Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

07 October 2013

AWEK CHUCK TAYLOR & LELAKI EKSISTENSIAL

Ok, kali ini saya nak kongsi buku apa yang saya baru sahaja tamat baca.

1) Awek Chuck Taylor

Saya harus akui, jalan cerita buku ini amat menarik. Watak Hafiz ni bagi aku agak bengong sedikit. Dan apa yang aku dapat tahu, kisah ini merupakan kisah benar yang berlaku. Watak Miera dan Nana sememangnya wujud dan mungkin juga cinta 3 segi yang pernah berlaku antara mereka. Untuk pengetahuan anda, Miera dan Nana telahpun meninggal dunia.( Al- fatihah ). Jika anda gemar membaca buku cerita cinta yang gaya bahasanya bukan berbunga-bunga, saya sarankan buku ini adalah yang terbaik.





2) LELAKI EKSISTENSIAL

Apa yang bermain diminda saya apabila membaca tajuk buku ini ialah , kehadiran lelaki yang membawa sial pada wanita. haha.. Mungkin juga benar sebabnya, watak dalam novel ini yang tidak dinyatakan namanya di sini ( penat aku pikir nama dia apa ) ialah seorang kasanova. tahap kasanovanya adalah agak bahaya kepada wanita. Perwatakan pada watak itu aku dapat bayangkan betapa cairnya hati wanita yang digodanya. heheh. Tapi kadangkala cerita yang sedang disampaikan dicampur aduk dengan beberapa fakta dan kadangkala ia agak membosankan sedikit.





3) MENUJU NAFAS TERAKHIR

Tajuk buku ini dah membuatkan aku rasa nak membacanya. Buku ini mengisahkan perjalanan hidup seorang anak muda dari d arjah 1 hingga tamat SPM. Tiada apa yang manraik melainkan cinta monyetnya dan keadaan kelas sekolah rendah dan menengah.



Ok, setakat ni, tu je buku aku yang baru habiskan. Dah beli buku baru. Will update bile dah habis baca. :)