Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

15 January 2014

[ FOOD ] : ASAM PEDAS BUAH KELUAK


Mesti ramai antara korang semua tak tahu apa itu " buah keluak" kan? Buah Keluak ni sejenis buah dalam bahasa melayu nya Buah Kepayang. Buah ni asalnya dari Indonesia dan antara buah paling beracun yang boleh meragut nyawa. Jadi, penyediaan atau proses-proses untuk meastikan racunnya hilang agak rumit sedikit.

Buah ini harus di rebus dan kemudian di tanam di dalam abu dibaluti dengan daun pisang dan kemudian di tanam dalam tanah. Ha, rumitkan?

Buah Keluak ni agak popular di kalangan orang baba / peranakan dan juga Indonesia. Tapi, kebiasaan masakan yang dimasak menggunakan buah ini di panggil " Rawon" atau " Rawan"


Buah Keluak yang dijual di pasar

Antara masakan popular ialah " Ayam Rawan" . Anda mungkin boleh google jika berminat untuk emndapatkan resipi. Tapi, bagi tradisi keluarga saya yang sememangnya orang Melaka, kami akan masak buah keluak ini dalam asam pedas. Dan, memang hasilnya ..perghhhhhhh..



Asam pedas buah keluak + ikan terubuk..
+

Asam Pedas Buah Keluak ni sesuai jika kita masukkan ikan terubuk.  Kat mana nak beli Buah Keluak? Saya akui memang agak susah nak cari buah keluak ni memandangkan bukan semua orang tahu cara memakannya. Tapi, kalau anda ke pasar sekitar Chow Kit, anda boleh dapati buah ni dengan banyak di sana dan harga juga agak murah. Tips membeli, anda perlu ketuk atau goncang buah ini. Dan pastikan bunyinya tidak kosong. Kalau dapat yang muda, agak sedikit pahit isinya. 

Jom makan!!

Kuah asam pedas akan kelihatan sedikit pekat dan hitam kerana isi buah keluak ini bewarna hitam. Jangan lupa untuk ketuk sedikit kulit buah keluak ini untuk memudahkan anda kopek isinya nanti.

Ok, cakap pasal makanan, saya terus jadi lapar. Bye~