Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

28 January 2010

Monolog Hari Ini..

Salam..



Ya, hari ini hari Rabu..Alhamdulillah, saya masih lagi bernafas di muka bumi ini..(bukan bernafas dalam lumpur yaa~)



Tiada apa yang penting ingin saya kongsi kan bersama.Sekadar ingin memerah otak, melancarkan minda dan melapangkan jiwa.Sebut pasal jiwa,oh..sudah lama saya tidak memberi "makan" kepada jiwa saya.Patut la terasa begitu kosong dan tidak berguna.Otak rasa sempit,hati pula rasa sakit.



Kebelakangan ini, tekanan sering menjadikan saya sebagai bahan testimonial nya. Dia menjadi rakan saya walau saya amat bencikannya.Cuba saya usir, berjaya sementara.Kemudian ia datang semula..Oh,tekanan..pergilah kamu dari sini..Saya tidak mahu berkawan dengan kamu..



Disaat otak rasa sempit, dan hati rasa sakit, saya pergi menjelajah mencari insan bernama sahabat.Mungkin nasib tidak menyebelahi saya..baru saya sedar yang saya tidak punya banyak sahabat..Mungkin saya perlu menjadi lebih baik supaya ada insan bernama sahabat masih bersama saya..


Saya terasa semakin jauh..semakin jauh dengan impian dan harapan yang saya letakkan dalam sasaran hidup saya.Kejauhan itu membuatkan saya semakin putus asa.Semakin lemah untuk terus berdiri..

Terasa diri amat lemah>apa yang tidak patut saya lakukan, saya masih terus lupa dan terus menerus melakukan perkara itu.Saya wujudkan satu perasaan yang tidak sepatutnya lahir dari hati saya..Oh Hati..mengapa kau begini?