Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

20 August 2010

Aku Bermula Semula

Niat di hati ingin menutup terus blog ini.
Tapi, sayang pula.
Sudah 3 tahun ia mendengar luahan hati aku.
Masakan aku mahu membuang.

Aku ambil keputusan.
Menukar "link" ia.
Agar manusia itu tidak lagi dapat mencari aku.
Facebook juga telah aku tutup.

Aku tahu, aku tak akan dapat lari.
Lari dari kenangan aku dengan dia.
Tapi, aku ingin mencuba.

Aku sedih.
Selalu orang kata,
Jauh di mata dekat di hati.
Tapi aku?
Sudahlah jauh di mata.
Di hati juga turut jauh.
Bagaimana boleh aku betulkan?

Aku ada terbaca dari blog seorang penulis.
Aku ambil sepotong ayat yang beliau karangkan.

"Perpisahan sebenar bukanlah kerana jarak tetapi oleh retaknya hati"

Kini, aku tahu yang aku benar² telah dipisahkan dengan dia.
Walau apa pun, ini ketentuan Allah.
Allah tahu apa yang terbaik untuk aku..dan dia.

Selamat Tinggal.



Aku,