramli ( bukan Ramly, itu berger). Dah lama juga mengidam nak makan mee rebus ni. Baru kali ni dapat! Yeay!!


Muka yang lapar nak baham Mee Rebus! Yummeh~

Aktiviti malam pula, harus la berkunjung ke Gerbang Malam, kan? Kalau kat KL, kita ada Upown la, Downtown la, dan segala macam "town", tapi kat Ipoh namanya Gerbang Malam. Takde gambar sebab sibuk bershopping! ngeh ngeh ngeh.

Hari ke-2,

Bangun pagi dan terus bersiap! Yeay Penang, kami datang!! Pasembor, tunggu kami!!! Haha..

Bukit Bendera, Penang Hill

Sebelum pergi mengisi perut, kami sempat ke Bukit Bendera. Ini kali pertama saya ke sana sebab sebelum ni pergi tapi Cable Car nya tutup~ Ciss


Ya, itu dia...Segala haiwan ada di pinggan kami! Makan dulu ya~

Bile dah kenyang, tentulah malas kan? Jadi, amek keputusan untuk naik feri saja! Phewww~

Hari ke-3

Check-out di Ipoh, dan mulakan perjalanan ke Cameron Highlands pula melalui jalan pening, Simpang Pulai. Cadangnya nak pergi balik hari saja. Tapi, memandangkan saya "mabuk", jadi terpaksa bermalam di sana. Tak banyak gambar yang ambil. Sebab dah kemalasan. Heheh

@Redbig-Farm Strawberi

Ya, maka berakhirlah perjalan cuti-cuti habiskan duit kami. Akan saya update tentang percutian ke Medan bersama keluarga nanti. Inilah untungnya ada kawan yang teman berjalan, teman makan. Semua buat sama2. :) Harap dapat luangkan masa lg bersama nanti!!