Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

05 September 2013

TRAVEL : HOTEL BAJET


Musim cuti sekolah  hampir tiba. Semua mesti terpikir-pikir ke mana nak pergi dan jika kesuntukan bajet, negara kita ini penuh dengan penginapan bajet yang boleh kita dapatu di bawah RM300. Kadangkala ada sesetengah orang sangat mementingkan bilik hotel yang mewah tetapi bajet yang agak suntuk dan risau kalau bilik hotel bajet sangat tidak selesa kan?

Berita baik! Ada beberapa hotel bajet yang memiliki interior dan suasana seperti di hotel mewah.

1. KEDAH  - The Leverage Kuala Kedah





Jarak dari Kuala Kedah ke sini hanya memakan masa selama 10 minit sahaja. Hotel ini memberikan anda kemudahan sama seperti yang ada di hotel mewah. Antara kemudahan : Internet, Wifi, TV LCD



2. KEDAH - La Pari- Pari Langkawi





Kalau tengok pada warna hotel ini, dah tentu warnanya membuatkan kita rasa tenang dan damai kan?
Nama hotel ini juga diberi untuk membuai perasaan pengunjung seperti berasa di alam pari-pari. Kemudahan yang ada di sini seperti :

- Kolam Renang
- Kedai Cenderamata
-Dusun, Taman Herba dan Rumah pokok



3. SABAH - Hotel Eden54




Hotel Eden54 ini terletak di tempat yang penuh bersejarah semasa perang Dunia Kedua di Borneo Utara iaitu Jalan Gaya. Hotel ini bagus dan sesuai untuk mereka yang ingin meninjau tempat-tempat bersejarah di Kota Kinabalu. Antara kemudahan yang disediakan ialah TV, Penghawa dingin.


PERAK- Fair Park Hotel

                                                          






Hotel ini antara hotel bajet terbaik di Perak. Hotel ini pernah memenangi Anugerah Kategori Hotel Bajet Terbaik 2011. Kelengkapan salam bilik yang disediakan cukup mewah dan amat berpatutan dengan harga. Adakala hotel bajet tidak memberikan makan pagi ( breakfast ), tetapi Fair Park menyediakan sarapan pagi kepada pelanggan mereka. Kemudahanseperti wifi dan lain-lain ada juga disediakan.



** Entri akan bersambung lagi.**