Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

10 July 2010

Sekadar Ingin Berkongsi...

Assalamualaikum..

Entah kenapa saya semakin takut dengan dunia sekarang ini.Berbagai cubaan hidup yang datang menyinggah..Namun, cubaan dan dugaan datangnya dari yang maha Esa. " Jangan berkata kamu seorang beriman jika kamu belum pernah diuji"

Dan ingatlah..ada pepatah mengatakan..

"What doesnt kill you, makes you stronger"

Apa yang saya takutkan?

Ya, umur sudah menjangkau 25 tahun.Mungkin bukan hanya saya, tapi ramai lagi rakan² yang masih lagi mencari² gerangan si jejaka untuk mengisi ruang hati yang sunyi sepi..kan??
Namun, dalam proses mencari si kaum adam, jangan sekali kita sendiri terjerat..

Sama ada dengan cinta tiga segi atau pon cinta dengan..si SUAMI ORANG!




Uish..parah tuh..parah..Takut benar jika perkara ini terjadi pada diri sendiri ataupon sahabat² tercinta..mintak simpang..

Bak kata pesanan khidmat masyarakat, "Mencegah itu lebih baik dari merawat!"
Ingin saya tempekkan di sini, buat tatapan pembaca beberapa artikel yang berkaitan isu

"BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG"


KES 1 - Di ambil dari blog mana, saya dah lupe..heheh

"SAYA adalah salah seorang daripada peminat ruangan luahan rasa Mingguan Malaysia. Di sini saya juga terpanggil untuk menyuarakan masalah saya. Saya seorang gadis remaja dan masih tidak mempunyai teman istimewa seperti remaja - remaja lain. Setelah lebih dua tahun bekerja saya mula berkenalan dengan seorang lelaki tetapi statusnya adalah suami orang. Hubungan kami pada awalnya hanya kawan biasa tetapi dia meluahkan hasratnya menyukai saya. Pada mulanya saya tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadapnya tetapi setelah sekian lama berkawan hubungan kami menjadi semakin akrab. Sekarang sangat sukar bagi saya untuk melupakan dia. Kadang-kadang kata-kata manisnya mampu membuat hati saya mempercayainya. Masalah saya sekarang adakah dia benar-benar jujur mencintai saya Putri? Saya bingung kerana dia sudah mempunyai keluarga dan anak. Adakah saya harus memutuskan hubungan dengannya? Tolong Putri, Saya sangat - sangat perlukan teman untuk meluahkan masalah saya ini.

* Taurus, Terengganu.


JAWAPAN DARI CIK PENASIHAT:

Taurus,

Cinta lahir tanpa kita duga apabila hati mula terpikat dengan seseorang yang prihatin, bertanggungjawab, sikap ambil berat di samping kekerapan bertemu dan saling mencurahkan rasa hati.

Kerana itu, wanita teruja menyambut cinta lelaki ini walaupun dia suami orang. Jadi, anda perlu bersedia berdepan dengan banyak duri yang bakal menghalang perhubungan itu. Walaupun ia takdir, terlalu sukar menerima lebih-lebih lagi hati terpaut pada yang sudah berpunya.

Jika Taurus baru belajar menyintai suami orang, seharusnya Taurus perhatikan situasi lelaki tersebut. Memang sukar untuk mengetahui sama ada dia jujur atau tidak. Namun, anda boleh menguji dia dalam beberapa perkara. Jika dia setiap hari melahirkan rasa bahagia ketika bersama anda, ia mungkin sekadar kata-kata manis untuk mendapatkan cinta anda. Walaupun ia mungkin kelihatan seperti komitmen tetapi anda perlu berhati-hati. Dia mungkin tidak bahagia bersama keluarganya. Sebab itu, dia terasa bahagia dengan kehadiran anda kerana memberi perhatian yang tidak pernah dia perolehi sebelum ini.

Maaf jika Putri katakan, jika dia menyembunyikan hubungan ini daripada pengetahuan orang ramai, maka ia adalah hubungan sulit. Bayangkan anda tidak boleh bebas berdua-duaan dengannya, pasti menyakitkan hati. Ini menyebabkan anda kehilangan keyakinan diri dan sentiasa diselubungi ketakutan.

Jangan menipu diri sendiri. Dia memang sentiasa mengucapkan kata-kata manis kepada anda. Tetapi pada masa yang sama dia masih bersama isterinya dan tidak mahu berkahwin dengan anda. Hubungan ini mungkin boleh berlanjutan tetapi mampukah anda menunggunya dan dalam pada masa yang sama usia anda juga meningkat?

