Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

12 August 2013

TRAVEL LOG : BALI


Dah plan nak ke mana cuti akhir tahun nanti?

Kalau belum, saya nk cadangkan supaya anda ke BALI!!
Mungkin ada yang sedang melayari website Air Asia ataupun MAS, tetapi tak tahu mana nak pergi kan?
Apa kata anda beli sahaja tiket ke Denpasar ( Bali )


Pastikan anda beli tiket semasa promosi. Dah tentu harganya jauh lebih murah. Kalau Air Asia menjadi pilihan, pastikan anda membeli makanan untuk dimakan di dalam kapal terbang. Sebabnya, perjalanan memakan masa hampir 2 jam.

Nasi Lemak antara yang terbaik


 Kepada backpacker : di Bandar Kuta Bali terdapat banyak bajet hotel yang anda boleh sewa.

 Kepada yang nak honeymoon : Saya sarankan tidak memilih hotel bajet ataupun hotel yang berada di Kuta kerana bandar ini agak sibuk dan bising.

Di bandar Kuta ini terdapat banyak premis-premis yang menyediakan perkhidmatan sewaan motor kalau anda nak bersiar2 ke kawasan berdekatan.

Tips: Jangan terlalu rambang mata untuk membeli di sekitar Kuta kerana harga yang ditawarkan agak mahal berbanding tempat lain.

Sewa motor

Antara barangan yang dijual di kaki lima
Kuta ini dipenuhi dengan kelab malam dan malam kat sana memang meriah. Boleh jalan-jalan dan ambil angin di pantai juga. Tempat yang mesti anda kunjungi ialah, semestinya Hard Rock Cafe.

HARD ROCK HOTEL & CAFE

Ada juga Hard Rock Hotel

Pantai Kuta
 Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di depan Hard Rock dengan gitar gergasi ni.

Land mark Hard Rock Cafe

Interior

Cantik kan?

Untuk peminat atau pengumpul pin, boleh tambah koleksi anda di sini. Harga sememangnya mahal. Contohnya, Tshrt biasa bertulisan Hard Rock Cafe Bali berharga RP300,000 atau lebih kurang RM100. Jadi pastikan anda dah siap2 tukar wang yer.




Jika anda tidak mengambil mana-mana travel agency, jangan risau. Sampai sahaja di airport anda hanya perlu ambil seberapa banyak brochure yang ada. Di dalam brochure itu kesemuanya  promosi yang dijalankan oleh agent2 dan harga yang sangat murah dan berpatutan.


BARONG & KECAK DANCE

Kalau anda peminat seni kebudayaan dan tarian, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Kecak & Barong Dance. Untuk masuk ke sini, anda perlu membayar. Harga tiket lebih kurang RP100,000.






Bahasa yang digunakan semasa persembahan sangat susah nak paham kerana mereka bercakap dalam bahasa Bali. Saya sarankan supaya anda TIDAK ke sini. 


SILVER MAKING 

Kalau anda ada perancangan untuk membeli barang kemas silver original, boleh ke sini. Jika tidak, tak perlu kerana tiada apa yang dapat dilihat. Masuk ke sini tiada bayaran dikenakan. Barangan di sini dijual dalam USD dan sememangnya mahal. Tetapi, mereka memberi diskaun sebanyak 50% kepada warga Malaysia.





Kawan saya sedang cuba buat..ehhh...~

BALI ZOO

Sebenarnya saya tak masuk pun ke sini. Cuma ambil gambar dan survey harganya berapa. Saya tak sarankan anda ke sini sebab harganya memang MAHAL.

Harga masuk : USD40 ( untuk zoo )
Naik gajah : USD 72

Kalau teringin sangat nak naik gajah, tunggu kat Malaysia je la.



KOPI LUWAK

Pada yang tak tahu, kopi luwak ini ialah Kopi Berak Musang. Apa? Tak percaya??? Meh tengok gambar bawah ni.






Di tempat membuat kopi ini, sememangnya mereka memelihara musang. Musang ini akan diberi makan biji kopi dan ia hanya akan memakan biji kopi yang terbaik sahaja. Musang hanya akan menelan biji kopi tanpa mengunyahnya. Najis yang mengandungi biji kopi itu di proses dan dijadikan serbuk kopi.

