Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

26 July 2010

Kisah Tragis 2 Sahabat

Salam..

Kalian mesti pernah dengar akan kisah Hang Tuah dan Hang Jebat bukan?
Tuah dikatakan kebanggaan negeri Melaka.
Dan pepatahnya, sehingga kini menjadi pegangan kita..
"Tak akan Melayu hilang di dunia"

Di saat ramai yang mengagumi Hang Tuah,
Aku hanya melihat pada Si Jebat yang dikatakan derhaka.
Ya, dia derhaka kepada sultan.
Tapi mengapa?
Kerana disangkakan Tuah sudah mati.
Begitu tinggi semangat setiakawan si Jebat.

Jebat dibunuh oleh si Sahabat.
Ditikam.Penuh bangga.Hingga menjadi sebutan ramai.

Fuhh..Tragis sungguh cerita ini.
Tapi,nasib baik si Tuah tikam dengan keris yang betul.
Nampak luka berdarah.Tiada kesakitan berpanjangan pada si Jebat.
Mati.Kaku.

Kan bagus jika begitu.
Daripada ditikam dengan keris "invisible" zaman sekarang.
Walau luka tak nampak berdarah, tapi cukup sakit menderita di dalam.
Kan?


-diam-

Berfikir sejenak.

-kaku-

Baru aku faham.Darah Si Jebat mengalir dalam tubuh aku.



Dari hati,