Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

10 May 2009

KESEMPURNAAN....?

i think most of u guys penah bace bende ni..for those yang x pernah, just nak share..

"Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
Andai diri tak sehebat Sulaiman..
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof,
Jika kasih tak setulus Zulaikha..
Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim,
Andai diri tak sekuat Siti Hajar..
Dan mengapa di dambakan teman hidup bak Siti Khadijah,
Kalau diri tak sesempurna Rasulullah (s.a.w)..

Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu,
Sebagai keunikan,
Carilah kebaikan pada dirinya,
Dan bersyukurlah kerana di pertemukan dengannya.."


Ya..kadang-kadang kite sering terlupe.Kite sibuk mencari kesempurnaan dalam seseorang tanpa memikirkan bahawa adakah kita sempurna? dan adakah kite layak mendapat kesempurnaan itu?

Kadang-kadang kita sering memandang kebelakang..menilai seseorang dari masa lampaunya..Sesungguhnya kita terlupa bahawa setiap manusia mempunyai sejarah atau masa hitam mereka sendiri.Yang mungkin berlaku bukan atas kemahuan diri mereka..Dan pada waktu itu kita harus sedar bahawa kita harus menerima mereka yang ada pada hari ini dan mencipta masa depan bersama tanpa memandang kebelakang..

Kita harus belajar menerima seseorang seadanya..tidak kira kawan ataupun pasangan..Jangan sekali kita meninggalkan mereka kerana kelemahan/kekurangan yang ada pada mereka kerana kita juga bukan sempurna dan mereka sanggup menerima ketidaksempurnaan kita..Mungkin pada waktu itu kite sudah terlupe bahawa setiap manusia yang muncul dalam perjalanan hidup kita akan mengajar kita sesuatu tentang kehidupan..

Kadang-kadang kita terlupa untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyayangi kita walaupun mereka tidak mengharapkan apa-apa..Mungkin pada waktu itu kita hampir terlupe bahawa mungkin mereka tidak akan ada pada esoknya....


**udeshah is trying to be OK..