Percaya atau tak, kopi ini lebih mahal dari Starbucks!


Kopi Luwak

Paket yang tersedia untuk dibeli
** Saya baru terdengar yang Kopi Luwak ini HARAm diminum.

PADI BERTINGKAT

Tempat ini harus dilawati kerana keindahan kawasannya yang sangat menghijau. Untuk ke kawasan ini, ia agak jauh untuk menaiki motor. Jadi, anda sememangnya harus menyewa kereta.



KINTAMANI

Kintamani ini merupakan kawasan Gunung Berapi yang dinamakan Kintamani. Malangnya, masa kunjungan saya ke sana, hujan lebat dan kabus menutupi puncak gunung berkenaan. Di atas ni, memang sejuk jadi, sepanjang hari mungkin anda boleh membawa terus baju panas.

Ada restoran halal di sini. Tapi, saya was-was dengan ke-halal-lan nya kerana terdapat patung Hindu yang diletakkan. Mungkin definisi halal di sini seperti, asalkan tiada Babi, maka halal. Tapi pemprosessan makanan seperti sembelih atau tak, saya juga tak pasti. Sebagai langkah berjaga-jaga, anda perlu membawa bekal seperti maggi untuk anda makan sepanjang perjalanan.

Puncak Gunung yang dilitupi kabus tebal


TANAH LOT

Seeloknya jika anda ingin ke Tanah Lot, sebelum waktu senja agar anda dapat menikmati pemandangan matahari terbenam di sini. Kene tanya juga pada pemandu pelancong waktu-waktu yang sesuai untuk ke sini sebab kalau air laut sedang pasang, anda tak boleh smpai ke tempat yang saya diri ni.

Sebelum masuk ke sini, anda akan dikenakan bayaran RP 30,000 seorang. dan semasa perjalanan masuk, akan terdapat banyak gerai-gerai jualan cenderamata. Ingat untuk tawar ya. Harga barangan di sini agak murah juga. tapi harus pandai tawar..




BEDUGUL

Bedugul ini merupakan salah satu kuil juga. Yang bezanya cuma kuil ini agak jauh tetapi, pemandangan di sini sememangnya cantik.

Bayaran sebanyak RP 10,000 juga dikenakan setiap seorang untuk masuk ke sini.





KRISNA

Untuk yang mencari barangan untuk Ole-ole, boleh juga membeli belah di Krisna.  Akan tetapi, saya lebih suka membeli di Tanah Lot kerana lebih banyak pilihan.





FOOD & SEAFOOD

Untuk mencari makanan halal di Bali memang agak sukar. Jika anda terjumpa dengan warung nasi padang, itu pastinya Halal kerana orang Padang kebiasaanya menganut Islam. Jika di Bandar Kuta, tidak banyak warong halal. Anda perlu berjalan dan meneliti menu  setiap kedai. Tetapi,  di tengah Bandar Kuta terdapat banyak fast food seperti KFC, Mc Donald etc dan sememangnya halal kerana ia adalah halal. ( insha Allah ).

Di waktu malam pula, anda boleh menikmati makanan laut di Kedongan, Bali. Di sini anda menikmati makan malam di persisir pantai dan menikmati angin malam. Harganya agak mahal, tetapi tak salah kalau ingin mencuba.



TIPS KESELURUHAN

1) Jika anda seorang yang mudah pening dengan bau-bau-an kuil, cuba bawa minyak angin atau apa saja wangian bersama kerana  di Bali ini, ke mana sahaja anda pergi, bauan kuil atau barangan sembahnyang mereka sentiasa menusuk hidung.

2) Luangkan masa ke Pantai Kuta diwaktu siang kerana terapat banyak aktiviti pantai seperti surfing dan anda juga boleh cuci mata~

3) Sering perlu tawar-menawar harga kerana jika mereka tahu yang anda dari Malaysia, pastinya diskaun akan diberikan

4) Elakkan melayan teguran dari orang jalanan kerana kebiasaanya mereka menawarkan khidmat seks atau dadah.

Oklah..Selamat Bercuti!!!