Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

08 November 2013

LOST AND FOUND

Tulisan kali ini yang ingin aku kongsikan adalah mengenai handphone / mobile phone kita.
Kalau anda pernah kehilangan telefon anda, di sini saya ingin kongsikan beberapa tips supaya anda boleh mencari semula telefon anda.

Baru- baru ini saya kehilangan handphone kesayangan saya iaitu, Samsung Note 2. Ya, biasanya bila dah hilang kita akan rasa panik sedih dan lain-lain kan?

Pentingnya di sini adalah untuk anda daftarkan handphone anda di sini http://findmymobile.samsung.com/login.do

Daftarkan telefon anda melalui lama web tu dan juga masukkan email di dalam samsung account di telefon anda. Pihak Samsung akan detect telefon jenis apa yang anda gunakan..

Sila buat step ini selepas sahaja anda membeli handphone, ok!

Sekiranya handphone anda hilang! JANGAN PANIK! Dan kalau boleh, jangan call dahulu. Kerana ia akan menyebabkan si pencuri menutup handphone berkenaan.

Apa yang anda perlu buat ialah,

1. Pinjan handphone rakan anda.
2. Masuk ke Samsung Account anda


3. Tekan butang " RING MY PHONE"

Telefon anda akan berbunyi pada volume yang paling kuat walaupun ia dalam mode silent.

LANGKAH 2

Kalau tak dapat juga, anda perlu tekan LOCK MY PHONE. Sekiranya si pencuri mengambil telefon anda dan sambung pada internet, anda boleh lock telefon itu dari jauh dan dia tidak akan dapat menggunakannya.

LANGKAH 3

Sekiranya tak dapt juga, jangan putus asa. Pastikan anda masuk ke website ini dan jangan berhenti untuk track di mana handphone anda.


Apa yang bagusnya, sekiranya si pencuri menukar sim kad, Samsung akan memberitahu anda no sim kad yang dimasukkan ke dalam handphone itu. Dan, di sini anda bolehlah mencari maklumat si pencuri.

Bukan semua bernasib baik kerana mendapat kembali handphone yang dah hilang. Dan saya bersyukur kerana saya orang yang bernasib baik itu.

Yeay!! Wecome back, my SN2!