Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

28 November 2013

TRAVELOG: PULAU PERHENTIAN KECIL, TERENGGANU

Kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya bercuti bersama 3 lagi rakan saya di Pulau Perhentian Kecil, Terengganu.

Disebabkan harga minyak yang kian tinggi sekarang ini, kami berempat mengambil keputusan untuk ke sana dengan menaiki kapal terbang dan kebetulan juga , Air Asia sedang membuat promosi waktu itu. Harga return tiket tidak mahal dan cuma berharga RM 72 seorang. Saya sarankan anda tidak perlu mengambil ekstra bagasi kerana guna saja bag "knapsack" yang boleh di bawa naik ke pesawat. Lebih baik jika anda menempah tiket flight pada awal pagi supaya banyak masa yang dapat anda luangkan di sana nanti.

Dari LLCT --> Kota Bharu, Kelantan mengambil masa lebih kurang 50 minit / sejam sahaja dan kami mengambil flight pada jam 0700 pagi.. Dari airport KB ---> Jeti Kuala Besut, kami menaiki teksi yang sewanya RM 78.00 / kereta. Kalau naik 4 orang, lebih kurang RM20 lah untuk sekepala.



Saya dan bestfriend dalam penerbangan ke Kota Bharu.



Sekiranya anda tidak mengambil sarapan pagi, jangan risau! Di jeti Kuala Besut ada beberapa gerai makan yang memang sedap!


Laksam! 

Perjalanan dari Jeti ke Pulau Perhentian mengambil masa lebih kurang 45 minit menaiki bot laju. kalau takut, pastikan anda duduk di bahagian belakang ok!


D' LAGOON

D' Lagoon adalah antara resort yang memang digemari oleh pelancong luar. Jadi, tak hairanlah kalau nampak mat-saleh atau minah-saleh bersidai di tepi pantai. D Lagoon mempunyai pantai  persendirian dan jika inginkan privasi, atau inginkan aktiviti-aktiviti, inilah tempatnya kerana tiada aktiviti disediakan di tempat lain.

TIPS:
1. Bilik di sini adalah basic sahaja. Kalau pergi seramai 4 orang, minta bilik yang khas untuk 4 org dan ada bilik mandi.
2. Tiada plug point di dalam bilik. Tapi, jangan risau. Plug disediakan di tempat makan
3. Anda tak perlu risau tentang makanan di sini kerana masakan dan makanan yang disediakan sememangnya.....SUPERB!


Di restoran D'Lagoon


HARI PERTAMA

Kami sampai di sini lebih kurang jam 1200 tghari dan disambut dengan segelas "welcome drink"  oleh pemilik resort ini.


Seronoknya Nisa naik buai~
Penyu yang diselamatkan dan menunggu masa untuk dilepaskan


Pemandangan di sekitar D' Lagoon



Banana Boat

Dah kenyang makan tghari, kami pun berbincang untuk membuat 1 aktiviti. Yyeah!! Banana Boat..


Bergambar sebelum jatuh!


Ha..dah jatuh dah..


Lepas je habis sesi banana boat, kami mintak pada pemandu bot untuk tinggalkan kami di pantai ni untuk mandi manda. Kenapa kami mandi kat sini? Sebabnya, di pantai D Lagoon tidak berpasir dasarnya dan dipenuhi dengan coral sahaja jadi, kalau nak mandi dan berenang, perlu ke pantai yang lain.

** JANGAN LUPA SEDIAKAN KAMERA YANG KALIS AIR!

Yeay..jom berenang

Peace yo

Cover Album

HARI KE-2

Snorkeling Trip

Trip snorkeling sememangnya aktiviti yang dinantikan. Pagi-pagi lagi kami dah berkumpul dan tidak sabar menanti beachboy yang bertugas menjaga kami. Apa yang untungnya, kami juga diberi peluang untuk merasmikan ketibaan bot baru!

Syamira nama botnya. Kami yang rasmikan!
Jika membuat aktiviti snorkeling diwaktu pagi, untung-untung dapt melihat penyu! Aktiviti snorkeling akan diadakan selama 2 kali. Jadi, terpulang pada anda untuk merancang trip anda.

TIPS:
1) Jika anda memakai cermin mata, pastikan anda minta pada "abg bot" untuk memberikan anda mask yang mempunyai power atau paling senang, anda beli sahaja.
2) Pastikan anda memakai jaket keselamatan dengan betul!
3) Pastikan anda membawa kamera anda bersama!



Clear water..Happy snorkeling!

Antara hidupan laut yang dirakam

Berenang bersama ikan..

LOVE is in the water~

Banyaknya ikan dekat Shiela


Selesai 2 trip snorkeling yang kami pulun buat 1 hari tu, kami sempat melawat kawasan-kawasan berdekatan resort.

Pantai di belakang resort ini, mengambil masa lebih kurang 10 minit berjalan kaki menyusuri hutan kecil dan saya lupa namanya. Namun sememangnya cantik untuk bergambar. Disebabkan kami pergi pada jam 5-6 ptang, maka kami terpaksa pulang lebih awal kerana takut-takut sesat pula.

Ira posing maut~eheh

Pemandangan yang cantik


HARI KETIGA

Discovery Scuba Diving ( DSD)

Hari ini merupakan hari paling gembira untuk kami. Buat pertama kalinya kami akan mencuba untuk Discovery Scuba Diving. Kami diajar bagaimana mengendalikan alat semasa kecemasan dan bagaimana mengawal barangan dive.

Tempat diving hanyalah berdekatan dengan D" Lagoon sahaja. Tapi, kedalaman mencecah 12 meter

TPIS:
1) Pastikan anda mendengar dengan betul segala arahan yang diberikan.
2) JANGAN PANIK!


Selesai mendengar taklimat

Biru


Sebelum turun

Nisa


Finding NEMO. Did u see one?

Kedalaman 12 meter, 45 minit  ini merupakan satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Dan inilah yang menyebabkan saya dan rakan-rakan yang lain ingin ke sini lagi untuk mendapatkan lesen scuba.

ATV Ride

Seperti yang saya katakan, HANYA di D Lagoon sahaja yang mempunyai aktiviti-aktiviti riadah seperti ini .Dah penat " ber-scuba" kami mencuba aktiviti ATV Ride ini.Kalau di KL, harga untuk 20 /30 minit mencecah ke RM 60-70, tapi di sini, 20 minit ATV ride hanya untuk RM 20 sahaja.

Jadi, jom cuba!



Kami ada lesen motorlah!

Ira dengan ATV nya

Biasalah..yang hebat kalah dulu..

Shiela

WE RIDE with PRIDE~

Flying Fox

Masih ada masa lagi selepas ATV Ride. Apa lagi, kita cuba flying fox pulalah!

Hafiz membantu ira

N.I.S.A

E.I.R.A

S.H.E.I.L.A ( Abaikan mat saleh kat bawah tu)

HARI KE-EMPAT

Hari ni, ialah hari terakhir kami. Jadi, peluang bergambar untuk kali terakhir tak kan sekali dilepaskan.

Terima kasih diucapkan kepada pemilik D' Lagoon dan keluarga kerana melayan kerenah kami dengan begitu baik sekali dan mesra!

Gambar dengan batu

Abg Roy, Aku, Eira, Sheila & Pakcik!

Ha, jika berminat nak bercuti di sini, masa yang terbaik adalah sekitar bulan Mei - Oktober. Jadi, apalagi..Rancang cuti anda dan,.....GO!