Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

21 July 2010

Dua Puluh Satu Tujuh


Tiada bunyi.Sunyi.Sepi.
Aku cuba tidak mahu menganggu
Tapi masih berharap dia ingin mengambil tahu.
Jika aku mati hari ini,dia tidak akan mengetahui.
Jika aku mati hari ini, aku tahu dia tidak akan ambil peduli.
Jika aku mati hari ini,adakah dia akan menyesali?

Hey kamu!
Ya, kamu.Dengan siapa lagi ingin saya bicara begini jika bukan kamu?
Jahatkah aku?Hinakah aku?
Sampai begini caranya aku dihargai.
Tak mengapa.Aku sedarkan diri.

Lihat pada aku.
Dengarkan suara aku.
Rasai kehadiran aku.
Sambutkan tangan aku.
Aku ingin membantu!
Hanya itu.

Aku punya bahu.
Aku punya telinga.
Aku punya dakapan.
Jika di satu masa kamu mungkin terbuang.
Di tolak ke kiri ke kanan
Aku ada!
Aku cari kamu di celah mana.
Kerana
Kamu ada dalam aku.
Selalu..


Dari Hati,