Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

03 January 2014

ROMAN BERAHI

Satu lagi buku yang baru aku habiskan bertajuk ROMAN BERAHI.




Untuk sinopsis, sila baca di bawah.




Bagi aku, penulis ni agak berani dalam mengenengahkan satu penceritaan tentang seks songsang. Satu benda yang aku pelajari juga. Kalau kita menulis tentang gay, tak bermaksud kita juga gay, kan? Aku lihat blog kepunyaan penulis. memang gaya penceritaannya bagus. 

Aku rasa ini antara apa yang terjadi di kalangan masyarakat dan juga remaja iaitu, "ingin mencuba". Tapi aku tak menggalakkan remaja2 sekarang ni mencuba kerana kadang-kadang percubaan itu bagus, tapi adakala mencuba itu juga boleh memudaratkan. 

Buku ini menguisahkan seorang lelaki bernama Adli yang mempunyai seorang sepupu yang nafsunya songsang. Adli menanamkan niat ingin mencuba "sesuatu" untuk merasai kenikmatan yang mungkin lebih enak dari yang biasa. AKu lihat konflik dalam diri Adli di mana dia mempunyai seorang teman wanita bernama Ariana dan sangat setia dan mencintai Ariana sepenuh hati. Tapi pada masa yang sama mencari seorang lelaki untuk merasai sesuatu itu.

Walaubagaimanapun, pengakhiran cerita ini agak bagus dan mungkin membuatkan anda tertanya-tanya pada ayat terakhir buku ini.

Aku boleh bagi 3/5 bintang!

Tahniah kepada penulis AJ Abdullah kerana ini merupakan "anak sulung" beliau.