Perkara yang paling dikesali jika lelaki ini mungkin menipu isterinya. Walaupun dia tidak mengatakannya, buktinya sudah ada. Dia sanggup menghabiskan masa bersama anda kerana ingin mendekati anda. Bayangkan, isterinya mungkin beranggapan dia sedang bekerja tetapi sebenarnya dia sedang berdua dengan anda. Ingat, lelaki tidak jujur ini mungkin mengulangi sikap ini pada anda.

Akhirnya, tanyalah pada diri anda sendiri, mampukah anda mencintainya? Anda mintalah dia berterus- terang dengan isterinya. Sekiranya, dia enggan, bermakna dia tidak sayang dan jujur dengan isterinya. Alasan untuk tidak melukai hati isteri bukan alasan kukuh memandangkan diasudah melukai hati isterinya pada saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain. Adakah lelaki ini yang anda cintai? Fikir-fikirkanlah."


KES 2 - DI AMBIL DARI "UTUSAN ONLINE"

Wahai 'orang ketiga' cermin-cerminlah diri!

Entah di mana silapnya, kebanyakan suami pada masa ini tidak tahu menghargai isteri dan nilai perkahwinan.

Sifat suami yang berlaku curang kepada isteri semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini tidak kira sama ada disedari oleh isteri atau suami itu sendiri.

Apakah kerana terdesak oleh keadaan atau memang suami isteri sekarang tidak setia terhadap pasangan mereka?

Inilah tajuk yang ingin saya kupas minggu ini kiriman seorang ibu tunggal yang mahu dikenali sebagai Mimi, berusia awal 30-an, ibu kepada dua orang cahaya mata.

Menurut Mimi rasa meluat kepada keadaan dan perangai gadis zaman sekarang mendorongnya menulis kepada saya untuk meluahkan segala yang terbuku di hati.

"Mungkin pada masa ini susah hendak mencari suami yang jujur dan setia kepada isteri. Walaupun isteri taat, jujur dan menatang mereka macam minyak yang penuh, suami tidak pernah menghargainya," demikian Mimi memulakan bicara.

Menurut Mimi kebanyakan rumah tangga musnah kerana kehadiran orang ketiga tidak kisahlah di pihak suami atau isteri.

"Orang ketiga ini yang menjadi makhluk perosak dalam hubungan antara suami isteri. Mereka tidak ada perasaan dan hanya mementingkan diri sendiri.

"Macam kes saya membabitkan seorang gadis muda yang tidak langsung mengambil kira perasaan kita sebagai isteri.

"Mereka tidak peduli akan status lelaki yang mereka suka asalkan banyak duit, ada kedudukan dan hidup mewah.

"Mereka tidak ada perasaan malu untuk menjalin hubungan cinta dengan suami orang sebab hendak hidup senang. Sanggup pula berlakon di hadapan kita kononnya mereka gadis bersopan santun, berbudi bahasa dan hormatkan orang tua.

"Perkahwinan saya hancur kerana gadis berusia 22 tahun rakan sekerja suami. Dia selalu datang ke rumah saya bersama suami dan rakan-rakan pejabat lain.

"Saya tidak nampak sikap buruknya setiap kali berkunjung malah saya layan macam tetamu lain. Begitu bodohnya saya, rupanya mereka hanya berlakon, di belakang, mereka ada hubungan intim.

"Allah Maha Besar. Kebenaran terlerai juga akhirnya apabila saya terjumpa bil telefon suami dan juga tiket penerbangan dan penginapan mereka bersama di Bangkok, Thailand.

"Apalagi yang mereka ingin pertahankan jika buktinya sudah ada di dalam genggaman saya. Apa alasannya lagi?

"Saya juga tidak kuasa lagi hendak bertanya itu ini. Hati saya sudah tercalar. Kepercayaan juga turut hilang. Akhirnya saya mengambil keputusan menamatkan rumah tangga kami yang telah 10 tahun dibina.

"Setelah bercerai baru saya tenang. Sehingga kini mereka masih berhubungan dan saya mendapat khabar tidak lama lagi mereka akan berkahwin.

"Persoalannya, jika hanya satu pihak yang memberi respon perkara begini tidak akan berlaku. Saya hairan bagaimana ibu bapa sekarang begitu mudah membenarkan anak-anak gadis mereka berkahwin dengan suami orang.

"Seingat saya pada zaman dulu jika anak perempuan bercinta atau mempunyai hubungan dengan suami orang, ibu bapa akan memaksa atau memukul anak mereka supaya menghentikan percintaan dengan suami orang itu.

"Sayangnya itu tidak berlaku pada masa kini malah ibu bapa menyokong dan menggalakkan anak-anak gadis mereka berkahwin dengan suami orang.

