Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

29 July 2010

"Taman" Seoul di OU

Salam..

Lama benar rasanya saya tidak menulis tentang aktiviti "berjimba²" saya bersama kawan pejabat.
Hurm..Bila mengarang cerita gembira, saya tiada ayat hendak dikarang.
Kenapa ya?

Pelik.

Ok.Abaikan.

Pada 17 june, kami berempat telah pergi ke Seoul Garden di OU..First time pergi makan kat situ.
Mula-mula takut jugak.Takut tekak ni tak boleh terima makanan jenis Korea2 ni.
Mana lah tahu..kan..

Sekali, bile dah makan..
Tak hingat dunia!!




Antara makanan mentah yang dihidang untuk kami mentelaah. haha..
Semua tuh fav. saya tuh.huhu

Kalau la dilihat oleh orang Melayu zaman dahulu cara makan kita sekarang nih, pasti menangis tidak berlagu mereka.Manakan tidak. Haiwan dari laut bercampur dengan haiwan darat di dalam satu tempat masak dan juga di dalam satu pinggan!Pelahap sungguh..

Mari saya perkenalkan satu persatu apa yang ada di dalam kuali (atau apa saja namanya tu).

Ditengah2 yang ibarat pulau itu, ada kuah sup tomyam.Yang sudah penuh diisi dengan segala macam sayur, bebola api, makanan laut dan segala jenis haiwan yg halal dimakan dan sewaktu dengannya.

Ditepi2nya pula, ada berbagai haiwan dari berbagai jenis kandang.Haha. Ada kambing, lembu, ayam, udang dll. Fuhh..Ok, saya zoom in sket pada daging yang paling sedap..


Ha..ini dia.Kegilaan saya. Kaf-mim-ba-ya-nga. Atau dalam ruminya, KAMBING.

Aduh, bikin naik selera saja tengok daging kambing nih.

Percaya lah, kambingnya tidak terasa seperti kambing sangat.Tiada bau.

Saya lebih suka pada yg berbau kambing.Barulah tidak kompius makan daging apa.


Antara para gerau diraja pada malam itu.Haha


Selesai makan yang berat-berat, dengan perut yang berat tapi masih boleh diisi, kami menerkam pula ke pencuci mulut.Apa lagi??ICE CREAM laaa~

Sungguh saya kangen sama dia ni. Inilah Cima Comei. Rakan pejabat yang selalu buat saya ketawa. Sekarang, beliau dah berpindah ke Ipoh.Apa agaknya khabar dia sekarang ya..?



Bak kata pepatah melayu,

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut, suka hati.

Tengok muka masing² yang dah kekenyangan..heh.

Alhamdulillah..


Aik?Boleh teka?Mana satu Cima, mana satu Nisa??



Sebelum jari ini berhenti, nak berpantun sedikit lah..


"Gendang gendut lagu dangdut,

Cuba tengok perut..

ARgghhhhh sudah makin GENDUT!"

cehh~


Dari hati

2 comments:

ibu amirul said...

hmmmm. sedap tu..... nak nak yang tang kambing tu...

nurul said...

hihi..memang sedap sgt!walaupun agak mahal bayaran die, tapi, berbaloi..boleh duduk lama² dan makan lagi..dan makan lagi..dan makan lagi..hehehe