Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

02 December 2009

Mengapa Anda Menulis Blog??

Salam..
Kali ni, kalau boleh saya nak kongsi kenapa seseorang itu menulis blog..
Kalau dulu, ade sesetengah orang akan menulis catatan harian dalam diary kan?
Tapi, zaman dah berubah, dunia dah maju..hihi
Kalau dulu, saya memang suka tulis diary..
Saya akan tulis apa saja yang saya pikirkan, apa yang saya rasa dan apa saja yang saya buat setiap hari.Kemudian, saya berhenti menulis atas sebab diary saya dibaca oleh orang lain..eheh..
Kenapa saya menulis blog??
Salah satu sebab nyer adalah kerana, saya suka berkongsi cerita saya dengan orang lain.Saya suka berkongsi apa yang saya rasa dengan orang lain..Mungkin dalam diary saya akan tulis bende yang sangat peribadi, dan saya xsuka orang membaca nya..Tapi, dlam blog, saya sudah pandai menapis apa yang hendak saya tulis..=)
Saya suka berkongsi apa perasaan saya..

Kerana, ada certain perkara, ia lebih senang dengan menulis..bukan dengan meluahkan kata2..Ingin saya berkongsi pandangan saya mengenai rakan-rakan saya yang menulis blog..Blog yang saya sedang suka baca buat masa ini adalah blog Fikri..

Oh..Sekejap..Saya kenalkan Fikri..

Fikri bekerja di syarikat yang sama dengan saya..Cuma bumbung saja yang berlainan.heh..Sekali pandang pada Fikri, dia nampak innocent.Tetapi, biler sudah kenal dengan dia..Pecah perut di buatnya..Saya suka berborak dengan dia, kerana dia tidak segan silu berkongsi cerita silam nya bersama saya..

Berbalik pada blog Fikri,saya dapati dia suka menulis tentang sesuatu yang berfakta.Dan kadang2 tulisannya akan membuatkan kita berfikir.Saya suka dengan cara beliau mengolah ayat, kerana ia menampakkan yang dia seorang yang suka membaca.Beliau juga bebas memberi idea tentang pemerintahan zaman sekarang dan juga aktif dengan selok-belok politik. Kebelakangan ini beliau suka menulis mengenai perasaan..dan, baru saya tahu yang beliau adalah seorang yang pandai menghargai..bagi saya, lelaki yang suka menulis tentang perasaannya adalah seorang lelaki yang berani..dan dari setiap ayat yang di tulis saya tahu juga yang dia sangat teliti..

Blog yang ke-2 sudah tentulah blog Encik Zarin..

Nama encik zarin sudah tidak asing lagi dalam tulisan saya.Jadi, tidak perlu lah saya perkenalkan beliau..

Zarin merupakan antara blogger yang di kenali ramai terutama pada peminat Upin & Ipin..


Ini kerana, dia suka menulis mengenai aktiviti-aktiviti yang warga Les' Copaque jalankan. Dia suka berkongsi tentang kemeriahan dan keseronokan sesuatu event dan juga bersama rakan-rakan. Apa yang membuat saya suka ingin baca blog Zarin adalah kerana dia juga suka berkongsi pengalaman menjaga kucing!Tak sangka begitu penyayang orang nya~eheh..Saya juga suka membaca blognya kerana dia suka bercerita tentang kehidupan sehariannya yang akan membuat saya lebih mengenali beliau dan rasa dekat sebagai seorang kawan..hanya melalui cerita-cerita nya..


Blog yang lain yang gemar saya lawati juga adalah blog Idaman & Yuki..Tak perlulah saya berceloteh tentang blog mereka panjang2..Cuma saya memang suka denga gaya tulissan mereka..Mereka mampu buat saya tersenyum!

Oh..Lagi satu ingin saya kongsi bersama anda tentang saya..

Selain suka menulis, saya suke mengumpul barang-barang yang diberi oleh kawan-kawan saya..atau barang2 yang membawa makna kepada saya..Kira, saya suke kumpul kenangan..

Ini dia buku yang akan saya lekat kan apa saja kenangan saya..seperti tiket konsert, resit bayaran pembelian hadiah,poster,kad kahwin atau apa saja.. Kalau nak tahu, saya simpan buku ini dari saya Tingkatan 2 lagi..tahun 1999..Dan, bila saya buka balik, terdapat 1 kad kawen cikgu saya..En Saleh!hihi..

Saya juga akan mengumpul semua tiket wayang yang saya pegi tengok.Saya akan tulis di situ saya pegi menonton dengan siapa, di mana dan bila tarikh nya..

Mungkin ada antara anda akan terfikir yang saya ini jenis yang suka pandang ke belakang dan kenang apa yang telah lepas..Bukan begitu..Cuma bagi saya setiap apa yang saya lakukan bersama seseorang seperti menonton wayang atau pergi jalan2, saya ada perasaan taku yang itu mungkin kali terakhir saya dapat meluangkan masa bersama dia..Jadi, saya akan rasa lebih baik jika saya simpan semua itu sebagai kenangan saya bersama dia..

Ok lah..babai!

p/s: Hargai lah saat2 anda bersama orang yang anda sayang...

6 comments:

fuad mddin said...

Aku suka concept ko mengumpul tiket wayang itu, Agak cool.

Mohd Zarin said...

setuju

fuad mddin said...

aku pun nak tiru la.

Unknown said...

nampak innocent ek aku? mmg innocent pun. ko yg mencemarkan aku. huh!

Unknown said...

haha..fuad, ye..memang cool pon..sebab, bila kau bukak balik buku tuh, ko akan teringat tentang cerita tu..ko akan teringat ko makan ape masa kluar tuh..dan perasaan mengingat sesuatu kejadian di kala org lain terlupe adalah satu perasaan yg best!ehehe..

Unknown said...

fikri..memang innocent pon kamu!!eleh..aku lak yg cemarkan~