Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

12 October 2010

Kalau Tiba-Tiba..


Pertama sekali saya nk ucapkan salam takziah buat keluarga mangsa nahas di Lebuhraya Utara- Selatan di KM 223.

Ada saya lihat gambar dan video selepas kemalangan.Sungguh menyayat hati..

Tapi, semuanya sudah tertulis..

Dari Allah kita datang, Kepada Allah kita kembali...

Al Fatihah buat mangsa yang beragama Islam.


Semua itu buat saya terfikir..


Kita semua tak tahu bila kita akan kembali padaNya.
Dan bagaimana cara mati kita.
Ajal dan maut hanya di tangan Allah..

Saya terfikir..
Kalau tiba-tiba saya mati,
Dah cukup ke amalan saya masa tu..?
Siapa akan bantu mandikan saya?
Siapa akan jadi jemaah untuk sembahyangkan saya?
Siapa nak tolong hiburkan hati Ibu, dan keluarga..?

Kalau tiba-tiba saya mati,
Adakah dia akan mula rindukan saya semula..?
Dia akan rasa menyesal ke tak?
Adakah dia akan datang melawat pusara saya nanti? Sedekah kan Fatihah, beri saya bunga, bacakan Yasin, dan bercakap dengan saya seperti dulu..


Kalau Tiba-tiba saya mati,
Ramai ke akan sedekahkan Al-Fatihah untuk saya..?
Siapa rakan saya yang akan sentiasa ingat saya dalam setiap doanya?


Ya Allah,
Hanya kau saja yang tahu tentang ajal dan maut aku.
Aku mohon padamu..
Agar dapat kau pelihara aibku sewaktu malaikatmu datang menjemput aku..
Entah bila aku sediri tidak tahu..


Pesan saya, menangisi yang pergi dijemput Ilahi tidak berguna.Sedekahkan Fatihah untuk kesejahteraan dia di sana. Jika mereka yang ada disekeliling anda masih anda sayangi, tolonglah..saya merayu..tolonglah hargai setiap masa yang ada..maafkan salah dan silap mereka dan bermulalah dengan helaian persahabatan/percintaan yang baru..

Katakan rindu jika rindu..
Jangan bilang tidak tahu..
Katakan sayang jika benar masih sayang
Jangan ego jadi penghalang..
Bila esok mungkin telah tiada..
Kesal itu sudah tidak berguna..



Saya sentiasa sayang kamu..