Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

08 July 2010

Hidup bagai Roda


Mulanya, sukar untuk aku tempuh..

Tapi, terpaksa aku kuatkan sejak ketiadaan kamu..

Bersendiri aku tanggungkan segala duka ku

Hanya kerana kepayahan untuk aku memadam kerinduan dan kenangan..


Selama ini, aku yakinkan diri ..

Bahawa kamu sedang menyulam bahagia bersama insan yang kamu sanjungi itu..

Tapi, jangkaan dan sangkaan aku ternyata salah..

Mendengar khabar kamu yang pilu..


Mungkin kini kamu menyesali dengan segala perbuatan diri..

Dan cuba kamu ubati luka kamu sendiri..

Segala pengorbanan mu menjadi debu

Dipersendakan oleh kekasih mu..


Pasti sudah kamu rasai

Keperitan dan kesakitan yang pernah aku tanggungi..

Walau tidak pernah aku meminta atau berdoa,

Agar kau di balas begitu..


Telah aku harungi semuanya

Namun, ingin aku berkongsi dengan kamu..

Bahawa kepahitan rasa itu bukanlah untuk selamanya

Kesabaran telah menguatkan jiwa ku..

Untuk aku bernafas dan menyambung hidup

Ke akhir waktu..


Ingatlah..
Tuhan itu wujud..
Tuhan itu adil..

Jika hari ini hari kamu..
Besok masih belum pasti..

Jika apa yang kamu lakukan pada insan lain,
Satu hari pasti akan terjadi pada diri mu sendiri..
Itulah hukum alam..

Tidak pernah sekali niat di hati mendoakan kejatuhan atau pembalasan untuk kamu..
Niat cuma untuk memperingati..
Agar berhati2 dengan doa si teraniaya..

Semoga segala usaha dan langkah kita
Akan sentiasa mendapat keberkatanNya..
Semoga setiap peristiwa menjadi guru kepada kita..
Seperti kata kamu..
Pengalaman adalah guru terbaik..

Terima kasih kerana memberi saya satu pengalaman..
Walau sakit, hanya terima kasih yang terucap..



Dari hati,