Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

05 January 2010

Saya = 2 Dekad Setengah = Kosong

Salam..

Selamat Tahun Baru pada semua teman atau pembaca2 blog saya..(kalau ade laa)heheh..
Diam tak diam, dah masuk 2010 kan.Begitu cepat masa meninggalkan saya, tanpa saya sedar..

Sudah 2 dekad setengah saya bernafas..Berhutang nafas dengan Tuhan..Berhutang dengan segala nikmat yang Dia berikan...Apa yang telah saya capai dalam hidup saya selama saya berhutang?

T.I.A.D.A

Saya tidak dapat apa yang saya inginkan..Saya tidak dapat apa yang saya kejarkan..
Kemudian saya mula berfikir..Memang la benar bahawa..

"Tuhan tidak akan memberi apa yang kita inginkan..Tetapi, memberi apa yang kita perlukan"

Saya ingin kan pekerjaan di syarikat besar (dulu).Dia berikan saya pekerjaan di syarikat yang semakin meningkat namanya di mana asalnya ia hanya sebuah nama yang kecil..Saya ingin kan pasangan.Dia berikan saya teman..Mungkin kerana saya belum cukup bersedia untuk punya teman hidup itu..Saya kejarkan perhatian seorang rakan, Dia berikan saya seorang insan lain yang pastinya akan bersama saya..

Oleh sebab itu, saya mula menanamkan azam saya..

Saya ingin melengkapkan & sempurnakan apa yang selama ini saya tinggalkan..