Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

30 March 2010

Saya Minta Maaf..

Saya minta maaf..

Pada semua kawan-kawan di pejabat seperti Mumu, K,Ijan, Sarah,Idaman,Cima,Nadd & Yuki, pada ibu saya, pada Nor, Pada kawan2 TKC (Ilan,Buna,Ayna,Apan,Apek,Bulu)

Bukan niat saya nak membuat kamu semua susah hati terhadap saya..
Bukan niat untuk memencilkan diri..

Cuma seperti yang saya kata..

"Saya perlukan masa.."

Saya perlukan masa untuk mengutip semua serpihan hati saya yang dah berkecai.Menjahit semula satu persatu walau saya tahu, separuhnya lagi ada pada dia, yang entah di mana dah dicampakkannya..

Saya perlukan masa untuk membina kepercayaan saya semula..

Saya perlukan masa untuk membina semula semangat saya..

Saya perlukan masa untuk perbaiki diri saya..

Saya tahu ada antara kamu yang berkata..

"Jangan bersedih berpanjangan"
"Kau tak patut sedih pun"
"Lupekan je dia"
"Terima je and redha semuanya"

Terima kasih pada anda semua yang tak putus beri semangat pada saya..
Terima kasih pada ibu saya yang tak henti2 memberi semangat dan sokongan pada saya.Walau saya tahu dia sendiri terluka..
Saya tahu ibu risau kan saya kerana saya sudah tidak seceria dahulu..
Terima kasih pada yang masih bersama saya..

Berat mata kamu semua memandang, berat lagi saya yang menanggung..

Kalau luka di tangan,nampak darahnya..Boleh saya ubati dan mungkin kesannya akan hilang..
Luka di hati saya, tak siapa yang tahu..Hanya saya menaggungnya seorang..

Kerana tiada siapa akan faham apa yang saya rasa..
Kerana tiada siapa yang akan mengerti perasaan saya..
Kerana tiada siapa yang nampak bagaimana hati saya menangis..

Setiap hari apabila celik dari mati sementara, seakan ada batu yang menghimpit dada saya..

Saya gagahkan juga,mengambil wuduk, berdoa dan mengadu padaNya..

Agar berikan saya kekuatan pada hari itu..
Agar berikan saya petunjuk untuk saya perbaiki diri
Agar berikan saya rahmatNya untuk sepanjang hari dan
Agar usirkan semua masalah saya pada hari itu..

Saya hanya insan biasa.Kerap menangis kerana kehilangan "barang" yang saya sayangi..Yang selama ini saya letakkan separuh dari hati saya untuknya selain dari keluarga.Yang selama ini saya kongsi semua rasa dan perasaan dengannya.Yang selama ini memberi semangat pada saya.

Saya tahu,ada hikmah disebalik semua yang jadi.
Cuma apa yang membuat saya terkilan, dia tidak kotakan janji..

Saya minta maaf juga kepada pembaca blog saya jika ada..Mungkin tidak akan ada lagi cerita gembira akan saya kongsi dengan anda..Hanya cerita hati yang pedih..
Jika anda bosan membacanya,saya tidak akan menyalahkan anda..Siapa yang suka membaca cerita sedih bukan?
Cuma ini saja tempat yang bisa saya coretkan semuanya..

Biar apa pun terjadi, saya tidak akan sekali membencinya...Saya tidak akan sekali meninggalkannya seperti mana yang dia sedang lakukan pada saya dan saya tidak akan sekali lupekan semua janji saya..Jika dia membaca, ini janji saya..

Saya minta maaf pada semua sekali lagi..

2 comments:

hanis said...

Setiap apa yang kita lalui menguji kesabaran kita.. dan buat kan kita jadi lebih tabah...
sesakit mana pun yang kita rasakan sepahit mana pun kenyataan nya kita harus berani teruskan perjalanan hidup kita.. jangan jadikan alasan kekecewaan sebagai penghalang...

Papysnow said...

Nurul, be strong, i know it's hard, but life goes on, right?...