"Agaknya seronok dapat hidup mewah kalau anak dapat lelaki berada walaupun suami orang. Apa hendak jadi dengan ibu bapa sekarang. Sanggup menyokong anak yang menghancurkan rumah tangga orang dan memutuskan kasih sayang antara bapa dengan anak-anaknya.

"Hancur hati saya mengenangkan apa yang berlaku kepada rumah tangga saya. Mereka sanggup menghancurkan rumah tangga orang lain hanya untuk kepentingan sendiri. Mereka juga tidak peduli untuk berkahwin dengan suami orang atau duda berbanding lelaki bujang.

"Walaupun saya telah menghadapi masalah yang perit dalam hidup, saya tidak pernah menyesal. Malah kejadian itu mengajar saya menjadi semakin matang.

"Nasihat kepada gadis sekarang yang menjalin hubungan dengan suami orang atau lelaki berumur, cermin-cerminlah diri.

"Memang soal jodoh, maut dan pertemuan itu urusan Allah SWT tetapi fikirkan perasaan orang lain dan risiko selepas anda menjadi perampas.

"Ingatlah Allah itu Maha Kaya dan Adil. Setiap perlakuan akan ada pembalasan. Hanya masa menjadi penentu.

"Ingatlah, kebahagiaan yang dibina atas penderitaan insan lain tidak selamanya bahagia, '' Mimi menutup ceritanya.

Banyak boleh dipelajari daripada kisah Mimi. Status bakal menantu bukan perkara utama kepada sebahagian ibu bapa.

Hakikatnya bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi. Apa pun saya kagum dengan ketegasan Mimi dalam meneruskan hidup bersama anak-anaknya.

Sabar dan tabah menghadapi dugaan kerana setiap kejadian ada hikmahnya. Doa saya agar Mimi akan diberi Allah kehidupan lebih bermakna di dunia dan akhirat.

Buat para gadis dan wanita yang terbabit dengan suami orang, ingat-ingatlah… fikirkan yang manis di kemudian hari kerana itulah kebahagiaan abadi dalam kehidupan bersuami isteri."


fuhh..hebat betul kes ni..

Saya rasa x faham betul la dengan "perempuan-perempuan" atau bahasa kasarnya, "betina-betina" atau dalam bahasa Kelantan nya, "tino-tino" yang menjalinkan hubungan dengan lelaki yang juga di sebut dalam bahasa Kelantan nya " Jate-Jate" yang sudah bekeluarga ini..

Memang tidak di nafikan..Cinta itu buta. Ia membutakan mata kita yang dikurniakan Allah ni..Tidak juga dinafikan, rasa itu Allah yang beri..

Tapi, jangan sekali kita lupa..Allah juga beri kita AKAL! dan Allah juga beri kita HATI agar kita tidak bersikap zalim pada insan lain..

Ok, sekrang ni, saya nak tempekkan pulak,

10 Sebab kenapa KAMU TIDAK HARUS MENJALINKAN HUBUNGAN DENGAN SUAMI ORANG! - Sumber dari web mana ntah..(lupe)

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan
cinta kamu saja!


2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.


3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!


4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!


5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!


6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh
cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.


7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!


8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)


9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !


10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua… .khususnya wanita. (

hurm..amacam??betul x?

Ya, memang benar..lelaki dibenarkan berkahwin sehingga empat..Malah ada antara mereka yang berkahwin lebih dari 4! (kahwin yang x nikah)..huhuhu..

Tapi, cuba kita lihat sendiri..Kenapa Rasulullah berkahwin 4? Saya ada membaca buku Biodata nabi Muhammad s.a.w..Semasa baginda berkahwin dengan Siti Khadijah, baginda hanya punya siti Khadijah sahaja sebagai isteri..Setelah Siti Khadijah tiada, barulah baginda berkahwin dengan isteri yang lain dan cuba kita kaji sebab nya..

Berbeza dengan lelaki zaman kini, berkahwin lebih dari 1 hanya untuk memuaskan nafsu.Tak salah berkahwin lebih dari satu jika,

1- Mampu

2- Adil

Cuba fikirkan..jika si suami orang yang punya hubungan dengan anda itu berkahwin dengan anda, adakah dia akan akan berlaku adil..?

Sudah tentu TIDAK!!! sebab??die pernah burukkan isteri dan bandingkan isterinya dengan kekasihnyer bukan??

haha..jadi sang kekasih atau si PEROSAK, SEDARLAH!


**Catatan ini hanya sekadar ingin berkongsi..Tidak ada niat untuk memburukkan sesiapa atau melukakan sesiapa..Cuma, siapa makan cili, dia terasa pedasnye! ahaks~=)


Janganlah anda membina bahagia atas derita atau sengsara orang lain...

Salam.!



Dari Hati,