Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

03 November 2009

Setahun Kemudian

Salam..

Hari ini, genaplah setahun saya bekerja dan bernaung di bawah bumbung syarikat yang ada gambar Si Polan itu..Les' Copaque Production.


Tak sangka..begitu cepat masa berlalu..dan dalam masa setahun, sudah banyak yang saya pelajari dan sudah banyak peluang yang diberikan kepada saya..

Masih segar dalam ingatan saya bagaimana saya mendapat peluang untuk ditemuduga..Terima kasih pada insan itu kerana memberi peluang kepada saya..


Minggu pertama saya bekerja,saya cuba sedaya upaya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling..Kerana, seumur hidup saya, saya tidak pernah berada di tempat yang majornya adalah kaum Adam..ini agak sedikit terkejut buat saya pada masa itu..Tugasan saya yang pertama adalah saya dikehendaki menelefon beberapa orang yang ingin masuk ke kelas training kami..Ohh..sungguh saya benci masa itu..Kerana saya sangat la gugup untuk bercakap dalam telefon dengan org yang tidak dikenali..

Sudah beberapa minggu dan bulan bekerja, akhirnya saya dapat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan sekerja..Mujur ada Kak Ijan..Kak Ijan yang banyak membantu saya mengenali staff2 yang lain..Oh ya, mari saya perkenalkan Kak ijan




Ini dia Kak Ijan..Bagi saya, Kak Ijan dah saya anggap seperti kakak saya.Saya boleh bercerita apa saja dan berkongsi apa saja bersama Kak Ijan..Kak Ijan seorang pendengar yang baik bagi saya..Pada mulanya memang saya agak takut dengan Kak Ijan..Tapi, sekarang alhamdulillah saya sudah sedikit pandai membaca mood nya..Mungkin saya tidak pernah beritahu pada Kak Ijan betapa saya amat berterima kasih padanya atas semua nasihat, sokongan dan semangat yang dia pernah berikan..Saya juga tak pernah beritahu yang betapa dirinya sangat berharga buat saya..

Masuk bulan ke-3 saya bekerja, masa tu kami sedang sibuk dengan persiapan untuk keluarnya Filem sulung kami, Geng Pengembaraan Bermula..Hanya Tuhan saja yang tahu betapa sibuk dan stress nya masa itu...Dan dari situ laa saya dapat tahu apa minat saya..Saya sukakan kerja2 luar a.k.a pergi event laa~

Bila sibuk dengan event, saya agak rapat juga dengan insan bernama Mumu..Oh, tapi saya panggil dia Abg Mumu..eheh..Meh tempek sket gamba dia..



Ya, ini dia encik Zarin yang lebih dikenali dengan nama MUMU atau Mediahorizon..huhu..Sama seperti Kak Ijan..Mumu saya anggap seperti Abang..Saya juga boleh berkongsi cerita dan masalh dengannya..Banyak juga yang dia tahu mengenai saya..Dan apa yang saya kenal dengan dia, dia seorang yang suka membaca Horoskop..Heheh..kan Abg Mumu?Bagi saya Mumu saya anggap seperti pelengkap dalam sesebuah event yang kami pergi..Kalau Mumu takde, memang ada rasa kekurangan di situ...

Dalam masa setahun ini, berbagai-bagai benda yang berlaku..Ada yang datang bertandang, ada yang singgah sebentar dan ada yang pergi meninggalkan..

Semua ini akan saya sematkan dalam kenangan saya..dan insya Allah, tak akan saya lupakan..terutama mereka yang sudah terpahat di hati saya..

Terima kasih kepada mereka yang banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya dan menghargai kehadiran saya di sini..

Sesungguhnya, kamu semua melengkapkan perjalanan hidup saya!=)

Ingin saya berkongsi sesuatu bersama anda..

"sahabat bukan untuk sementara, tetapi selamanya..bukan untuk dimusuhi, tetapi untuk disayangi..bukan hanya di sini, tetapi di mana2..bukan setakat ini, tetapi hingga hujung nyawa!"

p/s: Belajarlah menghargai orang sekeliling kamu supaya kamu dapat merasai rasa dihargai..

3 comments:

Anonymous said...

Tq nurul kerana sudi masukkan nama K.Ijan dan gambar dalam blog nurul yang best giler.Terima kasih diatas hubungan yang terjalin ini.Semoga ianya berkekalan sampai bila2.

Mohd Zarin said...

Saya dah cek. Semua tatabahasa dah betul. Tiada salah pengunaan koma atau sebagainya. Hehe, okla next time kalau ada masa nak tulis pasal 3 tahun kemudian pulak.. huhu

Anonymous said...

sahabat utk dihargai dan dijaga,cam sayap utk terbang.kalau xde satu cmne nk terbang.mmm btol ke?