Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

31 December 2009

Saat Separuh Jiwa Ku Pergi...

Salam semua..

Hurm..rasa sudah lama saya tidak menulis..Mungkin kebelakangan ini saya sudah mula mengambil tidak endah kepada semua perkara yang terjadi terhadap saya..huhu..

Posting saya kali ini, saya memang tuju kan khas untuk Izs dan Sal..

Biar saya kenal kan mereka sekajap..

Izdiany & Sallyna..

Kedua-duanya saya kenal masa mereka apply untuk training di LCP..
Kemudian, mereka apply untuk kerja..
Sekali pandang, mereka nampak innocent..Sekali pandang mereka nampak sombong..
Tapi, bila saya mula kenali mereka, merekalah yang menghidupkan suasana di tempat kerja..
Saya mula bersemangat setiap hari untuk ke pejabat, kerana MEREKA..

Saya akui saya tidak berapa rapat dengan mereka pada mulanya..
Tuhan saja yang tahu betapa saya menyesal kerana saya telah membuang masa saya selama beberapa bulan kerana tidak cuba rapat dengan mereka pada masa itu..
Walaupun perkenalan saya dengan mereka boleh dikatakan agak singkat, tetapi bila berada bersama mereka, seolah-olah saya telah lama kenal dengan mereka..Mereka menceriakan hari-hari saya..

Sehingga lah hari terakhir mereka di LCP....


Persembahan dari Sarah (Diva) dan juga Ida Rahayu..


Nyanyian kami buat mereka..
K.A.M.I


Sara, Fazie & Adam antara yang bersedih~



Sarah telah mengubah lirik lagu Hujan (Bila Aku Sudah Tiada) untuk di nyanyikan buat mereka..
Ingin saya berkongsi liriknya dengan anda..


*c/o :Bila..Kami sudah tiada
Simpan semua kenangan
Jangan ditangis selalu
Mungkin untuk sementara
Bila jumpa penggantinya, jangan dilupakan kami..

Pagi ini..indah seperti biasa,
Bergurau senda sesama kita
Buat kerja rasa tak bermaya
Kerna kamu pergi meninggalkan kami..

Siapa yang sangka
Bila tiba masa untuk kamu pergi selamanya
Takkan terduga
Jika saat ini tuhan tentukan kamu lah orangnya..
Gelak tawa tangisan yang hiba,
Kenangan kita masa di LCP
Alangkah indahnya jika..
Kita mampu bersama selamanya..

Itulah antara lirik yang Sarah a.k.a Diva dah tukar..


Bila mereka pergi..

Tiada lagi kelas tarian kami..Tiada lagi gelak tawa riang Sarah..Tiada lagi tempat untuk saya berkongsi cerita..

Dulu..saya ada seorang yang saya sayang punya nama yang sama dengan salah seorang mereka..
Kemudian, insan itu pergi meninggalkan saya..Datang pula Izs, yang punya sama nama itu..
Bila saya sudah mula sayang sebagai sahabat saya, dia juga pergi meninggalkan saya..

Dulu, saya tidak pernah berkongsi tarikh lahir dengan sesiapa..
Datang pula Sal..Yang punya tarikh lahir yang sama dengan saya..
Umur kami sama,waktu bersalin kami juga sama..
Ingin benar saya menyambut hari lahir bersama dengannya pada tahun hadapan..
Tapi sayang..Dia juga pergi..

Andai saya mampu..Dunia pun akan saya berikan pada mereka, agar mereka tidak tinggal kan saya..Tapi, saya tak mampu..

Sudah lebih 2 minggu mereka pergi..


Seseorang pernah berkata kepada saya...


"Hidup kita umpama sebuah bas..Dan sahabat umpama penumpangnya..
Setiap penumpang punya destinasi mereka sendiri..
Dan di setiap destinasi, ada yang akan pergi..dan ada yang akan naik..
Bas itu tidak boleh berhenti bergerak kerana perjalanannya masih jauh..
Dan yang pasti, setiap penumpang yang naik akan melengkapkan perjalanan itu..
Begitu juga dengan kehidupan..
Setiap salam perkenalan, pasti ada perpisahan
Walau sesedih mana pun, hidup harus diteruskan.."


Mungkin ada yang tertanya-tanya..
Kenapa saya begitu menghargai sahabat-sahabat saya..?

Bagi saya, setiap insan yang wujud dalam hidup saya punya kepentingan mereka..Kalau tidak masakan Tuhan pertemukan mereka dengan saya..kan?

Setiap insan yang hadir itu akan mengajar saya sesuatu tentang kehidupan..
Apa yang harus saya lakukan adalah hanya, menghargai mereka dan melihat mereka dari sudut yang berlainan..
Jika ada anatara mereka yang menyakiti saya,saya tidak akan membenci..malah, berterima kasih kerana mereka mengajar saya erti kehidupan yang tidak sentiasanya gembira..



7 comments:

Ida said...

Cara nurul tulis ni mcm diorg dah ke alam sana pulak. Padahal sihat je, leh gi jumpa. aduyai~ pikir mcm ni la, kalau anda semua berjauhan, lagi banyak cerita boleh ditukar sesama sendiri bila berjumpa. kan best :)

nurul said...

ahaah..saje jek tulis sedih2..hihih

Fikri Harun said...

nurul mmg minah emo! hati tisu!
hahahahhahahahhahahhahahhahahh!

tp, nice ah.

mediahorizon said...

tajuk tak boleh blah... hehe.. tiru lagu orang

nurul said...

ahahah..fikri..emo kamu kata?cett..
abg mumu:err..saya buat dulu kot~ahah

Leeya said...

hehe..sedih dgr lagu separuh jiwaku pergi tu..huhuhu

xpe2..mmg sedih bila kawan yg rapat dgn kita pergi..walaupun dah tak bersama lagi tp masih boleh jumpa kan..hehe..

youtube said...

highlight : sarah a.k.a Diva